Showing posts with label sepi. Show all posts
Showing posts with label sepi. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

. . aku masih berdiri disini . .

bismillah

benarlah Rasulullah mengatakan bahawa 
dunia ini hanyalah sementara
juga tempat persinggahan 
daripada satu perjalanan panjang mencari Tuhan..


[ perjalanan sebenar yang jauh]

kaki baru nak melangkah meninggalkan laptop yang dari tadi terpasang..
badan juga telah bangun untuk pergi menyambut seruan Allah..
sempat juga terpandang jam di screen dell
1320

belum lagi sempat untuk kaki melangkah,
terasa lantai bergetar tanda ada incoming call..

incoming call from kak am <-- shbat ketika kerja aritu..

kak am : "husna.. tahu tak ustaz shuib dah x de?"
aku : oho.. akak ni jgn main2.. x baik main2 mende gini..
kak am : uish budak ni.. x main2 la.. serius..
aku : akak biar btol.. mana akak dapat tahu ni??
kak am : kak sera bagitahu akak..

kaki yang ingin berdiri dari tadi terus terasa kaku dan kebas..
fikiran terasa kosong..
hati terasa hiba
mulut terasa terkunci..
>terasa dunia kabur<

tak sangka dia pergi begitu cepat..
ustaz mohd shuib saimin kini hanya mampu aku pandang menerusi kenangan dulu..
kenangan daripada tingkatan satu <-- 2004
hingga tarikh 26 august 2011

ustaz yang sangat peramah juga selalu mengingatkan aku dahulu..
kini tiada lagi..

aku hanya sempat bertanya kpd kawan2 yang pergi ziarah jenazah..
katanya sayu sangat.. 
tapi 
mukanya sangat berseri-seri..
sepertinya ustaz pergi membawa seribu cahaya..
pergi berjumpa Ilahi 
dengan keadaan tersenyum..
bersama ketenangan..

teringat juga sewaktu bekerja dibawah ustaz..
kami makan, ustaz puasa sunat..
kami sibuk dengan kerja2..
ustaz sibuk dengan Dhuha juga hafalan surah2..

bagitu indah sekali..tapi kini tiada lagi..
bilik GPK1 yang dulunya penuh dengan fail serta bunyi helaian2 kertas kini makin sunyi..

aku termunungkan semua itu di jendela 
hujan rintik2 serta angin menghiasi pemandangan petang
sepertinya faham akan hati aku..
juga bersedih atas kehilangan seorang yang bermakna buat aku..

berkata daam hati,
ustaz dah selesai.. insyaAllah, 
tapi aku masih lagi disini..
untuk meneruskan baki2 perjuangan..

ustaz pergi membawa sinar juga senyuman..
aku pula bagaimana nanti?? 
apa bekal yang ingin aku tunjuk dihadapan Allah 
saat pergi berjumpa denganNya?

adakah cahaya yang malap serta muka yang suram?

ya Allah..
mantapkan langkahku menujuMu dengan langkah yang kuat..

ya Allah,
teguhkan hatiku disaat ia kuat mahupun ingin mencair..

kerana aku ingin sekali berjumpa denganMu dalam keadaan bersih ..
tanpa calar sedikit pun...









Saturday, November 5, 2011

. . hati berkata heartless . .

bismillah..
terasa sangat lama tidak meninggalkan jejak di ruangan ini..
kini
hati tidak mampu untuk menolak tangan daripada menekan2 huruf dibadan dell..

.H.E.A.R.T.L.E.S.S.


seringkali terdengar luahan hati sendiri tatkala duduk bersendirian 
termenung memikirkan hari2 yang telah dan juga yang bakal berlalu..

ada satu masa 
terasa sangat bersemangat untuk tegar menghadapi ujian yang datang

ada juga satu masa
hati seolah-olah bertukar posisi 
pandangan seakan dikaburi dengan hidupan duniawi yang hanya sementara

sepertinya tiada tegahan 
berlegar-legar "astaghfirullah" dikepala
tapi mengapa hati masih kebal dan kebas?

kasih sayang
harta benda
kemewahan 
kejayaan hidup

perkara yang payah untuk dinafikan
tapi, 
andai kita sibuk mengejar yang dunia,
dimana pula letaknya akhirat?

dan andai keinginan menjadi tuhan,
dianak tangga keberapa Allah berada?

kadangkala aku seakan ingin menjerit kerana 
 hati seolah ingin merasa manisnya dunia..
kerana aku tahu 
bukan ini yang sepatutnya menjadi matlamat perjuangan aku..

tersimpan dihati
"aku tidak mahu untuk menjadi antara orang2 yang tereliminated"
kerana aku tahu,
hanya ini jalannya untuk mengejar syurga yang kekal abadi
dan aku juga tahu
hanya ini jalannya untuk aku berjumpa dengan sahabat2 dizaman Rasulullah..
juga kerana aku tahu hanya jalan ini satunya jalan untuk bertemu dengan Rasulullah
juga kerana aku tahu,
inilah jalan yang perlu aku hadapi untuk berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang tersenyum

supaya aku ingin Allah memandangku pada waktu itu dengan senyuman 
juga teguran salam..

walaupun aku tahu aku terlalu kerap untuk jatuh
dan juga terlalu kerap terpaling kebelakang,
tapi aku sangat mengharap bahawa 
Dia tidak pernah lepaskan tangan aku..

juga,
aku masih lagi berharap 
Dia tak pernah jemu untuk menasihati diriku..

terima kasih Allah...
teringin sekali aku ingin bertemu denganMu

dan masih lagi mendapat dan sedar akan ni'mat 
yang paling besar Kau kurniakan keatasku......

ni'mat merasai Kau adalah Rabb ku..








Monday, September 19, 2011

. . homesick ke aku? . .

bismillah


[ homesick itu sangat sakit ]

Ini ke yang dipanggil homesick?

Alhamdulillah.. hari ni cuaca sangat sejuk.. barangkali kerna hujan lebat turun sebanyak 3 kali.. subhanallah..
Petang yang sejuk disulami dengan angin yang kuat sehingga mengalahkan angin daripada kipas syiling yang kadangkala berbunyi akibat geseran dan mungkin barangkali telah berumur. Mata yang dari tadi melihat hasil tulisan hiragana kini makin kabur. Pen biru yang dipegang jari2 tangan kanan mulai longlai.. kepala yang dari tadi sibuk menghafal struktur tulisan hiragana mulai berat.. mata kabur.. tangan dah kebas.. kepala berat.. ditambah pula keseorangan dalam bilik..apa tandanya?? Ya MENGANTUK!!!!


Perlahan2 aku jarakkan badan daripada meja study..  kaki kini mulai bergerak kearah katil single.. fuh!!!! “ya Allah! Ngantuknya..”
Telapak tangan kanan pantas menutup mulut yang kini menguap. “arghh”
Tak sampai 1 minit, aku dah melayang ke dunia lain.. “selamat tinggal realiti”
Malangnya tidur seperti di ‘ganggu’.. jadi, tak la 100% melayang  sebenarnya.
Terjaga daripada tidur, tangan terus meraba katil mencari handphone. 1722. Terus aku bangun nak siap2 menghadap Allah.. J Alhamdulillah..


Dok duduk termenung tengok pokok saga sebelah tingkap ni bergoyang, tetiba teringat kat rumah.. kata bah.. emak.. dan semua adik beradik.. orang kata, kalau baru2 balik kampus, biasalah homesick..
Waktu tu juga, kat kepala ni sibuk teringat saat2 indah menjadi guru ganti. Teringat kat student2.. argh… rindu kat semua.. angin petang menampar pipi menanbahkan lagi perasaan rindu pada semua..
Waktu tu, hati mula berkata “angin, andai kau lalu kat rumah aku, tolong sampaikan perasaan ni kat orang2 dalam rumah aku tu..”  :’(


Siap2 nak tunggu maghrib datang, tangan terus grab phone kat atas meja.. unlock phone. Menu. Contact. Dikdah. Call.

Tutt.. tutt.. tutt..


Assalamualaikum..
Terdengar suara izah, yang kini baru selesai UPSR..
Phone Samsung beralih tangan daripada Izah kepada seorang yang aku rindui..


Emak.


Kami berbual panjang. 8 minit. Terasa waktu sangat pantas berlari.
Alhamdulillah.. masih lagi berkesempatan mendengar suara tu.. <3
Walaupun terasa kurang sedikit perasaan HS tu.. tapi, masih lagi terasa sampai sekarang.


Dalam hati masih lagi berbisik :
“abah.. mak.. doakan nurul selalu.. terasa betapa malangnya andai cuti 4 bulan sebelum ini ada kurang dan terdapat cacat celanya andainya segalanya berpunca daripada diri yang sangat ego ini”


With love……..  <3


( 2128 : 180911 )

. . lifeless life . .

bismillah

[ leaves that alone ]


There’s no life
If you feel lifeless


I keep thinking about surrounding
I keep wondering about the pumping of my heart
There’s something I should ponder about


But I’m still standing
Watching a bird perching
Some of them still on the sky


And I still standing and watching
I’m looking down to the street
A yellowish dry leaves are falling down
And yet apart from each other
And let anybody trample over their body


I still keep wondering
They follow their way
The alam follow their way
Just like what had been written


Sometimes I keep wondering about
Do me will be like the leaves?
To let myself follow the dunya current..
Without any guider?



( Thursday : 1425 : 150911 )

Friday, July 1, 2011

kau Ilhamku..


.S.E.P.I.


Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku