Thursday, February 13, 2014

daerah kecil itu

bismillah..




daerah ini

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..



* sesungguhnya aku rindu daerah kecil ini *

* pasti daerah yang sebenarnya memberikan kepuasan hakiki*



Wednesday, February 12, 2014

moga persis yuki

bismillah






yuki.. salji.. 

sejuk.. malah mendamaikan diri..

berjalan sendiri selepas halaqah malam tadi, tertanya diri kembali..

dalam keadaan sunyi.. dan juga sepi..

berjalan tidak seberapa jauh yang hanya bertemankan bulan makhluk Ilahi..

yang terang dan bercahaya dari sinaran diri sendiri

ya! bulan itu sendiri.

bulan itu sendiri. tiada teman dekat disisi.

si bintang hanya menemani menghiasi langit. dari jauh infinity. 

bulan tak pernah rase diri dibebani tanpa ditemani

kerana yang hadir dalam hati hanyalah Ilahi.

maka, sinarannya makin berseri.


seperti itu juga aku, yang sendiri bermalam dinihari

yang perlu ada dalam diri hanyalah tarbiyah Ilahi 

tak perlu rasa takut serta sendiri

berjalanlah dengan percaya diri

membawa hati yang suci

seputih yuki

walaupun tahu diri ini banyak kelemahan perlu dibaiki

semoga ini menjadi titik penerang diri

menelusuri Jalan Ini

moga jejak-jejak ini mampu membekas dalam hati para jundi

yang lebih mempunyai jiwa murni

* moga bersama-sama dalam DnT *

* hanya kerana redha Ilahi *


Wednesday, February 5, 2014

pengorbanan

bismillah..

ada seorang murabbee tu share tentang pengorbanan. pengorbanan seorang daie dalam menDF adik2 yang agak payah sikit nak dekat. sejauh berkilometer2 kayuh basikal. dan ikat pizza kat seat belakang basikal untuk bagi adik2 makan. ada seorang tu pulak, naek moto nak pergi jumpa adik semigggu sekali. perjalanan naek moto ke tempat adik adalah 3 jam perjalaan.

 fuhh !! sangat rasa kagum seyes. 

alhamdulillah. adik2 tadi pada mulanya tak nak ikut tarbiyah. tapi disebabkan tengok pengorbanan murabbee tu, die jadi lembut hati. 

"sesungguhnya Allah yang membuka hati dan memberi hidayah"

tapi sangat mantap!! dengan peluh yang bercucuran boleh buat adik terbuka hati. subhanallah. pengorbanan melahirkan rasa. rasa bagi kita . juga bagi mereka. kadang2 kita tak tahu macam mana caranya Allah nak buat hati adik tu lembut. dan mungkin salah satunya adalah dengan pengorbanan yang kita lakukan. 

bila cakap tentang pengorbanan ni, teringat BBT (borak2 tarbiyah) dengan akhawat sorang ni. saya jadi tertanya. kenapa dia sanggup turun ke tempat yang jauh untuk bejumpa adik2. kalau nak turun tengok adik2, kena spent masa selama 8 jam by train. saya jadi terfikir. apa booster yang membuatkan dia kuat untuk pengorbanan tu? 

jawapan yang dia bagi is :

"pengorbanan ni samada Allah akan bagi pahala lebih buat kte, or kefahaman DnT lebih buat kte atau adik2 kte".

subhanallah. mereka memang saya sangat kagum. bila nak dibandingkan saya, tak de ape sangatlah saya. 

kadang2 kita sibuk fikir muntij atau tak. tapi, sedarlah .. kerja DnT ni membina manusia. muntij atau tak, kita sendiri yang akan tentukan. 

dan apa yang saya nampak pada akhawats tadi, mereka sangat all out dengan DnT. dan banyak yang bermain pada bibir2 mereka adalah nilai sabar serta ikhlas dalam membina. dan pastinya Allah sangat tahu saya sangat lemah bab sabar. Seandainya Rasulullah tak sabar, pasti kte takkan dapat nak rasa Islam sekarang ni. Kalau mak ayah kte tak sabar, pasti dah dibunuh kte dan tak dapat juga kte merasai ni'mat tarbiyah ni. Kuncinya adalah sabar. sepanjang sabar itu, akan terbit keiklasan . 

seyes memang saya kena belajar untuk lebih bersabar. 

Allah ad pesan.. "Fasbir Sabran Jameela"  (bersabarlah dengan kesabaran yang baik)

saya tahu payah bagi saya. tapi saya harus ! 

semoga saya bersabar untuk bersabar :')