Tuesday, December 24, 2013

dalam periuk, bikin muafakat

bismillah..

"ikan dilaut.. asam didarat.. dalam periuk.. bikin muafakat"

laalalalalalala

saya dengar lagu ni waktu iklan raya Petronas.


ibaratnya macam ni la

cuba kita bayangkan kejap lagu ni..

ikan yang ad kat laut 
( tak pernah terfikir pun nak jumpa asam yang memang tak de kaitan langsung dengan hidup die)

asam didarat
( lagi la langsung tak de kaitan dengan ikan-ikan yang disebutkan diatas ni)

dalam periuk bikin muafakat
( setiap satu tak pernah kenal langsung.. bukan stakat tu tapi, even ikan pun tak tahu asam wujud . and dua-dua ni tak pernah tahu pun ape ke nama kuali periuk tu )

dahsyat kan lagu ni.. kalau salah maksud, boleh jadi laen ni.. aishhh..

meh saya terangkan.. 
( gaya mak cik panggil org sume dengar cerita )

* pakai kacamata DnT dulu sat *

lagu ni sangat relevan dengan manusia yang buat dakwah. (akhawat or ikhwah).

walaupun kami tak pernah jumpa, dan akhawat A tak pernah terfikir dalam hidup die yang akan jumpa akhwat C yang duduk jauh ceruk dunia. Tapi, apabila berjumpa sekali, terasa kami telah mengenali dalam jangka masa yang lama.

teringat seorang adik tanya :

adik : akak, memang dah lama kenal dengan dia ke ?
 me :  tak la..

*muka adik tak puas hati.. hihi*

nak katanya, bila mana kita ini sangat berbeda tempat satu sama lain, tapi apa yang akan menjadikan kita sebati seperti ikan dan asam didialam periuk ?

adalah AQIDAH itu sendiri.



kenal atas dasar aqidah akan membuatkan ukhuwah itu terasa indah..
sekali berkenalan, terasa manis tak sudah ..

juga

aqidah ini adalah periuk
ikan dan juga asam ini adalah kita yang menjadi Daie

bila mana kita pun sedang berada atas satu jalan yang sama..
sama-sama dalam 1 perkara..
berjuang untuk ISLAM

kerana hanya ALLAH sahaja

juga mereka ini mempunyai hati-hati yang sangat suci

*patutlah ikan dan asam menjadi sebati*


#moga menjadi akhawat yang mukhlisin#

Sunday, December 22, 2013

kaku mungkin

bismillah..



kaku.

paralyzed.

macam-macam yang rasa bilamana membaca post2 akhawat yang bergerak.

bergerak dalam gerabak.

bukan gerabak mainan..

tapi gerabak dakwah..

gerabak bersama nabi.. juga sahabat..

bergetar rase hati bila meneliti serta berperasaan untuk menghayati setiap kata-kata yang dipamerkan diskrin blog. pasti sudah mereka sememangnya tulis dengan hati. serta bukti mereka telah berbuat. dakwah ini dengan sehabis mungkin. PASTI !!

Manakan mampu tulisan-tulisan ini mampu menggentarkan hati apabila ianya terputus dari Ilahi?

Manakan juga mampu penat lelah dalam cinta dakwah ini menghasilkan suara keluh kesah ?






Sunday, November 24, 2013

ikhlas

bismillah..



ada yang kata, ikhlas itu ibarat 1+1 = 0.

bukan hanya 1+1 , malah X + Y masih juga  = 0 ..


ada juga yang kata, ikhlas iu seperti kita membuang ..
tidak pernah terfikir kembali dalam pembuangan yang dah kita flush.. 

walaupun agak erkk bunyinya, tapi ianya tepat tau ! 

huhu.. 



* moga ikhlas dalam apa juga yang telah kita beri, 
jika terimbas kembali, jom kita set semula hati *

Friday, November 15, 2013

rindu

bismillah


betapa aku rindu..

perasaan itu.. 

betapa aku rindu
 
hati yang sepenuhnya tawakal dan berserah.
atas tarbiyah dan detik-detik yang disedikan Allah.
setiap becak yang aku melangkah, yang aku tahu adalah 

"segalanya untuk Engkau"

kerana sebelum ini aku telah lelah. 
dan paksaan yang aku tanamkan dalam melangkah
yang aku kira itu adalah detik mujahadah.
dalam mencari Allah..

betapa aku rindu

setiap tarbiyah Allah 
ketika melangkah, 
yang aku cari hanyalah Allah.

betapa Allah maha baek. 
yang aku set hanyalah sekelumit niat.
tetapi yang diberi segunung tarbiyah. 
medium tarbiyah daripada orang2 yang aku jumpa
setiap detik yang terjadi

tarbiyah yang membuatkan aku makin ingin terus melangkah.
kerana aku rasakan Dia dalam setiap helaan nafas.

kini aku rindu akan perasaan itu 
ada akak pesan
 *jika terasa futur, ingatlah saat manisnya tarbiyah Allah itu menjengah

-airmata deras-

moga perasaan ini dengan kefahaman yang akan membuatkan aku terus laju .. 
kerana amal ini takkan pernah usai.. 
walaupun betapa lelahnya badan
kerana inilah jalan bagi pencinta jalan juang

-ila jannati zumara- ( 39 : 73 )


*biiznillah*



Friday, November 8, 2013

gerak dengan rentak

bismillah...


bergerak bukan hanya berjalan.

berjalan tanpa rentak akan menghasilkan irama gerak yang caca merba.
bergerak dengan rentak akan menghasilkan satu hasil jejak yang sangat tersusun.

rentak adalah kefahaman.

kefahaman yang membumi akan meghasilkan gerakan yang mengikut acuan.
acuan islam yan mana telah luput dalam diri manusia.

biarlah kita antara orang yang bergerak mengikut rentak kita tersendiri.

bukan kerana suruhan murabbee yang menuntut kita sebagai DAIE untuk bergerak disebabkan itu adalah tugas seorang individu musleem.

tapi bergeraknya kita adalah kerana kefahaman yang telah membumi dalam hati.

kefahaman serta fikrah ini tidak mampu lagi menahan kaki untuk bergerak. tidak mampu lagi membungkam lidah daripada menuturkan kata2 dan ianya tidak mampu lagi untuk menahan anggota daripada freeze. malah, kefahaman serta fikrah yang tertanam dalam hati ini akan menggerakkan anggota dengan rentak yang tersendiri.

bergeraklah dalam apa jua keadaan..
kerana fikrah itu fitrahnya melahirkan..
bukan hanya tertanam didalam badan..
yang hanya menjadi asam dalam makanan.. 



*saya bukan orang seni yang pandai menulis dan menabur bunga dalam perkataan .. saya hanya ingin menyampaikan*


Tuesday, November 5, 2013

timbul

bismillah..

timbul . dan bukan tenggelam.

timbul dan mencari nafas.

timbullah ke permukaan dan berenanglah dengan laju !

sebab x nak saya stay kat situ dan tunggu serta berharap pada bantuan yang tak tahu akan datang ataupun tidak.

berenang dengan laju. plizz !
jangan biar static dan kembali tenggelam.

Allah, bimbinglah aku dalam mendapatkan redha engkau.
jangan biar aku tenggelam lagi walaupun aku tahu langkah aku ni selalu tersasar .


bukan hanya pada dunia..

malah pada DnT sendiri.

*bangun2.. menangis boleh tapi promise me, bangun dan lari lagi laju !*


*biiznillah*

Monday, November 4, 2013

enough

bismillah

dalam jalan DnT ini, banyak benda yang akan kita pertaruhkan..

disaat ON CALL for DnT ini berbunyi,

you  juz got only 2 things as your options .

terima atau lepas.

terima bukan dengan haya menadah tangan dan sebagainya
tapi terima dengan keadaan bersedia untuk dikerah..

sememangnya sangat tak mampu untuk menjadi daie yang sempurna ..

tapi tarbiyah itu sendiri fitrahnya adalah mengubah bukan?

mengubah daripada merangkak kepada bertatih.. sehinggalah berlari laju !

*husna2.. kena uji sikit dah nak rse down.. don't be give up ! plizz

Sunday, October 13, 2013

school of THOUGHT

bismillah..

fuhhh3... seyes lama bonar x tulis pape ni..  
nape muncul mood nak tulis ni? 
terasa ada satu perasaan ingin berkongsi sedikit.. 

BTW...

pernah dengar tak perkataan TARBIYAH ?

waktu muda dulu, zaman sekolah2.. perkataan tarbiyah ni hanya akan dijumpai dalam kitab2 azhar yang mane tarbiyah = didikan. ok. full stop. the means end there. hanya sekadar tahu tapi bukan faham apatah lagi mahu jadi fikrah. of kos not !


school of thought TARBIYYAH ! 

apa yang bestnye? 

kalau dulu tarbiyah just a word . thats mean didikan. 
contohnya tabiyahtul aulad = didikan kanak2
-DONE-

tapi sekarang, betapa besarnya makna tarbiyah

tarbiyah yang mana ertinya didikan.
yup! 
pasti sekali didikan yang menjadikan seorang aethis itu MUSLIM..
didikan yang menjadikan seorang MUSLIM itu MUKMIN

dan pastinya

didikan yang mengubah aku dulu menjadi seperti sekarang
(moga tetap begini malah lebih laju lagi)

tarbiyah ini sangat COOL ! 
dengan tarbiyahlah kita akan dapat merasai segalanya dekat kita.
bukan hanya dari sudut fizikal malah semestinya dari sudut hati..
dengan tarbiyahlah diri ini disucikan
hati terasa tenang
membuatkan diri ini ada yang mengambil perhatian
membuatkan segala urusan ada yang menguruskan
membuatkan diri ini ada yang memberi kasih sayang
membuatkan diri ini ada juga yang menjaga

tarbiyah bukan hanya menukar penampilan seseorang 
tapi yang paling penting akan menukar corak pemikiran seseorang dalam kehidupan..

dengan tarbiyah yang disalurkan Nabi Muhammad kepada sahabatlah yang membuatkan para sahabat mampu meninggalkan harta-harta ditanah Mekah ketika hijrah..

dengan tarbiyah juga membuatkan sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu yang sangat precious. 

tarbiyah yang terfikrah balasannya JANNAH.
-apa lagi ni'mat yang kte nak melainkan JANNAH itu sendiri?-





Tuesday, April 2, 2013

mahu apa lagi?

bismillah..

di saat hati ternanti-nanti..
juga perasaan tertanya-tanya,
sejak dari dulu lagi..

"MAKA NI'MAT MANA LAGI YANG KAMU DUSTAKAN?"  (Ar-Rahman)




Alhamdulillah..

disaat ini, apa lagi yang kamu kita mahukan?
adakah masih lagi ingin berkira-kira pada Allah atas ni'mat2 kecil kita 
setelah Allah memilih kita untuk menerima ni'mat terbesarNya .. ?

menjadi seorang yang ISLAM dan juga mempunyai KEFAHAMAN?

juga..


TARBIYAH


mahu apa lagi wahai diri??

T_T

Thursday, March 28, 2013

sekat

bismillah..




Disaat segalanya nampak jelas, rupanya masih kabur..
Disaat hati ini mengeras dan juga kaki ini ingin melangkah laju,
Rupanya masih tersekat..




Tuesday, January 29, 2013

.. karena engkau indah ..

salam..

bismillah..

yezzzzaaaaa!!!!!

kenapa aku katakan engkau indah??

kerna engkau sememangnya sangat indah.. 

.B.U.L.A.N.

engkau sangat indah..

melihatmu buat aku rasa tenang..

teringat kata2 akak naqeebah ku apabila aku ajukan kepadanya bahawa aku sangat dan sungguh suka pada alam.. :)

"akak, saya sangat suka alam.."

jawabnya.... 
  "mestilah kita akan suka pada alam.. sebab akan rasa tenang.. kerana.... mereka sangat suci.. mereka dekat dengan Allah.. kerana mereka sangat patuh dan berzikir.."

aku tersenyum...  yup!!



tersenyum..

setiap kali aku lihat bulan, aku akan tersenyum..

( hati : masyaAllah.. indahnya ciptaanMU.. :') )

Allahu Rabbi....

teringat juga kata2 seorang sahabat.. 

"husna, tahu x, ada 1 hadith nabi.. 'engkau akan lihat Allah seperti engkau melihat bulan..'.."

hati terasa koyak!!  

*bergenang*

dan juga, ada 1 hadith ni.. 


Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Allahu Rabbiii....

rindunya aku pada nabi Muhammad..

*mata bocor*


bulan oh bulan.....  

u make me speechless

Saturday, January 26, 2013

.. undescribeable..

bismillah..

-- sebak--

sebak tak tahu kenapa.. 

terasa sebak dan juga serabut kalau fikir tentang manusia.. 

banyak yang bermain dikepala..
eh, awak fikir apa? bukan yang tu la.. aishhhh...  
*tutup muka*

bila mana kita berfikir tentang manusia, tentang ummah yang sedang diulit rasa selesa.. 

eh, awak tak percaya ke selesa itu membunuh?
aisehh~!!  

rasa selesa itu seriousy akan buat kita terumbang ambing dengan cawan kebahagian kita sahaja.. 
and that was the reason why Islam getting down drastically once upon  a time.. YEZZZAAA!!


okeh~  now i'm home.. 

terasa lama sangat tak tengok TB,, 

push button ON.. 
*aishh .. tetibe teringat plak subject robotic and mechatronic.. huhu. ok stop!*

okeh then what i see is, theres a lot of people wanna find their layers .. 
what u call that?  rancangan BINTANG MENCARI BINTANG..  aiyooooo00000

waktu tu terasa hati panas...!!  
terasa nak jerit je kat dorang ni.. 

*dude!!  hang tak kesian ka tngok orang islam kita ni mati dibunuh hatinya dengan semua ini? !!  betapa kat luar sana terlalu ramai muslim yang sedang dibunuh, dirogol, ditindas..!!*

merasakan sedih , aku turut bersama..

merasa, aku juga akan tertarik bersama apabila berhadapan dengan Allah kelak.. 

arghhh!! apa agaknya yang akan menjadi hujahku?

*tarik bantal*

aku sayang kalian.. walaupun kita tak pernah bersua.. bukan setakat tak pernah bersua.. tak kenal pun awak tu sape!! tapi kita ini bersaudara..! dan aku juga ingin mengembalikan islam naikk!!  naikk!!  naik menjadi world order.. tapi aku juga ingin kita bersama.. 

kerna aku ingin ke JANNAH bersama.. 

sebab tak co0l lah masuk surga sorang2.. itupun kalau masuk .. kalau dah kena tarik ke neraka? erkkkk....

=.="  

dunia ni dah sempit dengan segalanya.. !!  nway dear, dude, and so wutz eva, tak macho la klu hidup asyik ikut orang yang kita rase kan co0l sangat tu.. seyesly!!  

jom lah kita take a path yang agak awkward yang lagi lain dari orang lain.. 
kerna jalan itu adalah jalan bagi orang2 yang terpilih.. :)
jalan apa???   

tak de dah jalan lain.. 

jalan Dakwah dan juga Tarbiyah.. :)  

*senyum ikhlas*

jom3!!!  

kenapa nak jom sangat??

kerna, mahunya kita SORGA~  

*terbang*

ALLAHUMMA AMEEN... :)))  *senyum infinity*

Thursday, January 24, 2013

..senyum dengan alam..

bismillah.. 

warghhhh!!  

lamanya tak conteng pape.. 
bukan bermaksud melupakan tapi agak kebizian terhadap kerja2 seorang mahasiswa biasa.. 

ehem.. ehem.. ehemm..

anyway, walaupun bizi itu sangat menyerang tapi, Alhamdulillah Allah itu sangat baik.. 

dalam kebizian, pasti ada juga pujukan2 yang mampu membuatkan hati ini sangat gembira..

selepas tamatnya kebizian, inilah waktunya untuk aku ditimpa dengan exam week yang sangat bertimbun!!

ya bertimbun!! fuhhhh4~!!!

setiap pagi Allah akan menghantar angin lalu yang sejuk dan nyaman kepada aku yang berada pada tingkat 3 bangunan hostel.. dan juga Allah sentiasa menghadirkan titisan rahmat yang akan membasahi bumi kampus dan juga titisan ini akan mula mengalir lembut mengikut alur pada tingkap kaca ditepi katil.. 

Allahu Rabbi.. 

seandainya aku ini KAu letakkan pada jalan manusia biasa, pasti aku akan layu dan juga leka diulik rasa tension dan juga tertekan..!!  

ya sangat tertekan !!

tapi, Alhamdulillah.. Engkau letakkan aku diatas jalan dakwah dan juga tarbiyah.. 
yang mana sangat engajar aku erti hidup seorang muslim yang sebenar.. 

yang mana Engkau juga mengajarkan aku sebuah hadith ajaib yang mana akan membuatkan aku tersenyum walau diri dilukai dengan ujianMu dan juga dilimpahi dengan nikmatMU..