Thursday, May 26, 2011

hanya bisa tersenyum


C.I.N.T.A

" ok husna. Akak balik dulu ya.jaga diri baik-baik. akak tak pasti lagi samada akan kembali lagi ke sini." kata seorang akak akhawat.

aku : insyaAllah kak.. [ dalam hati: arghh!! sedihnya ]

terasa sangat sayu dan sedih melihat akak2 yang telah tamat pengajian ijazah pulang ke kampung halaman masing2 untuk bercuti. Dah tamat pengajian bermakna akan jarang, mungkin juga tidak akan menjejakkan lagi kaki ke tanah johor ini. seorang demi seorang pergi meninggalkan tanah bertuah johor ini.

saat terkenang pemergian akak2, dalam minda ini, masih berlegar lagi saat mula2 mengenali akak2 di johor ini. bisa juga membuatkan saya tersenyum sendiri. terasa 'jahil' dan juga sangat 'budak-budak' ketika mengenali akak2 ini.

semua akak2 ini sangat manis, baik peramah. walaupun masa kita berkenalan ini agak singkat sebenarnya, tapi terasa kita ini telah lama berkenalan. kalah rasanya jika berkawan selama 10 tahun. huh!!!

SURAT UNTUK AKAK2..

akak, walaupun rasanya perkenalan kita ini baru sahaja, tetapi, terasa lama sangat.
akak, terima kasih sangat kerana kadangkala sanggup bersusah demi kami..
akak, walaupun mungkin kita akan bertemu pada waktu yang akan datang, dan juga, walaupun kita tak tahu akan bila waktunya itu, saya sangat berharap akan dapat berkumpul kembali bersama akak2 seperti dahulu. kita tersenyum bersama.. tergelak bersama.. dan mungkin juga, jika kita ditakdirkan tidak bertemu lagi didunia ini, insyaAllah, kita akan bertemu semula di syurga.. Dan saya harap, disyurga nanti, kita akan masih bisa berborak dan juga harap yang akak2 semua masih lagi mengenali husna ini..

wallahua'lam......

Wednesday, May 25, 2011

ukhuwah fillah abadan

bismillah..

assalamualaikum wbt.

********************************
sebenarnya saya nak share susuatu yang sangat menarik. =] 




" ukhuwah itu jika disandarkan hanya kerana Allah dan juga atas dasar iman, ianya akan kekal "



ukhuwah itu maknannya persaudaraan. jika dibandingkan saudara dan juga sahabat, mana agaknya yang lebih rapat dan juga kekal?? tentunya persaudaraan bukan?

ukhuwah itu sangat comel. dengan ukhuwah, hati kita akan terikat dengan satu bond yang dipanggil rantaian iman dan juga akidah. bond ni sangat comel. sangat kukuh. takkan pernah putus dek kematian. ianya akan dibawa hingga ke syurga. 

perasan tak?? jika kita berukhuwah kerana Allah, kita akan merasakan kita sangat rapat dan juga senang dengan seseorang itu. walaupun kenal hanya sekali dua, tetapi, keakraban itu terasa seperti udah lama. 

********************************

islam ini sememangnya agama yang sangat best!!


U.K.H.U.W.A.H


ukhuwah ini mempunyai tingkatan dan juga tahapan. 
tingkatan yang paling rendah dalam berukhuwah ini ialah berlapang dada.
tingkatan yang paling atas sekali ialah ithar( melebihkan sahabat daripada dirinya). 

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"                        ( 49 : 10 )


wallahua'lam


Tuesday, May 10, 2011

Ya ALLAH ..

bismillah.. 

assalamualaikum wbt..


huh!!! 
alhamdulillah.. lega juga akhirnya paper dah abes.. 
last paper tadi, educational psychology..
* mungkin lpas ni dah boleh psycho orang ni.. [ huhu ]

sebenarnya bukan nak cite tentang paper sekarang..
la ni, nak cerita tentang sesuatu.. sesuatu yang aku dapat waktu exam aritu..

* ce citer... ce citer....

alkisahnya......


ada satu hari tu, ya Allah.. aku x tahu nak habaq macam mana..
aku rase nak dok teriak ja..

WHAT I FEEL???
SEEMS LIKE I LOST SOMETHING..
SOMETHING ...
BUT I DON'T KNOW WHAT IS IT

 memang rasa x sedap badan..
seriously...
nak makan x lalu sangat..
nak tido x mengantuk..
nak study, tak masuk2 ..
apa yang aku buat segalanya tak kena..

ya Allah ! 
kenapa ni? [ aku berfikir, dan cuba mencari apa yang hilang sebenarnya..]
hanya ucapan " ya Allah, tolonglah aku ini" bermain dalam hati..

tiba2, datang seorang floormate aku,
kitorang bersembang selama hampir dua jam lebih..
dalam sembang2 tu, 
ade juga bercerita mengenai iman..

yup !! 
IMAN..

baiklah !!

I GOT IT !!
ALHAMDULILLAH..

aku seakan merasa Allah mendengar rintihan hati aku..
rintihan hambaNya yang mencari si Dia..
bukan bermaksud aku hilang iman..
bukan juga bermaksud yang aku ni dah tak siuman,
dan juga menyimpang daripada kebenaran..

TOTALLY NOT !

selepas berfikir, baru aku tahu..
aku hampir hilang sesuatu yang sangat berharga ..
sesuatu yang dipanggil.....
K.E.B.E.R.G.A.N.T.U.N.G.A.N

perasaan kebergantungan aku makin pudar..
aku hanya merasakan segalanya atas diri aku sendiri..
itu salah !

perasaan itu hanya akan membuatkan aku rasa sangat lonely..
lonely dengan mengharapkan sesuatu daripada
si Dia..

kebergantungan pada Allah dan juga iman yang tebal, 
sangat perlu untuk aku sebagai seorang muslim..
iman yang kukuh sangat bermakna buat aku..
apabila kita faham akan konsep iman yang sebenarnya,
 kita akan dapat sesuatu..

terasa air mata mengalir..
makin deras terasa

ya Allah, KAU sesuungguhnya maha mendengar..
KAU menghadiahkan sesuatu untuk aku..
tatkala aku sedih dan tidak bermaya..
di kala aku terlupa, kau yang mengingatkan..
betapa ingin ku ucapkan kepada Engkau,

TERIMA KASIH ALLAH !!


Saturday, April 30, 2011

kuatkah iman kita? !

bismillah



I.S.L.A.M.

I.M.A.N

setiap yang muslim sangat memerlukan iman
adakah iman kita ini kuat?

cuba kita renungkan sedikit cerita ini..
ini cerita benar..

ketika dipenjara mesir yang mengerikan :

berkata seorang lelaki : 
bagaimana dapat kita hadapi hukuman2 seperti
dilempar ke tempat serigala lapar dan juga dibuang le lubang 
yang sangat busuk tanpa kehidupan?

syed mustafa masyhur lalu menjawab :
mereka boleh lempar kita ke tempat yang 
kita sangat takut
akan tetapi mereka tidak dapat membuang kita
ke tempat yang tiada Allah !

*p/s - bagaimana dengan aku?

Thursday, April 14, 2011

husna ! daijoubu2....


huh!! terasa sangat stress... 
husna2... janganlah stress sangat.. buat mane yang mampu ..
ya Allah, aku ni hambaMU yang sangat lemah..
yang amat rapuh jiwanya..
hanya mengharapkan redhaMU...
banyak yang datang.. 
banyak juga yang pergi..

husna, percayalah akan rahmatNya..
mungkin inilah jalan untuk rapatkan diri denganNya..
yup !! memang payah terasa.. tapi wahai diri,
percayalah bahawa akan ada satu sinar yang hakiki dipenghujung..
sabarlah wahai diri..



tenangkanlah hati dengan melihat ciptaanNYa..
subhanallah.. sangat cantik.. 
masyaAllah.. sangat tersusun..
sangat indah.....

hanya Dia yang tahu akan gelodak yang ada 
dalam hati ni..
memang amat payah nak di terangkan dengan kata2..
memang susah nak digambarkan..

wahai diri, bersabarlah... 
stress itu hanya ujian yang mungkin akan mendekatkan diri dengan Allah..
bak kata kakak, 
" nurul, Allah tu nak tengok kebergantungan nurul kat Dia.. "

ya Allah, 
moga aku mampu menghadapi segala 
dugaanMu ini dengan tenang..
kuatkan imanku yang turun naik ini..
supaya utuh menghadapi badai ujianMU....
ya Allah...
hanya Kau yang mengetahui...

Friday, April 8, 2011

kosongnya hidup saya !



K.E.T.E.N.A.N.G.A.N

apa yang kita akan faham dengan ketenangan??
 akan ada orang yang cakap, ketenangan tu akan dapat di capai kalau kita
berjaya mengisi sesuatu yang kosong..
yup!!!!! 
it's true.. 
tapi, ketenangan apa yang sebenarnya kita cari??
hiburan?? music?? window shopping?? tengok movie??
bukan.... bukan itu sayang.. bukan...

kokosongan itu hanya akan dapat diisi mengikut fitrah
kita sebagai manusia.. 
"eh, kosong apa sebanarnya??"
kosong daripada sesuatu yang sepatutnya diisi..
pendekatan kepada tuhan... 
BUKANKAH BEGITU??
tapi, apa yang kita lihat sekarang ni,
 manusia sibuk sangat nak isi kekosongan
 dengan sesuatu yang melanggar fitrah kejadian kita sebagai manusia..

usrah malam tadi, akak naqibah ade cakap
 yang kita sebagai manusia ni, selalu sangat bagi perut ni makanan... 
salah ke??? x boleh ke nak bagi perut makan??
bukan salah.. tapi itu memang kewajipan.. makan apabila lapar..
tapi, sekarang ni manusia lupa bahawa, RUH mereka sangat lapar.. 
bukankah apa RUH inilah yang akan sampai ke akhirat?? padang mahsyar??
kesian RUH tu.... kesian RUH kita... RUH kita sangat lapar...
inilah sebenarnya yang kita patut buat.. 
kekosongan yang ada tu sebenarnya merupakan satu jalan dimana kita sepatutnya isi dengan makanan.. 
YUP!!!
makanan rOhani...

Saturday, December 11, 2010

hidup = game

Angin di waktu maghrib berhembus dengan amat tenang..

Assalamualaikum wbt….

Saya ada sesuatu perkara yang ingin saya ajukan..
Apabila seseorang tanya kepada anda,

“awak.. apa yang awak faham dengan kehidupan?”

Barangkali kita akan jawab…

“urm… kehidupan itu inilah…..sekarang ini..setiap saat yang kita lalui…
”


Mungkin ada juga seseorang akan tanya lagi…

“awak…. Apa yang awak pandang terhadap kehidupan awak?”


Ada peratusan kita akan balas

“oh.. saya kejar semua dalam hidup saya..saya inginkan segalanya..kalau boleh.. saya inginkan segala apa yang orang lain ada. Saya nak kejar cita-cita saya. . saya nak dapat yang terbaik dalam akademik.. nak kerja besar-besar.. nak gaji besar.. baru puas hidup macam itu…hidup ini sekali je….”

***************************************************8

Teringat sewaktu angin maghrib berhembus….
Sewaktu menunggu untuk mengambil makanan…
Sambil-sambil juga menikmati ABC disalah satu gerai makan…
Sambil juga melihat burung yang terbang untuk pulang selepas berhempas pulas mencari makanan di siang hari…
Sambil mengacau ABC yang beku didalam mangkuk… begitu juga yang terjadi kini. Fikiranku terus dikacau seperti straw yang mengacau ABC tadi oleh satu pernyataan yang agak berat bagi aku.. yurp!! Pastinya tentang kehidupan..

******************************************************

Pernah juga aku bertanya sesuatu teerhadap diri sendiri…

Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??


Aku mencari pemandangan yang indah di bumi ini…..
Untuk aku mencari sebab atas cintanya aku terhadap dunia…
YUPP!!!!!!!!!
Memang dunia ini amat indah…
Segalanya cantik…
Makhluk….
Alam…..
Segalanya tersusun…

TETAPI…..


Adakah segalanya akan kekal ??
Tidak bukan??
Selepas aku mendapat sedikit tarbiyah…..
Aku simpulkan alam ini sebagai hiasan yang melindungi sesuatu..
Dunia ini hanyalah satu pentas lakonan..
Lakonan yang akan berterusan sehinggalah hari yang dijanjikan tiba..
Hidup ini bagi aku ibarat satu permainan(game)..
Mungkin juga seperti game seperti FEAR FACTOR…
Mengejar satu tujuan ..
Membawa 2 tanggungjawab…. Khalifah dan juga ‘abid(hamba)….
Sepanjang perjalanan akan terjumpa dengan pelbagai dugaan….
Dugaan yang indah.. mahupun dugaan yang amat payah..
Yang rasanya mungkin juga akan menggoyahkan iman setiap insan..
Tujuannya ialah redha Allah..
Dan juga ganjarannya ialah syurga yang amat dahsyat…subhanallah..

Ya!!!!!
Inilah kehidupan…

Dan inilah yang aku faham mengenai kehidupan yang sedang berjalan..tetapi kadangkala leka juga dengan segala hiburan akibat daripada pil khayal yang telah dimasukkan ke dalam minda muslim sekarang oleh pihak yang amat memusuhi islam.

********************************************************

Dan kini… jika disaat kita akan meninggalkan dunia kesayangan kita ini…
Mungkin juga seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak…apa yang awak akan bawa untuk bekal awak??

_adakah bekal kita adalah wang ringgit juga sijil-sijil yang menjadi kebanggaan kita sewaktu hidup di dunia??

Ada pula seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak… apa pandangan awak terhadap dunia pada ketika nyawa awak sedang berada di hujung kerongkong??”

Apa yang kita akan jawab???

Dan mungkin juga saya akan jawab apa yang saya telah nyatakan sebentar diatas tadi…
Dan inilah jawapan saya..

Bagaimana pula dengan ANDA?????????