Thursday, January 30, 2014

ini satu ni'mat ilahi

bismillah..


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
terlalu banyak yang Allah hadiahkan..
terlalu banyak yang Allah kurniakan..

" ni'mat mana lagi yang kau dustakan"   (Ar-Rahman)

dan kalaulah nak ukur serta hitung ni'mat Allah,
pasti takkan habis..

seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis,
pasti takkan cukup lautan luas sebagai dakwatnya

" Jika Allah inginkan kebaikan pada seseorang, akan diberikan kefahaman agama"

titik.

mudah.

tak perlu lagi sibuk memikirkan macammana nak dapatkan kebaikan yang asli yang langsung dapat dibawa melewati dunia selepas ini ?

kebaikan ini juga yang membuatkan kita semua mendapat redhaNya. Pantas syurga . (biiznillah)

teringat sharing adik pada 9: 111

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin dan harta mereka dengan memberikan syurga....

Hebat sungguh Allah.. borak2 tarbiyah aku pada adik ini yang juga ingin menjadi salah seorang yang disebutkan Allah.

" mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh..."

subhanallah..
adik2, moga jadinya kita ini bukanlah antara orang yang ragu akan janji Allah. :)

akak sgt berharap moga antum seluruhnya dapat menjadi antara jundi2 yang sangat tersedia.
akak berdoa juga moga Allah melapangkan dada antum sewaktu antum berkongsi masalah serta mujahadah antum untuk menjadi individu muslim yang Allah inginkan.

mujahadah pastinya payah dik. tapi, ianya kunci pada redhaNya.

pasti.

#moga antum terus bermujahadah dan tidak lelah dalam melewati jalan dakwah dan tarbiyah 

melihatkan antum begini, merupakan satu ni'mat yang mahal sekali <3




Tuesday, December 24, 2013

dalam periuk, bikin muafakat

bismillah..

"ikan dilaut.. asam didarat.. dalam periuk.. bikin muafakat"

laalalalalalala

saya dengar lagu ni waktu iklan raya Petronas.


ibaratnya macam ni la

cuba kita bayangkan kejap lagu ni..

ikan yang ad kat laut 
( tak pernah terfikir pun nak jumpa asam yang memang tak de kaitan langsung dengan hidup die)

asam didarat
( lagi la langsung tak de kaitan dengan ikan-ikan yang disebutkan diatas ni)

dalam periuk bikin muafakat
( setiap satu tak pernah kenal langsung.. bukan stakat tu tapi, even ikan pun tak tahu asam wujud . and dua-dua ni tak pernah tahu pun ape ke nama kuali periuk tu )

dahsyat kan lagu ni.. kalau salah maksud, boleh jadi laen ni.. aishhh..

meh saya terangkan.. 
( gaya mak cik panggil org sume dengar cerita )

* pakai kacamata DnT dulu sat *

lagu ni sangat relevan dengan manusia yang buat dakwah. (akhawat or ikhwah).

walaupun kami tak pernah jumpa, dan akhawat A tak pernah terfikir dalam hidup die yang akan jumpa akhwat C yang duduk jauh ceruk dunia. Tapi, apabila berjumpa sekali, terasa kami telah mengenali dalam jangka masa yang lama.

teringat seorang adik tanya :

adik : akak, memang dah lama kenal dengan dia ke ?
 me :  tak la..

*muka adik tak puas hati.. hihi*

nak katanya, bila mana kita ini sangat berbeda tempat satu sama lain, tapi apa yang akan menjadikan kita sebati seperti ikan dan asam didialam periuk ?

adalah AQIDAH itu sendiri.



kenal atas dasar aqidah akan membuatkan ukhuwah itu terasa indah..
sekali berkenalan, terasa manis tak sudah ..

juga

aqidah ini adalah periuk
ikan dan juga asam ini adalah kita yang menjadi Daie

bila mana kita pun sedang berada atas satu jalan yang sama..
sama-sama dalam 1 perkara..
berjuang untuk ISLAM

kerana hanya ALLAH sahaja

juga mereka ini mempunyai hati-hati yang sangat suci

*patutlah ikan dan asam menjadi sebati*


#moga menjadi akhawat yang mukhlisin#

Sunday, December 22, 2013

kaku mungkin

bismillah..



kaku.

paralyzed.

macam-macam yang rasa bilamana membaca post2 akhawat yang bergerak.

bergerak dalam gerabak.

bukan gerabak mainan..

tapi gerabak dakwah..

gerabak bersama nabi.. juga sahabat..

bergetar rase hati bila meneliti serta berperasaan untuk menghayati setiap kata-kata yang dipamerkan diskrin blog. pasti sudah mereka sememangnya tulis dengan hati. serta bukti mereka telah berbuat. dakwah ini dengan sehabis mungkin. PASTI !!

Manakan mampu tulisan-tulisan ini mampu menggentarkan hati apabila ianya terputus dari Ilahi?

Manakan juga mampu penat lelah dalam cinta dakwah ini menghasilkan suara keluh kesah ?






Sunday, November 24, 2013

ikhlas

bismillah..



ada yang kata, ikhlas itu ibarat 1+1 = 0.

bukan hanya 1+1 , malah X + Y masih juga  = 0 ..


ada juga yang kata, ikhlas iu seperti kita membuang ..
tidak pernah terfikir kembali dalam pembuangan yang dah kita flush.. 

walaupun agak erkk bunyinya, tapi ianya tepat tau ! 

huhu.. 



* moga ikhlas dalam apa juga yang telah kita beri, 
jika terimbas kembali, jom kita set semula hati *

Friday, November 15, 2013

rindu

bismillah


betapa aku rindu..

perasaan itu.. 

betapa aku rindu
 
hati yang sepenuhnya tawakal dan berserah.
atas tarbiyah dan detik-detik yang disedikan Allah.
setiap becak yang aku melangkah, yang aku tahu adalah 

"segalanya untuk Engkau"

kerana sebelum ini aku telah lelah. 
dan paksaan yang aku tanamkan dalam melangkah
yang aku kira itu adalah detik mujahadah.
dalam mencari Allah..

betapa aku rindu

setiap tarbiyah Allah 
ketika melangkah, 
yang aku cari hanyalah Allah.

betapa Allah maha baek. 
yang aku set hanyalah sekelumit niat.
tetapi yang diberi segunung tarbiyah. 
medium tarbiyah daripada orang2 yang aku jumpa
setiap detik yang terjadi

tarbiyah yang membuatkan aku makin ingin terus melangkah.
kerana aku rasakan Dia dalam setiap helaan nafas.

kini aku rindu akan perasaan itu 
ada akak pesan
 *jika terasa futur, ingatlah saat manisnya tarbiyah Allah itu menjengah

-airmata deras-

moga perasaan ini dengan kefahaman yang akan membuatkan aku terus laju .. 
kerana amal ini takkan pernah usai.. 
walaupun betapa lelahnya badan
kerana inilah jalan bagi pencinta jalan juang

-ila jannati zumara- ( 39 : 73 )


*biiznillah*



Friday, November 8, 2013

gerak dengan rentak

bismillah...


bergerak bukan hanya berjalan.

berjalan tanpa rentak akan menghasilkan irama gerak yang caca merba.
bergerak dengan rentak akan menghasilkan satu hasil jejak yang sangat tersusun.

rentak adalah kefahaman.

kefahaman yang membumi akan meghasilkan gerakan yang mengikut acuan.
acuan islam yan mana telah luput dalam diri manusia.

biarlah kita antara orang yang bergerak mengikut rentak kita tersendiri.

bukan kerana suruhan murabbee yang menuntut kita sebagai DAIE untuk bergerak disebabkan itu adalah tugas seorang individu musleem.

tapi bergeraknya kita adalah kerana kefahaman yang telah membumi dalam hati.

kefahaman serta fikrah ini tidak mampu lagi menahan kaki untuk bergerak. tidak mampu lagi membungkam lidah daripada menuturkan kata2 dan ianya tidak mampu lagi untuk menahan anggota daripada freeze. malah, kefahaman serta fikrah yang tertanam dalam hati ini akan menggerakkan anggota dengan rentak yang tersendiri.

bergeraklah dalam apa jua keadaan..
kerana fikrah itu fitrahnya melahirkan..
bukan hanya tertanam didalam badan..
yang hanya menjadi asam dalam makanan.. 



*saya bukan orang seni yang pandai menulis dan menabur bunga dalam perkataan .. saya hanya ingin menyampaikan*


Tuesday, November 5, 2013

timbul

bismillah..

timbul . dan bukan tenggelam.

timbul dan mencari nafas.

timbullah ke permukaan dan berenanglah dengan laju !

sebab x nak saya stay kat situ dan tunggu serta berharap pada bantuan yang tak tahu akan datang ataupun tidak.

berenang dengan laju. plizz !
jangan biar static dan kembali tenggelam.

Allah, bimbinglah aku dalam mendapatkan redha engkau.
jangan biar aku tenggelam lagi walaupun aku tahu langkah aku ni selalu tersasar .


bukan hanya pada dunia..

malah pada DnT sendiri.

*bangun2.. menangis boleh tapi promise me, bangun dan lari lagi laju !*


*biiznillah*