Monday, August 1, 2011

. . ramadhan kareem . .

bismillah..

tak sangka sangat ramadhan dah datang..
bagaikan aku kurang persediaan..
sememangnya begitu mungkin ya.. 

x kesah la.. 



:)

_O Lord, help us and do guide us to the right path.._

Friday, July 15, 2011

. . . perfectioNist itu seNi . . .

bismillah..

ada orang kata, 

" ish.. payahnya nak keja dengan orang yang perfectionist ni.. "


[ .P.E.R.F.E.C.T.I.O.n.I.S.T. ]

perfectionist ni sebenarnya sifat orang yang sangat teliti bila buat kerja..

ada juga orang yang cakap,

" husna, jangan la perfectionist sangat.. nanti payah.."

ramai yang kurang dapat nak menerima kalau dapat bos ke, lecturer ke,
kawan yang jenis macam ni.. 
bukan apa, 
sebab mungkin tak nak terasa terbeban..

sebab..
kerja dengan si perfectionist ni memang menjengkelkan penuh dengan kesabaran..
mende remeh pun nak amik kira..

kita pulak, 
memang dah biasa sangat buat kerja dengan tenangnya..
dengan gitu2 je..

bila datang si perfectionist, 
semua jadi kelam kabut..
yang kelakarnya, semua jadi macam nyawa hujung tanduk..
^^,

ntah....

ada orang yang cakap tanya, 



" husna, apa yang ko rase dengan si perfectionist ni?? "

dulu, aku akan jawab :

" entah.. buat orang penat jea.. payahla!!!!! "

tapi sekarang, :

" perfectionist ni bagus juga.. islam itu memang sifatnya teliti.. 
segalanya inci diambil kira.."

bagi aku lagi, 

perfectionist itu sangat seni

dan juga sangat menarik..

mungkin ada juga yang tak pandang mende2 yang remeh..
tapi, cuba kita tengok balik..

mende remeh yang orang biasanya akan nilai..
cara kita bekerja.. cara kita berjalan.. makan..

nabi pun ajar makan duduk...
jaga kebersihan..
sampaikan ajaran islam sendiri pun hingga ke toilet
[ masuk toilet tutup kepala...]

perfectionist sungguh bukan????

jadi, sememangnya kita muslim ni, harus lebih dahsyat..

kerana..

perfectioNist itu seNi..

dan juga..

seNi itu asli 

.....




Friday, July 1, 2011

kau Ilhamku..


.S.E.P.I.


Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku


Monday, June 27, 2011

kerana si Dia ada di situ..

bismillah..


.B.E.R.U.B.A.H.

 JANGAN BERUBAH SEBAB ORANG LAIN.... SBB BILA ORANG TU DAH XDE... DA XDE SBB UTK KTE BRUBAH.... TAPI... BERUBAHLAH KERANA ALLAH S.W.T SBB ALLAH SENTIASA ADA DGN KITA..

+ terima kasih nia +

Sunday, June 26, 2011

kerana aku juga penunggang motorsikal

bismillah..

tidak beralih pandanganku.. hanya memandang ke hadapan sebagai tanda fokus ketika memandu..
hujan lebat kadangkala mengganggu pandanganku..




.J.O.U.R.N.e.Y.

memandangkan ketika itu adalah waktu pagi,
sememangnya jalan raya sangat sesak dengan kenderaan ..
tujuan pemandunya pasti ingin menuju ke tempat kerja barangkali..

" ya Allah.. dahsyatnya~" kataku sendirian..
kelihatan bersimpang siur kenderaan ingin memasuki lorong2 dijalan raya..

sedang asyik melihat kenderaan yang asyik dengan lorong2, 

"astaghfirullah!! nasib baik tak terlanggar.." terkeluar daripada mulutku..

sebuah motorsikal memintas kenderaanku..

pantas aku lihat meter di dashboard..
110 km/h

" kalau aku punya 110, berapa pula meter motorsikal tu.." monolog sendirian..

adikku di sebelah juga menunjukkan reaksi terkejut selepas insiden 
tadi..

" hoi!!! ko ni bawak motor dah la laju.. 
naik motor pula tu!! tak tahu peraturan ke?? " bebel adikku sambil mengangkat tangannya..

aku hanya memerhati sebentar lagak adikku..
tanpa berkata apa pun.. 

bukannya tidak marah kepada penunggang itu..

tapi...

aku faham..

kerana aku juga penunggang motorsikal..

Saturday, June 25, 2011

..ini aku..

bismillah..


.T.E.R.A.N.G.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basri

Friday, June 24, 2011

jika itu yang terbaik

bismillah..



jika itu adalah yang terbaik..
aku redha..
pasti ada hikmah disebaliknya..
kerana aku tahu..
jalan itu sangat hitam dan menakutkan..

ya!!
memang ku akui ianya pedih..
tapi segalanya telah tercatat..

mungkin aku hampir terjatuh..
Kau selamatkan aku ya Allah..
ini lah yang terbaik..

_ Alhamdulillah _