Saturday, April 30, 2011

kuatkah iman kita? !

bismillah



I.S.L.A.M.

I.M.A.N

setiap yang muslim sangat memerlukan iman
adakah iman kita ini kuat?

cuba kita renungkan sedikit cerita ini..
ini cerita benar..

ketika dipenjara mesir yang mengerikan :

berkata seorang lelaki : 
bagaimana dapat kita hadapi hukuman2 seperti
dilempar ke tempat serigala lapar dan juga dibuang le lubang 
yang sangat busuk tanpa kehidupan?

syed mustafa masyhur lalu menjawab :
mereka boleh lempar kita ke tempat yang 
kita sangat takut
akan tetapi mereka tidak dapat membuang kita
ke tempat yang tiada Allah !

*p/s - bagaimana dengan aku?

Thursday, April 14, 2011

husna ! daijoubu2....


huh!! terasa sangat stress... 
husna2... janganlah stress sangat.. buat mane yang mampu ..
ya Allah, aku ni hambaMU yang sangat lemah..
yang amat rapuh jiwanya..
hanya mengharapkan redhaMU...
banyak yang datang.. 
banyak juga yang pergi..

husna, percayalah akan rahmatNya..
mungkin inilah jalan untuk rapatkan diri denganNya..
yup !! memang payah terasa.. tapi wahai diri,
percayalah bahawa akan ada satu sinar yang hakiki dipenghujung..
sabarlah wahai diri..



tenangkanlah hati dengan melihat ciptaanNYa..
subhanallah.. sangat cantik.. 
masyaAllah.. sangat tersusun..
sangat indah.....

hanya Dia yang tahu akan gelodak yang ada 
dalam hati ni..
memang amat payah nak di terangkan dengan kata2..
memang susah nak digambarkan..

wahai diri, bersabarlah... 
stress itu hanya ujian yang mungkin akan mendekatkan diri dengan Allah..
bak kata kakak, 
" nurul, Allah tu nak tengok kebergantungan nurul kat Dia.. "

ya Allah, 
moga aku mampu menghadapi segala 
dugaanMu ini dengan tenang..
kuatkan imanku yang turun naik ini..
supaya utuh menghadapi badai ujianMU....
ya Allah...
hanya Kau yang mengetahui...

Friday, April 8, 2011

kosongnya hidup saya !



K.E.T.E.N.A.N.G.A.N

apa yang kita akan faham dengan ketenangan??
 akan ada orang yang cakap, ketenangan tu akan dapat di capai kalau kita
berjaya mengisi sesuatu yang kosong..
yup!!!!! 
it's true.. 
tapi, ketenangan apa yang sebenarnya kita cari??
hiburan?? music?? window shopping?? tengok movie??
bukan.... bukan itu sayang.. bukan...

kokosongan itu hanya akan dapat diisi mengikut fitrah
kita sebagai manusia.. 
"eh, kosong apa sebanarnya??"
kosong daripada sesuatu yang sepatutnya diisi..
pendekatan kepada tuhan... 
BUKANKAH BEGITU??
tapi, apa yang kita lihat sekarang ni,
 manusia sibuk sangat nak isi kekosongan
 dengan sesuatu yang melanggar fitrah kejadian kita sebagai manusia..

usrah malam tadi, akak naqibah ade cakap
 yang kita sebagai manusia ni, selalu sangat bagi perut ni makanan... 
salah ke??? x boleh ke nak bagi perut makan??
bukan salah.. tapi itu memang kewajipan.. makan apabila lapar..
tapi, sekarang ni manusia lupa bahawa, RUH mereka sangat lapar.. 
bukankah apa RUH inilah yang akan sampai ke akhirat?? padang mahsyar??
kesian RUH tu.... kesian RUH kita... RUH kita sangat lapar...
inilah sebenarnya yang kita patut buat.. 
kekosongan yang ada tu sebenarnya merupakan satu jalan dimana kita sepatutnya isi dengan makanan.. 
YUP!!!
makanan rOhani...

Saturday, December 11, 2010

hidup = game

Angin di waktu maghrib berhembus dengan amat tenang..

Assalamualaikum wbt….

Saya ada sesuatu perkara yang ingin saya ajukan..
Apabila seseorang tanya kepada anda,

“awak.. apa yang awak faham dengan kehidupan?”

Barangkali kita akan jawab…

“urm… kehidupan itu inilah…..sekarang ini..setiap saat yang kita lalui…



Mungkin ada juga seseorang akan tanya lagi…

“awak…. Apa yang awak pandang terhadap kehidupan awak?”


Ada peratusan kita akan balas

“oh.. saya kejar semua dalam hidup saya..saya inginkan segalanya..kalau boleh.. saya inginkan segala apa yang orang lain ada. Saya nak kejar cita-cita saya. . saya nak dapat yang terbaik dalam akademik.. nak kerja besar-besar.. nak gaji besar.. baru puas hidup macam itu…hidup ini sekali je….”

***************************************************8

Teringat sewaktu angin maghrib berhembus….
Sewaktu menunggu untuk mengambil makanan…
Sambil-sambil juga menikmati ABC disalah satu gerai makan…
Sambil juga melihat burung yang terbang untuk pulang selepas berhempas pulas mencari makanan di siang hari…
Sambil mengacau ABC yang beku didalam mangkuk… begitu juga yang terjadi kini. Fikiranku terus dikacau seperti straw yang mengacau ABC tadi oleh satu pernyataan yang agak berat bagi aku.. yurp!! Pastinya tentang kehidupan..

******************************************************

Pernah juga aku bertanya sesuatu teerhadap diri sendiri…

Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??


Aku mencari pemandangan yang indah di bumi ini…..
Untuk aku mencari sebab atas cintanya aku terhadap dunia…
YUPP!!!!!!!!!
Memang dunia ini amat indah…
Segalanya cantik…
Makhluk….
Alam…..
Segalanya tersusun…

TETAPI…..


Adakah segalanya akan kekal ??
Tidak bukan??
Selepas aku mendapat sedikit tarbiyah…..
Aku simpulkan alam ini sebagai hiasan yang melindungi sesuatu..
Dunia ini hanyalah satu pentas lakonan..
Lakonan yang akan berterusan sehinggalah hari yang dijanjikan tiba..
Hidup ini bagi aku ibarat satu permainan(game)..
Mungkin juga seperti game seperti FEAR FACTOR…
Mengejar satu tujuan ..
Membawa 2 tanggungjawab…. Khalifah dan juga ‘abid(hamba)….
Sepanjang perjalanan akan terjumpa dengan pelbagai dugaan….
Dugaan yang indah.. mahupun dugaan yang amat payah..
Yang rasanya mungkin juga akan menggoyahkan iman setiap insan..
Tujuannya ialah redha Allah..
Dan juga ganjarannya ialah syurga yang amat dahsyat…subhanallah..

Ya!!!!!
Inilah kehidupan…

Dan inilah yang aku faham mengenai kehidupan yang sedang berjalan..tetapi kadangkala leka juga dengan segala hiburan akibat daripada pil khayal yang telah dimasukkan ke dalam minda muslim sekarang oleh pihak yang amat memusuhi islam.

********************************************************

Dan kini… jika disaat kita akan meninggalkan dunia kesayangan kita ini…
Mungkin juga seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak…apa yang awak akan bawa untuk bekal awak??

_adakah bekal kita adalah wang ringgit juga sijil-sijil yang menjadi kebanggaan kita sewaktu hidup di dunia??

Ada pula seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak… apa pandangan awak terhadap dunia pada ketika nyawa awak sedang berada di hujung kerongkong??”

Apa yang kita akan jawab???

Dan mungkin juga saya akan jawab apa yang saya telah nyatakan sebentar diatas tadi…
Dan inilah jawapan saya..

Bagaimana pula dengan ANDA?????????

Friday, November 12, 2010

SAAT INI...

Angin..

Tiupkanlah angin semangat yang amat dahsyat untuk aku merasakan dinginnya ukhuwah dan juga segarnya perjuangan hidup ini..


Matahari..

Berikanlah aku bahang yang dapat membakar segala perasaan malas dan juga letih supaya bangkit dan bangun untuk meneruskan setiap saat untuk melangkah ..


Bintang..

Sinarilah untuk aku bintang-bintang yang dapat mengubat segala kesakitan dan juga rasa kecewa.. agar aku terus bersemangat dan dapat bersyukur diatas cantknya alam Allah ini..


Laut..

Sediakanlah untuk aku deruan-deruan ombakmu yang terlalu hebat menjadi halwa telinga ku ..


SEGALANYA AMAT INDAH DAN JUGA BERMAKNA BAGI AKU ….

ALAM INI….

TERIMA KASIH YA ALLAH….

DI ATAS SEGALA KURNIAAN INI….

AKU AMAT BERSYUKUR……

ALHAMDULILLAH..

Monday, November 1, 2010

ikan oh ikan

Assalamualaikum wbt….

Buat sahabat2…

Buat teman2…..

Buat kawan2…..

Apa kata hati pada hari ini??

Cuba semua orang tanya pada diri masing2, apakah benda yang akan memberi ketenangan kepada diri semua jika melihatnya?

Mungkin setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?

Jika saya, saya amat tenang jika dapat melihat pepohon hijau…air laut yang cantik…bintang yang berkedip…haiwan2 yang bergerak…mendengar bunyi daun yang ditiup angin……

Adakah semua berfikiran yang sama dengan saya??

Jika ya, itu adalah normal dan juga fitrah bagi setiap insan yang memang gemar untuk melihat sesuatu yang indah dan amat mendamaikan..

Suka kepada alam = suka kepada ciptaan Allah = dekat dan rapat dengan Allah

Memang setiap jiwa memerlukan satu ketenangan iaitu berasa dekat dengan penciptanya..walaupun kadang-kadang kita semua ambil tidak kisah akan hal itu. Tetapi, itu adalah fitrah kejadian. Berasa dekat dan rapat dengan Allah amat menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang memahami. Semua akan berbalik kepada penciptanya jika terdapat masalah atau mungkin berasa tertekan. Ingatlah wahai semua, Allah itu amat baik..tidak terjangkau kebaikanNya. Terlalu besar. Cuba semua ambil masa dan lihat segala kejadian yang terjadi di sekeliling. Segala ni’mat yang kita dapat amat hebat bukan?

***************************

Sudah dua kali aku berkunjung ke tasik yang berada di belakang kolej kediaman aku.. terasa tenang jika melihat pada pepohon yang tumbuh menghijau di sekitar tasik. Amat tenang hati ketika melihat ikan-ikan yang berenang tidak kira penat. Setiap kali berkunjung, pasti aku tidak lupa untuk membawa sedikit buah tangan untuk ikan-ikan yang ada. Mungkin biskut kering..atau juga mungkin roti gardenia. Ikan- ikan akan makan dengan amat gembira sambil melompat didalam air….mungkin juga sebagai tanda bersyukur dengan rezeki pada hari itu. Setiap gerakan ikan itu adalah zikir..

Cantik bukan??

Segala makhluk yang diciptakan Allah yang tiada akal dapat bersyukur dan juga berterima kasih atas segala ni’mat yang dikurniakan. Bagaimana pula dengan kita manusia?? Allah memberi akal yang waras dan juga segala kemudahan…..tetapi, kadang kala kita terlupa untuk bersyukur…

Jika selama ini kita tidak, marilah sama-sama kita perbetulkan diri…

JOM SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 3, 2010

semua itu telah tetap...

assalamualaikum.....
apa khabar hari ini??
masih lagi di dalam mode raya...
alhamdulilah...walaupun hari raya hampir ingin menutup tirainya,ternyata masih ada lagi jemputan2 ke rumah terbuka.... =]

pernah ketika itu,sedang aku duduk2 sambil melihat langit yang berwarna merah melalui celahan daun tingkap yang terbuka untuk merehatkan diri selepas solat subuh,aku di ajukan satu soalan daripada kakak aku yang juga duduk bersila di sebelah....

"Nurul...kalau ko tengok,sekarang ini manusia terus berlumba lumba untuk mencari kekayaan.."

"oh..dorang nak jadi senang la tu..nak kaya..beselah~~~" jawabku dengan sangatlah selumbernya...

"tapi,cuba ko fikir....rezeki tu kan dah di tetapkan oleh Allah...kita berusaha la juga untuk mencari nafkah..tapi,bukan la dengan cara yang terlampau melampau..sehinggakan segala kepentingan utama terbengkalai.."

"urm..kadang2 kerja sampai tidak solat.."sambungnya lagi..

"haah kan kak...betul la tu.."responku laju..

"Nurul..ko nak tau tak..."tanyanya lagi..

"ape die kak?"jawabku..

"perasan tak manusia sekarang ni selalu sangat nak risaukan perkara2 yang sememangnya dah tetap.."........

"apa yang tetap??"


APA YANG TETAP?????????

kita semua tahu bahawa...ajal..rezeki...jodoh...semuanya telah tetap..
bak kata orang...

"jodoh..mati semuanya di tangan tuhan.."


betullah kenyataan tu..semuanya telah tetap..tapi kita seringkali sibuk untuk melawannya..sedaya upaya..sebagai contoh..manusia takut mati..mungkin akan berlari ke serata dunia untuk mengelak daripada kematian..tapi itu tidak akan berlaku..bumi ini kan adalah milik Allah satu2nya....ya kan???

Firman Allah dalam surah AT TAGHABUN (64:4)...

"DIA MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI,DAN MENGETAHUI SEGALA APA YANG KAMU RAHSIAKAN DAN APA JUGA YANG KAMU NYATAKAN.DAN ALLAH MENGETAHUI SEGALA ISI HATI.."


telah terbukti yang mana kita tidak akan dapat lari daripada ajal..

"SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAI MATI"
(3:185)



pada mulanya..aku ada perasaan ingin bertanya sesuatu..

"kak..tapi kan kalau kita tengok..semua orang yang meninggal dengan cara syahid (berperang) semuanya mati dalam keadaan menakutkan..penggal kepala..potong tangan..badan dirobek...tengok agak menakutkan kan...urm.."tanyaku..

"oh...kita yang tengok..memangla..tapi,kita tak tahu apa rasanya..mungkin sakitnya sama saja seperti meninggal cara normal..ataupun mungkin tak sakit..."

"kalau macam tu,lebih baik pilih syahid kan kak.."aku memotong terus.

"haah.."jawabnya ringkas...




perbualan kami terhenti ....kakakku lantas bangun untuk siap mengemas..
aku masih lagi duduk termenung menghadap matahari yang akan memancarkan cahayanya yang terang..... dan mungkin itu juga cahaya yang akan mengetuk pintu hati aku dan juga pintu hati mereka....

wallahu a'lam....