Thursday, October 22, 2009

adakah pernah kekal??

Baru sahaja selesai singgah di blog kawanku..membicarakan pasal 'cinta'..cinta remaja..ingin di sini berkongsi serba sedikit tentang isu ini..mungkin barangkali tidak salah..cinta remaja..selalu dan kerap kali di banggakan oleh setiap remaja..pada fikiran mereka,when being in couple,u already show your own self..isn't it?? oh my dear..that totally wrong..'love' will just ruin yourself and also your life..think about your future..

pernah juga aku membaca sesuatu di blog kakakku..yeah..about couple..sebnarnya couple hanya dilakukan oleh orang yang kalah kepada perasaan sunyi dalam diri mereka sendiri..inginkan teman yang dapat menghiburkan hati juga nafsu sunyi mereka..mengapa tidak dijadikan Al Quran sebagai penenang hati kerana Al Quran itu sendiri berfungsi sebagai syifaul qalbi..???

pernah juga temanku diajukan persoalan oleh temannya..

"ko pernah couple??"..

"urm..x pernah..sekali pun tak pernah..kenapa??"jawab rakanku kehairanan..

"oh ye ke??ko ni..couple tu kan satu pengalaman.."

"pengalaman??pengalaman yang dapat mendatangkan dosa.."

sejenak,mindaku turut berfikir..adakah mereka menganggap couple itu sebagai satu experience???pelik sungguh remaja pada zaman sekarang..dunia semakin maju..tapi,minda semakin sempit..

moden dunia,akhlak semakin terkubur..
moden dunia,minda semakin berkarat..
moden dunia,hidup semakin tidak bertamadun..
sebenarnya bukan salah kemodenan dunia..cuma..salah penerajuan yang hanya menyumbang kepada butanya manusia.......

Tuesday, October 20, 2009

resapan hati~



apabila dibilang guna jari,sudah hampir 6 bulan aku meninggalkan STAM di SAMT.HISAMUDDIN..terasa masa amat cepat berlalu..terasa kenangan 6 bulan lepas seperti baru semalam terjadi..aku rasa gembira di stam kerana niat aku masuk ke stam bukan untuk periksa..tapi sekadar untuk menuntut ilmu berbaki..ilmu yang amat payah untuk aku miliki..juga sukar untuk orang lain miliki..sebenarnya,stam amat berat untuk di bawa..tapi,agak mudah untuk orang yang mempunyai niat yang ikhlas dan jihad untuk jalan Allah..Allah ada menyebut dalam kalam suci Al Quran,sesiapa yang menuntut ilmu,Allah akan permudahkan jalan ke syurga..tapi,jika niat lari dari landasan itu,maka,penat sahaja yang menyapa kita..

teringat dulu sewaktu aku mendaftar untuk stam,awal tahun ini,pelajar yang mendaftar agak sedikit..x penuh satu dewan Al Bukhari..sewaktu berjalan masuk menuju ke kelas,perasaan janggal penuh dalam hati...kerana pelajar stam n stpm di tempatkan di asrama lelaki(aspura)..tapi,perasaan rindu kepada sekolah dapat di ubati sedikit apabila berjalan masuk ke sekolah,meneruskan pengajian di situ..

terpalit rasa kelakar menjengah diri apabila buat pertama kalinya pergi ke sekolah tanpa s.kalkulator..madah dalam stam tidak langsung memerlukan pengiraan..tapi,kali ini lebih berat..kerana,segala madah memerlukan hafalan dan ingatan yang kuat..10 madah,semuanya dalam bahasa AlQuran..madah yang dipelajari adalah madah yang pertama kali jumpa..semua madah dalam stam adalah mengikut madah sem 1 di Al Azhar..

kini,aku berada di negeri sembilan untuk menyambung pengajian..bukan lagi di stam..
pernah kakak aku juga rakan aku bertanya kepadaku,

"husna,kau x rasa rugi ke,tinggalkan bahasa arab??"

aku terdiam sedetik..memikirkan sebentar sambil tersenyum..lantas dan terus aku menjawab,rasa rindu terhadap bahasa arab..tidak rugi mempelajari bahasa arab terutamanya nahu,sorof,balaghah untuk mendekatkan diri memahami AlQuran dengan lebih dalam..dapat mentadabbur AlQuran dengan sepenuh hati..rindunya bahasa arab..

bermula semalam,19 oktober,teman2 ku di stam berperang manghadapi peperiksaan besar STAM..teruskan perjuangan wahai sahabatku semua..kalian sentiasa dalam doaku..penat lelah untuk ke arah jalan redha Allah,akan di balas dengan ganjaran yang besar..insyaallah..aku harap,ilmu yang kalian dapat,tidak akan berlalu begitu sahaja selepas paper terakhir..tapi,akan di simpan didalam hati untuk dijadikan panduan juga resapan hati kalian..semoga Allah merahmati kalian, ya sahabati~