Monday, November 2, 2009

solat jamaah..

mungkin kita seringkali diberitahu bahawa solat jamaah besar pahalanya..27 darjat..selalu juga ceramah sana sini menekankan agar kita selalu mendirikan solat secara berjamaah..kadang kala banyak pula alasannya..antaranya,"ala~ solat sendiri pun,solat jugak..asalkan solat,sudahlah.."
ada juga alasan orang selalunya,"ish..ala~ orang nak cepat ni..solat sendiri je la..."

tapi apabila diajak borak tentang hal yang remeh,tidak pula pernah ditolaknya..lebih2 lagi yang perempuan..bercerita sampai ke maghrib pun tidak kesah..

sebenarnya bukan itu yang saya nak tekankan..ade satu perkara yang ingin saya kongsi disini..mungkin ramai yang tahu akan hal ini...tapi,x kesah la..pernah tak anda semua mendengar hadith tentang solat subuh dan isya' berjemaah di surau atau masjid??hadith tu lebih kurang mcm ni bunyinye..tunaikanlah solaat subuh dan isya' secara berjemaah..jika kamu mengetahui akan kelebihannya,kamu akan pergi ke masjid@ surau walaupun dalam keadaan merangkak..

amat penting solat secara berjamaah ini sebenarnya..walhal dalam keadaan perang sekalipun,solat secara berjamaah amat dituntut..pada zaman nabi dulu pun,solat berjamaah amat penting dan masih lagi bersolat jamaah walaupun sedang berperang..

fitrah manusia,tengok dulu baru buat...jika segala ganjaran solat berjamaah juga segala kebaikan dibentang didepan mata,barulah bersungguh2 untuk melaksanakannya..tapi,walaupun kita tidak dapat melihat segalanya,iman didada juga dalam dirilah yang mendorong kita ntuk sentiasa yakin akan segala kata2 Allah juga rasullullah..bukannya niat sebenar untuk mendapatkan syurga juga ganjaran yang berlipat ganda..tapi,hanya untuk mencari keredhaan Allah...

Thursday, October 22, 2009

adakah pernah kekal??

Baru sahaja selesai singgah di blog kawanku..membicarakan pasal 'cinta'..cinta remaja..ingin di sini berkongsi serba sedikit tentang isu ini..mungkin barangkali tidak salah..cinta remaja..selalu dan kerap kali di banggakan oleh setiap remaja..pada fikiran mereka,when being in couple,u already show your own self..isn't it?? oh my dear..that totally wrong..'love' will just ruin yourself and also your life..think about your future..

pernah juga aku membaca sesuatu di blog kakakku..yeah..about couple..sebnarnya couple hanya dilakukan oleh orang yang kalah kepada perasaan sunyi dalam diri mereka sendiri..inginkan teman yang dapat menghiburkan hati juga nafsu sunyi mereka..mengapa tidak dijadikan Al Quran sebagai penenang hati kerana Al Quran itu sendiri berfungsi sebagai syifaul qalbi..???

pernah juga temanku diajukan persoalan oleh temannya..

"ko pernah couple??"..

"urm..x pernah..sekali pun tak pernah..kenapa??"jawab rakanku kehairanan..

"oh ye ke??ko ni..couple tu kan satu pengalaman.."

"pengalaman??pengalaman yang dapat mendatangkan dosa.."

sejenak,mindaku turut berfikir..adakah mereka menganggap couple itu sebagai satu experience???pelik sungguh remaja pada zaman sekarang..dunia semakin maju..tapi,minda semakin sempit..

moden dunia,akhlak semakin terkubur..
moden dunia,minda semakin berkarat..
moden dunia,hidup semakin tidak bertamadun..
sebenarnya bukan salah kemodenan dunia..cuma..salah penerajuan yang hanya menyumbang kepada butanya manusia.......

Tuesday, October 20, 2009

resapan hati~



apabila dibilang guna jari,sudah hampir 6 bulan aku meninggalkan STAM di SAMT.HISAMUDDIN..terasa masa amat cepat berlalu..terasa kenangan 6 bulan lepas seperti baru semalam terjadi..aku rasa gembira di stam kerana niat aku masuk ke stam bukan untuk periksa..tapi sekadar untuk menuntut ilmu berbaki..ilmu yang amat payah untuk aku miliki..juga sukar untuk orang lain miliki..sebenarnya,stam amat berat untuk di bawa..tapi,agak mudah untuk orang yang mempunyai niat yang ikhlas dan jihad untuk jalan Allah..Allah ada menyebut dalam kalam suci Al Quran,sesiapa yang menuntut ilmu,Allah akan permudahkan jalan ke syurga..tapi,jika niat lari dari landasan itu,maka,penat sahaja yang menyapa kita..

teringat dulu sewaktu aku mendaftar untuk stam,awal tahun ini,pelajar yang mendaftar agak sedikit..x penuh satu dewan Al Bukhari..sewaktu berjalan masuk menuju ke kelas,perasaan janggal penuh dalam hati...kerana pelajar stam n stpm di tempatkan di asrama lelaki(aspura)..tapi,perasaan rindu kepada sekolah dapat di ubati sedikit apabila berjalan masuk ke sekolah,meneruskan pengajian di situ..

terpalit rasa kelakar menjengah diri apabila buat pertama kalinya pergi ke sekolah tanpa s.kalkulator..madah dalam stam tidak langsung memerlukan pengiraan..tapi,kali ini lebih berat..kerana,segala madah memerlukan hafalan dan ingatan yang kuat..10 madah,semuanya dalam bahasa AlQuran..madah yang dipelajari adalah madah yang pertama kali jumpa..semua madah dalam stam adalah mengikut madah sem 1 di Al Azhar..

kini,aku berada di negeri sembilan untuk menyambung pengajian..bukan lagi di stam..
pernah kakak aku juga rakan aku bertanya kepadaku,

"husna,kau x rasa rugi ke,tinggalkan bahasa arab??"

aku terdiam sedetik..memikirkan sebentar sambil tersenyum..lantas dan terus aku menjawab,rasa rindu terhadap bahasa arab..tidak rugi mempelajari bahasa arab terutamanya nahu,sorof,balaghah untuk mendekatkan diri memahami AlQuran dengan lebih dalam..dapat mentadabbur AlQuran dengan sepenuh hati..rindunya bahasa arab..

bermula semalam,19 oktober,teman2 ku di stam berperang manghadapi peperiksaan besar STAM..teruskan perjuangan wahai sahabatku semua..kalian sentiasa dalam doaku..penat lelah untuk ke arah jalan redha Allah,akan di balas dengan ganjaran yang besar..insyaallah..aku harap,ilmu yang kalian dapat,tidak akan berlalu begitu sahaja selepas paper terakhir..tapi,akan di simpan didalam hati untuk dijadikan panduan juga resapan hati kalian..semoga Allah merahmati kalian, ya sahabati~

Friday, September 18, 2009

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

selamat tinggal kepada ramadhan yang akan pergi lagi 1 hari lagi...memang terasa amat sedih dihati ini..amat susah untuk ketemu dengan ramadhan ini..kerna kita tidak dapat melihat akan masa depan sama ada masih lagi dipinjamkan nyawa dan nafas serta kesihatan kepada kita oleh YANG MAHA KUASA.."agar kita semua masih lagi diberi keizinan untuk berjumpa dengan ramadhan..

RAMADHAN...
nama itu amat indah pabila didengar..begitu gembira dan bersyukur apabila berada didalamnya...begitu sedih pabila terpaksa berpisah dengannya..begitu tenang pabila rapat dengannya...begitulah kebesaran allah yang amat payah untuk diungkap dengan kata2..

setiap kali ramadhan berkunjung tiba,memori dahulu ketika aku berumur 6 tahun juga akan saing dengan kedatangan ramadhan..teringat kembali ketika itu,aku masih lagi dalam proses untuk belajar berpuasa..pagi itu,aku bermain bersama adikku..ibuku,seperti biasa,asyik menjahit baju raya..aku terasa tekakku amt kering dan haus kerna asyik dengan jeritan dan ketawa bersama adikku..setelah agak tidak tahan dengan kepenatanku,sekilas pandang,aku terlihat kepada 1 botol air mineral yang terletak di atas meja..aku terus mengambil botol itu dan bertanyakepada ibuku..

"mak,ni air ape??"

"air jarang(air kosong).."

tanpa berfikir bahawa aku sedang berpuasa,aku terus meneguk air didalam botol itu dengan gelojoh dan akhirnya,botol itu menjadi 1 botol kosong dalam kurang 1 minit..tetiba,

"mak!!!!!!!!!!nurul terminum"

"ko minum air tu ke??"

"haah..mak,mcam mana ni??"

"ala~x pe la..dah la tu.."

aku terus membatalkan puasaku dan terasa amat gembira kerana aku dapat makan pada hari tu..banyak lagi gelagat ketika zaman kejahilan ku..haha..kengkadang,aku saja memberi alasan sakit perut untuk mendapat simpati abah ngan mak agar memberiku lampu hijau untuk mengisi perutku yang agak lapar..

*Ya Allah,moga Kau sampaikan aku kepada Ramadhan untuk tahun depan..aminnn~

Saturday, August 1, 2009

wah!!!!!!!!!aku di tag!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wbt...
thnx 2 ummu haniey..hehe..kerna telah mengtag aku..wargh!!!!!!!!malasnye nak buat...urm...x pe ummu...kali ni aku try wat gak..

1> single is simple...

2> blom lg cecah umur 18 thun..

3> sekarang sambung blaja kat mtrx n9..kat kuala pilah..

4> masih lg bgantung hdup ngan mak n abah..

5> suke tengok anime..lg2 bleach..suke gak tengok filem nihon..terpengaruh ngan kakak..

6> suke makan..aku d gelar 'perabis makanan' d rumah..(ye ke bah??)

7> orang kata,aku ni baik...tp,ramai kgkwan aku nak muntah bile aku cter aku ni baik..

8> aku amat suke mkan ais krim..x kesah la ais krim jnis ape,prise ape..yang penting,aiskrim..tp,x brape gmar prise vnilla..xsedap..

9> telah selamat mendapat lesen p moto n kete..

10> aku amat x suke kat dalam kelas kpp n kelas amali 6 jam..rase cam beku,nak tdo..tp x leh..

11> banyak bercakap menjadi hobiku..

12> aku x suke sgt wane2 yang terlalu feminin..

13> x suke tngok cite psal orang nyanyi2..

14> klu mase wat keje,aku amat suke melalak..sambil dgr mp3 kat phone..

15> kengkadang suke fikir tentang masa yang dah berlalu..

16> huhu..

17> haha..

18> hehe..

19> ape aku mrepek ni??

20> amat tringin nak jadi ape yang aku nak jadi..

21> doakan aku ea..

22> aku bukan orang yang skema..

23> bile aku pegi kdai buku,aku amat suke beli buku..

24> tinggal 1 je lg..

25> fuhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

*ummu...aku dah slesai!!!!!!!!
urm..aku tak tau nak tag sape lg ni..sape2 la yang terbukak blog aku nih..

*syaratnya..
pbila anda sudah di tag,anda harus membuat 25 kenyataan tentang diri anda..tentang yang benar,benar2,benar3,ataupun..papela..asalkan anda bhagia...

selamat berjuang..

esok aku kene gerak ke n9 agak pagi...jadi,nak tulis esok takut tak sempat..so,aku ambil kesempatan malam ni untuk menulis sebelum kita berpisah untuk beberapa bulan..

petang jumaat semalam,tergerak hatiku ingin menanya khabar rakan2 ku yang kini masih lagi dalam perjuangan di STAM di sekolah agama menengah tinggi hisamuddin..mungkin juga untuk melepaskan rindu atas ukhuwah yang sempat terbina hanya beberapa bulan..tapi..I'Allah akn berkekalan..ukhuwah fillah abadan abada..

mesejku tiba2 di balas dengan ayat"husna,doakan aku ea..tak lama lagi nak trial..lg seminggu.."balasnya..

"eh,trial??trial STAM ke??cepatnya..krang periksa mula berapa hari bulan??"balasku agak terkejut dengan kenyataan yang di berikan..

"urm..ktorang periksa 10/8..doakan ea.."jawabnya..

"oh,ye ke??klu macam tu,all da best..i'Allah,aku doakan ea.."jawabku ringkas..

bagiku,selagi kita menuntut ilmu Allah,dengan niat yang baik,i'Allah,Allah akan permudahkan..niatkan segala sesuatu kerana Allah..dan banyakkan berdoa kepada Allah..Allah pun dah sebut dalam Al-Quran.."BERDOALAH KEPADAKU..NESCAYA AKAN KU PERKENANKAN KEPADAMU.."

teringat kembali kata2 kakakku...

"ala nurul~..pape pun..mintak lah kat Allah..Allah tu lagi dekat daripada urat leher.."

jika di renung kembali,betapa dekatnya Allah terhadap hambaNya..cuma,kita sebagai hambaNya yang seringkali lupa dan hanya tahu untuk mengeluh juga seringkali buta terhadap diriNya..

##kepada semua rakan2 ku yang kini amat sibuk menghafal kitab2 fiqh,faraid,arudh,qfiah,tauhid,mantiq,tafsir,hadith,adab dan nusus,semoga kalian terus berjuang menaikkan ilmu agama Allah..ku harap,moga kalian semua berjaya dan mendapat redhaNya..amin..

selamat berjuang..

Friday, July 31, 2009

DAH LA TU....

urm...alamak..dah nak dekat pukul satu la...lagi 15 minit...walaupun mata seperti baru di sembur dengan penyegar..hehe..tapi,rasanya diri ingin mengundur dahulu..takut esok x sempat nak kejar waktu..oh....sekarang dah pukul 1250 pagi...so,,diri ingin berehat sebentar..mungkin blog ini tidak akan terisi lagi dengan n32 baru untuk beberapa bulan..insyaAllah,kita akan bertemu lagi..
Assalamualaikum wbt..

malasnya....??

malam ni mungkin malam kedua last aku berada di rumah...lpas ni kene hntar diri balik kat negeri sembilan..keje kat atas meja tu amatlah berlambak..tapi,malam ni...hehehe...rase malas pulak nak pegang pensil n buku...wah....wahai diriku..mana boleh macam ini...bangkit!!!!!!!!!
dua tahun lepas,ketika kakakku masih di UM,setiap kali tiba musim cuti selepas testo,..
"wah,kak...banyaknya bawak balik buku.."kataku kehairanan..

ketika itu,aku masih lagi menuntut di tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Klang..aku seringkali berkata kepada kakakku..

"kak,kakak ni..kata cuti..tapi,cam langsung tak cuti je..asyik melekat dengan buku latihan je..banyak sangat ke latihan tu??"

"banyak la juga..ni semua latihan yang sensei bagi untuk budak2 RPKJ..kitorang mana ada cuti kosong je..ktorang tak macam korang.."ulas kakakku..

kini,setelah aku melangkah keluar dari dunia sekolah menengah,dan kini aku menuntut di salah sebuah kolej matrikulasi..barulah aku sedar akan keadaan yang mana cuti yang ada ini bukan untuk mainan semata-mata..

sebenarnya..sebelum cuti ni,pernah juga plan nak pergi memana...jalan2..pergi sana..pergi sini..tapi,misi tak dapat dilaksanakan dengan jayanya..huhu..tapi,walau pape pun..aku tetap bersyukur..kerna masih lagi di berikan kesempatan dan ruang oleh Allah untuk merehatkan sedikit dan memberi sedikit'pernafasan' terhadap diriku..

bila start cerita pasal ruang ni...tiba2 aku jadi teringat kepada salah satu tajuk dalam buku teks Al-Quran dan Sunnah yang mana tercatat bahawa terdapat 2 ni'mat yang Allah beri kepada hambaNya..tapi,hambaNya sering lupa terhadap 2 ni'mat itu..iaitu..
1)masa sihat
2)masa lapang

jadi,gunakanlah masa yang ada ini walau sedikit dan isilah masa ini dengan perkara yang amat bermanfaat..takut nanti,bila dah terlepas dari masa ini,menyesal tak sudah..in additional,kepada diriku..dan juga kepada semua diri...AYUH!!!!JANGAN BERMALAS LAGI....

"KAMI"


WARGHH!!!!! Agak lama tak buat n3 nie..mybe,hamper 3 bulan..tapi,di kesempatan ini,ingin aku mengucapkan daomo arigato kepada ummu hani kerna telah mengingatkan untuk meng’up 2 date’ blogku ini..urmm..nak buat n3 tentang apa ea??aha!!!!!pasal roommate la…
Meh saya kenalkan kepada anda sekalian bhawa,picture kat atas ni,merupakan gambar kami berempat sebagai roommate yang baik…(baik lah kot)..pape pun,dari sebelah kiri,eryka,husna,afiqah dan kilah..
Gmbar ni ktorang ambil mase larian kakom..(fuh,sempat tuuu)..ala~x tau nak cerita apa lagi..sekarang ktorang ngah cuti…tapi,macam tak cuti je..hehe..walaupape pun,terubat juga rinduku kepada rumah yang telah agak lama juga ku tinggalkan..(ape aku merepek ni??)

Sunday, May 10, 2009

Malam Ini..

Malam ini adalah malam yang terakhir aku berada di rumahku sebelum aku melanjutkan pelajaranku ke n9..mungkin aku akan meninggalkan sebentar laman blog ini untuk beberapa bulan..berat juga hatiku ini..walaupun hanya beberapa hari sahaja aku mengenali blog ini..

Aku amat berharap bagi sesiapa yang telah menjenguk dan sudi untuk singgah ke dalam blogku ini,dapat mendoakan kemudahan urusan dan tanggungjawab yang aku pegang sepanjang aku berada di sana..doakan aku..bagi semua belia2 islam yang datang ke blogku ini,ingin aku menyeru kepada kalian semua bahawa mari kita pegang ukhwah islamiah kita ini dan mari kita sama2 berjuang untuk menjadi asset dunia islam pada masa ini dan yang akan datang dan dapat membawa izzah islamiah dengan yakin dan tidak gentar..

Harap,segala yang terjadi, kita dapat menangani dengan amat baik dan rasa penuh rasa bersyukur..banyak dugaan yang akan menjenguk kita dalam kita melayari hidup ini..
Juga tidak dilupakan kepada sekalian sahabatku yang berada di luar sana wala siama yang berada di) lower form6 (STAM) dapat meneruskan perjuangan kalian dalam menolong agama Allah ini..innallaha sayansuru alaikum allazi nasru ala dinillah..aku berdoa,moga kalian mendapat yang terbaik dalam STAM dan dalam hidup dunia dan akhirat..maa taufiq wannajah alaikum..arju alaikum tadu’li ilallah..uhibbu alaikum jamia’n wa ukhwah fillahi aidhan..SELAMAT BERJUANG SEMUA!!!!!!!

Thursday, May 7, 2009

Tertanya??

Bagi sesiapa yang telah menjenguk ke blogku,mungkin akan tertanya mengapa aku memilih untuk menamakan id blog aku sebagai arudhmantiqwafaraid..

----------------------------------------------------------------------------------

“Dikdah,senang2,bukaklah kat blog aku..aku dah wat blog malam tadi..nanti aku bagi ko alamatnya..”ajakku kepada adikku yang kini berada di tingkatan tiga..
“kakak dah buat blog??”katanya seakan tidak mempercayai kata2 ku..huhu..
“haah..aku buat malam tadi..tapi tak cantik lagi la”..almaklumlah,baru ‘bertatih’ dalam penulisan blogku ini..adikku lantas mengambil posisi di sebelahku..aku lantas mencapai pen dan kertas kosong untuk menulis alamat blogku..http://arudhmantiqwafaraid.blogspot.com..
“hah??ape 2??macam x boleh nak baca je..dahlah panjang,pelik semacam je..”katanya sambil menunjukkan muka yang agak pening..

----------------------------------------------------------------------------------

Alkisahnya begini..bagi sesiapa yang pernah menyambung pelajaran walaupun seketika di STAM(sijil tinggi agama Malaysia)selepas tingkatan 5,mungkin mengerti apakah yang dimaksudkan dengan arudh,mantiq dan(wa) faraid..hehehe..sebenarnya,antara 10 subjek di stam,3 yang aku sebutkan adalah antara subjek yang aku agak fenin dan kurang faham..(maaf ustazah siti nor jaffar,ustaz nizam,ustazah kholijah)..jadi,selepas berhempas pulas aku memikirkan apakah id blog yang ingin ku pilih,lantas jariku menari di atas papan kekunci bermain dengan huruf a,r,u,d,h,m,a,n,t,I,q,w,a,f,a,r,a,I,d..

Oleh itu,aku ingin mengambil kesempatan disini untuk mempromosi kepada pelajar lepasan SPM especially who are from the Islamic high schools to take STAM after your form 5..STAM sangat seronok!!!!!!!!!!! X percaya???????cubalah masuk STAM…

Wednesday, May 6, 2009

Oh,Butanya Hatiku Ini..

“urm….cari apa??”

“oh,saya cari beg balik kg..”sambil tanganku ligat membelek satu ‘beg blik kg’ yang berwarna biru muda juga bercampur putih..

“oh,ni pun ok ma..u mau colour ape??”

“oh,ade warna lain ke??saya ingat colour biru ni je..”
Si amoi sopan lantas membuka zip beg dan mengeluarkan semua beg yang mempunyai design yang sama tapi berlainan warna(pink-ungu,biru-putih,hitam-putih)..ikutkan hati aku,nak je aku memilih design yang berwarna pink pekat-ungu tua..sebab nmpak mcm gile2..tetiba,dengar suara _ _ _ _ _..”husna,pilihlah warna hitam-putih ni.cantiklah..klu aku,aku pilih yang ini..”

“Arghh!!!ish _ _ _ _ _ ni”..membuatkan hatiku merasa rasa berbelah bagi samada hitam-putih ataupun pink-ungu..sambil aku melayan perasaanku yang sedang bergelora bagai dipukul ombak untuk decide da right choice,kedengaran pula sampukan suara si amoi sopan bertanya..

“u nak pergi mana??”

“oh,I nak pergi matrix(matrikulasi)”

“oh,matrix ah??matrix mana??”

“I dapat mtrix kat n9..yang ni(sambil mnudingkan jariku kearah _ _ _ _ _)dapat kat perak..”

“oh,I x dapat matrix..”

“eh,u pun 18 ke??”tanyaku agak kebingungan..

“yeah”ringkas.”urm..u dapat berapa A??”

“oh,I dpat 5..u??”

“ten”jawabnya ringkas tapi dapat ku baca riak wajahnya yang malu..

“ten??????????????????”aku hampir terkejut dengan jawapan yang diberikan si amoi sopan..rupanya bukan aku sahaja yang terkejut,tapi,si _ _ _ _ _ pun menunjukkan respon yang sama..jawapan si amoi sopan tadi menarik minatku untuk mengajukan soalan seterusnya..

“u apply upu x??”

“apply,tapi x dapat..i dah apply mtrx x dpat,upu pn x dapat,scholarship pun x dpat”suaranya ada menunjukkan rasa yang agak kecewa..

“so,sekarang ni,macam mana??”tanyaku semula..

“ntahla..i pun x tau..sementara I tunggu mana2,I ambil STPM la..”

“oh,STPM kat high school??”

“yeah….”jawabnya ringkas tapi amat ramah..

--------------------------------------------------------------------------------

Aku telah mengambil keputusan untuk menurut kata _ _ _ _ _..selesai melakukan sighah,aku pun berjalan meninggalkan si amoi sopan sambil berkata “congrate 2 u n good luck”..si amoi sopan terus mengukir senyuman yang manis..Ternyata,berjalanku bukan hanya berjalan kosong..satu perkara masih berlari dan terus berlegar di ruang mindaku yang sedang sarat untuk memikirkan barang yang hendak di beli selepas beg balik kg..
Aku terus terfikir,betapa sepatutnya kita ini perlu bersyukur kerana masih diberi peluang dan rezeki oleh Khaliq yang amat mengasihi diri kita ini..lebih2 lagi kita sebagai seorang muslim..Betapa besarnya kesalahan diri kita,tapi,dia tak pernah jemu untuk mengalirkan arus rezeki terhadap hambaNya yang amat disayangiNya..kini,benarlah kata kakak ku,kak fizah …”nurul,kejayaan dunia ni,orang je yang pandang..tapi Allah x pernah nak pandang semua tu..rezeki ni nurul,Allah yang bagi..kita doalah kat Dia..moga kita diberi peluang belajar ilmu Dia bukan je untuk dunia,tapi untuk akhirat juga” Walaupun aku tidak ditawarkan untuk ke universiti,tapi Alhamdulillah,aku masih di beri rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi di negeri smbilan..

*mungkin kalian semua terfikir..siapakah yang aku maksudkan dengan _ _ _ _ _??actually,dia adalah Qayah(ruqaiyah)..maaf ruqaiyah….

Arghhhhhh!!!!!!!!!

Hari ini,hari rabu..tepat jam 5.32 pagi,aku terjaga dari tidurku yang tidak berapa nak lena..mungkin amat penat agaknya..terdengar alunan zikir pagi oleh Munir hijjaz melalui mp3 phone mengejutku untuk mengajakku untuk ketemu dengan cinta hatiku..Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!kuatnya pujukan syaitan untuk menenggelamkan ku ke alam mimpi semula..setelah 5 minit berlalu,tekadku untuk melawan buaian hawa nafsu yang kini menjadi2…”tak boleh jadi nih!!!!nurul husna!!!!!!!!!bangun!!!!!!!!!!!!!!!lwan dia,lawn dia”hatiku tekad.Aku terus menolak ‘the comfort pig skin blanket’ untuk terus berlalu ke arah anak tangga bagi membersihkan diriku lantas mengangkat hadas kecil untuk memulakan ‘something’..setelah hampir sahaja selesai membasuh anggota wudu’ terakhir…mindaku rancak berkata”nurul,masih sempat..masih sempat..lepas ni lari dan…teruslah…..” agak gembira hatiku ketika itu..tiba2,telingaku yang kebasahan dapat menangkap satu alunan suara yang agak jelas tidak jauh dari tempatku…”ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR….” Terdengar sahaja alunan merdu itu berkumandang,hatiku menjadi sedih dan sekali kerana berasa tewas oleh syaitan yang telah mendahului 1-0…..aku terus melangkah agak perlahan untuk menaiki susunan anak tangga bagi menunaikan ibadah fardhu kepada cinta hatiku….mmmmm……Alhamdulillah,selesai akhirnya…..Aku terus melawan nafsu amarahku(ilmu dari stam) daripada melentokkan kepalaku di tempat yang empuk mahupun keras cam batu pun daripada tertidur yang hanya akan melewatkan plan aku hari ini……plan aku arini,nak g sekolah untuk meminta pengesahan pengetua bagi mengesahkan dokumen yang amat dan sangat perlu…hoho…k la,teruskan cerita..sebagai pompuan yang ‘amat sopan’,aku terus malakukan kerja2 harian sebagai seorang pompuan…huhu..(bunyinyer mcm x betul je~)actually,I have an imprtant date with my _ _ _ _ _ today…