Tuesday, July 15, 2014

ini jalan tuhan

bismillah..




jalan ini hanya bagi yang mahu

jalan ini mengira hati yang ingin menapak diatasnya

jalan ini panjang, sulit dan sakit

jalan ini akan mengambil sepenuhnya cinta dari hati2

kerana jalan ini jalan tuhan
ianya tidak akan mengikut cetakan hati nafsu manusiawi

ianya suci
ianya akan berdiri walau tiada siapa mahu volunteer diri

kerana jalan ini jalan bagi yang mengejar redha Ilahi
dan kerana jalan ini jalan islami
jalan hakiki ke syurga abadi


#dan terserah. pilihan ditangan sendiri

Sunday, July 6, 2014

masjeed hopping

bismillah.

salamun alaik..


ramadhan kareem


Allahu.. terasa bulan ramadhan kali ni is a long month to go. 

bukan sebab tak sabar and tak tahan. chigau yo . bukan

tapi rasa Allah memakbulkan impian saya untuk bulan ni. 


Masjid Hopping


yup. ini plan saya waktu beberapa bulan before ramadhan datang. 

idea untuk masjid hopping ni datang waktu saya baca buku contengan jalanan written by Hlovate. beberapa tahun dulu. sekarang baru tekad nak buat. 

subhanallah. Allah mudahkan sgalanya. bukanlah dengan travel full hopping dr masjid ke masjid. cukuplah merasai ramadhan di masjid-masjid berlainan setiap kali untuk solat dan juga taraweekh. :)

iktikaf di masjid putra waktu ramadhan 1. serious rasa sangat sayu. bukan sebab tak dapat berbuka dengan family di rumah. tapi, perasaan sayu lebih lagi. terasa memang hanya diri sendiri dan tuhan. Allahu.. tenang. 

beratus manusia iftar dan juga solat. subhanallah.. 
terasa diri kerdil dan tak ada apa-apa. langsung. meneruskan hari untuk ibadah dengan lebih tunduk. Allah hadirkan akhawat dari langit bersama saya. osem sangat Allah ni. hihi

should be noted and highlighted in my life event journey. 

and sampai skarang ni, Allah masih memudahkan saya bermasjid hopping. dari saatu ke satu. 

bermasjid hopping ibarat berjalan mencari tarbiyah diri. Apa yang Allah nk beri, carilah hikmahnya sendiri. moga ramadhan memberi bekal mandiri. 

#haibat Allah ni. terima kasih Allah.. 



## ad 1 plan sy x proceed lg. doakan untuk saya ya. manalah agaknya yang akan jadi 1st aim place ntk 2nd plan ni ##

Tuesday, July 1, 2014

mane die

bismillah..



Ramadhan Kareem buat semua :)

Ramadhan yang akan melajukan ibadah para mujahidah 

tapi.. 

kenapa rasa hati ni bolong ?

seakan tak merasakan apa-apa

sujud, tunduk hanya untuk Dia.. 

atau mungkin kerana hati ni makin keras ? 



#Allah.......T_T#

Friday, May 30, 2014

detik itu.

bismillah..

detik itu... yup.. ianya detik yang telah berlalu..


setahun yang dulu..


*saya hanya mampu tersenyum*


moga Allah tsabatkan langkah,pemikiran, jiwa, harta, diri awak semua..
 dan juga diri saya..
 supaya masih lagi disini.


moga segalanya masih indah seperti dahulu
moga jiwa2 meronta itu masih kuat rontaannya lebih dari dulu
moga segala rasa waktu itu, Allah masih izinkan untuk setiap detik yang akan aku lalu..

seperti setahun yang dulu itu :')

semoganya ..



*biiznillah*



Thursday, May 29, 2014

>< setahun

bismillah..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

x sangka today is 30th may..

it's mean the circle for a year has been completed.


subhanallah.

T_T *tq Allah*

-nanges dalam-

Thursday, May 8, 2014

untuk dia

bismillah..

post ni mungkin boleh jadi luahan hati saya sendiri..
walaupun agak segan sebenarnya, tapi, saya nak tulis jgak :)

post ini berkaitan dengan si dia..
die ni budget cool je. :P

kalau dulu waktu study, and smthing happen, saya cari dia.
apa yang buat saya boleh dekat dengan si dia ni is, mungkin interest kami sama.
cara fikir kami sama.

kadang-kadang dia ni suka buat benda gila.
pernah ajak saya starring at stars waktu lepas solat subuh. atau sebelum subuh.
*hampir lupa*

kadang-kadang saya rasa dia ni kind of heartless jugak. urmm..
kind of la..
sepanjang waktu saya dekat dengan dia, ada je rasa geram dan tak boleh terima cara dia.
just a little la . tapi mungkin sebab kami rasa benda yang sama, that make me just ok with her.

tapi serious it quite a long time off contact with her.
seriously !

just want u to know this,even we far from each other, and even we take a different path in this life journey, and maybe we could make some argument on some ideology in the way we see the point of view, yet we still together striving to jannah insyaAllah.

even our mindset might change a little because of our stand today, its not the end of our relationship. isn't?

hihi ><


#just suddenly u come crossed of my mind and my day while starring to this rain#

Thursday, May 1, 2014

teori padi

bismillah..

 ingat tak surah al-nasr? meh nak check sikit kefahaman dan tajam sesungut rabbani kita. hihi..

apa yang ada dalam surah al-nasr ?

haaaa... dalam surah ni, Allah do teach us macam mana nak deal dengan satu situasi yang sepertinya menampakkan kita berjaya. even surah ni antara surah yang sangat pendek, just contain 3 ayat je. subhanallah.. indeed !! short reminder from Allah yet has great message inside. :)

Allah tarbiyah kita dengan sesuatu yang sangat cantik. absolutely !
Allah teach us to whom should we pass the victory. indeed ! to Allah..

hanya orang yang kuat iman sahaja yang betul-betul yakin segala apa yang dah jadi bukanlah atas kejayaan tangan sendiri dalam membentuk. contoh yang paling dekat sekali ialah pembinaan adik-adik. sy sangat yakin, ad sebahagian murabbee yang sangat rabbanii dan meletakkan kemenjadian adik-adik dalam tarbiyah ini hanya pada Allah. good !! antum memang ohsem  !!

As Allah dah pun ajar nabi dalam surah tu,kamu lihat berbondong-bondong yang masuk islam, maka bertaubatlah dan pohon ampunan daripada Allah.

same thing goes to Dai'e. bilamana melihat kemenjadian adik-adik dalam menerima pembawakan kita, seharusnya lebih tunduk dan bertaubat. seperti padi, makin berisi makin tunduk :). bukan seperti lalang makin tua, makin manusia rase nak racun je.

istighfar dan perbaharui niat serta perbaharui istighfar B)

cool, huh




*kena juga istighfar sandainya adik-adik sanggup makan cekodok masin kte tu ><*


Wednesday, April 23, 2014

istighfar baru yuk !

bismillah..


alhamdulillah.. banyak sangat benda jadi.. 
tapi, segala kekurangan Allah tutup dengan sesuatu yang buat aku mampu tersenyum 
dan makin menambahkan istighfar.



p/s: jom perbaharui istighfar .. <3

Thursday, April 3, 2014

melangkah

bismillah..

alhamdulillah..

melihatkan anak-anak dalam proses membesar..

pasti mamanya juga perlukan sesuatu makanan yang sangat sesuai mengikut pertumbuhan perkadaran yang lebih pantas. pantas bagi anak-anak yang makin membesar menelusuri jalan dakwah dan tarbiyah.

Alhamdulillah.

bila tengok anak-anak ini, terasa dapat tengok mereka daripada merangkak hinggalah sekarang ini bertatih atas jalan ini. sama je macam baby. setiap anak-anak lain cara layannya. lain juga cara nak besarkan. anak-anak ini macam-macam gayanya.

jadi seorang mama ni, sangat mencabar. serius. awak hanya akan tahu bila awak telah merasai. hadiah Allah nak bagi. juga amanah yang sangat besar sekali. membesarkan anak-anak dari sudut tarbiyah, dakwah serta fikrah.


cita - cita

melihatkan antunna akak jadi reflect diri sendiri

dakwah ini berat tapi akan jadi mudah seandainya berjalan bersama hati

moga antunna sangat tsabat dan dapat mecari rentak melodi sendiri

bersama tumbuhan iman yang menyegari

supaya antunna jauh lebih hebat dari akak

teringin satu hari nanti bila bertemu kembali,

kita dapat berborak mengenai DnT

mungkin juga antunna dah berlari-lari menjadi Daie

moga Allah redhai :')

biiznillah..




# sedang hujan saat ini.. Allahu, moga diri lebih tsabat dalam mencari booster diri :') #


Monday, March 17, 2014

unstable

bismillah..




unstable emotion.

terdetik hati share dengan seorang akhawat ..


saya : sy rse down :((

akhawat : akak percaya 1 benda ni.. murabbee adalah cerminan mutarabbeenya.. kalau akak down, mesti mutarabbee akak pun tengah x stable .



rase hati koyak.. 

rase nak booster .. 


bumi itu

bismillah..




( bumi tarbiyah )


 rasa itu datang dari dasar hati

moga sama2 tsabat di sini

jalan DnT ini


#distance hanya akan muncul saat terlupakan didalam doa..
#rindu hanya dalam doa okeh ! 


Thursday, February 13, 2014

daerah kecil itu

bismillah..




daerah ini

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..



* sesungguhnya aku rindu daerah kecil ini *

* pasti daerah yang sebenarnya memberikan kepuasan hakiki*



Wednesday, February 12, 2014

moga persis yuki

bismillah






yuki.. salji.. 

sejuk.. malah mendamaikan diri..

berjalan sendiri selepas halaqah malam tadi, tertanya diri kembali..

dalam keadaan sunyi.. dan juga sepi..

berjalan tidak seberapa jauh yang hanya bertemankan bulan makhluk Ilahi..

yang terang dan bercahaya dari sinaran diri sendiri

ya! bulan itu sendiri.

bulan itu sendiri. tiada teman dekat disisi.

si bintang hanya menemani menghiasi langit. dari jauh infinity. 

bulan tak pernah rase diri dibebani tanpa ditemani

kerana yang hadir dalam hati hanyalah Ilahi.

maka, sinarannya makin berseri.


seperti itu juga aku, yang sendiri bermalam dinihari

yang perlu ada dalam diri hanyalah tarbiyah Ilahi 

tak perlu rasa takut serta sendiri

berjalanlah dengan percaya diri

membawa hati yang suci

seputih yuki

walaupun tahu diri ini banyak kelemahan perlu dibaiki

semoga ini menjadi titik penerang diri

menelusuri Jalan Ini

moga jejak-jejak ini mampu membekas dalam hati para jundi

yang lebih mempunyai jiwa murni

* moga bersama-sama dalam DnT *

* hanya kerana redha Ilahi *


Wednesday, February 5, 2014

pengorbanan

bismillah..

ada seorang murabbee tu share tentang pengorbanan. pengorbanan seorang daie dalam menDF adik2 yang agak payah sikit nak dekat. sejauh berkilometer2 kayuh basikal. dan ikat pizza kat seat belakang basikal untuk bagi adik2 makan. ada seorang tu pulak, naek moto nak pergi jumpa adik semigggu sekali. perjalanan naek moto ke tempat adik adalah 3 jam perjalaan.

 fuhh !! sangat rasa kagum seyes. 

alhamdulillah. adik2 tadi pada mulanya tak nak ikut tarbiyah. tapi disebabkan tengok pengorbanan murabbee tu, die jadi lembut hati. 

"sesungguhnya Allah yang membuka hati dan memberi hidayah"

tapi sangat mantap!! dengan peluh yang bercucuran boleh buat adik terbuka hati. subhanallah. pengorbanan melahirkan rasa. rasa bagi kita . juga bagi mereka. kadang2 kita tak tahu macam mana caranya Allah nak buat hati adik tu lembut. dan mungkin salah satunya adalah dengan pengorbanan yang kita lakukan. 

bila cakap tentang pengorbanan ni, teringat BBT (borak2 tarbiyah) dengan akhawat sorang ni. saya jadi tertanya. kenapa dia sanggup turun ke tempat yang jauh untuk bejumpa adik2. kalau nak turun tengok adik2, kena spent masa selama 8 jam by train. saya jadi terfikir. apa booster yang membuatkan dia kuat untuk pengorbanan tu? 

jawapan yang dia bagi is :

"pengorbanan ni samada Allah akan bagi pahala lebih buat kte, or kefahaman DnT lebih buat kte atau adik2 kte".

subhanallah. mereka memang saya sangat kagum. bila nak dibandingkan saya, tak de ape sangatlah saya. 

kadang2 kita sibuk fikir muntij atau tak. tapi, sedarlah .. kerja DnT ni membina manusia. muntij atau tak, kita sendiri yang akan tentukan. 

dan apa yang saya nampak pada akhawats tadi, mereka sangat all out dengan DnT. dan banyak yang bermain pada bibir2 mereka adalah nilai sabar serta ikhlas dalam membina. dan pastinya Allah sangat tahu saya sangat lemah bab sabar. Seandainya Rasulullah tak sabar, pasti kte takkan dapat nak rasa Islam sekarang ni. Kalau mak ayah kte tak sabar, pasti dah dibunuh kte dan tak dapat juga kte merasai ni'mat tarbiyah ni. Kuncinya adalah sabar. sepanjang sabar itu, akan terbit keiklasan . 

seyes memang saya kena belajar untuk lebih bersabar. 

Allah ad pesan.. "Fasbir Sabran Jameela"  (bersabarlah dengan kesabaran yang baik)

saya tahu payah bagi saya. tapi saya harus ! 

semoga saya bersabar untuk bersabar :')


Thursday, January 30, 2014

ini satu ni'mat ilahi

bismillah..


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
terlalu banyak yang Allah hadiahkan..
terlalu banyak yang Allah kurniakan..

" ni'mat mana lagi yang kau dustakan"   (Ar-Rahman)

dan kalaulah nak ukur serta hitung ni'mat Allah,
pasti takkan habis..

seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis,
pasti takkan cukup lautan luas sebagai dakwatnya

" Jika Allah inginkan kebaikan pada seseorang, akan diberikan kefahaman agama"

titik.

mudah.

tak perlu lagi sibuk memikirkan macammana nak dapatkan kebaikan yang asli yang langsung dapat dibawa melewati dunia selepas ini ?

kebaikan ini juga yang membuatkan kita semua mendapat redhaNya. Pantas syurga . (biiznillah)

teringat sharing adik pada 9: 111

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin dan harta mereka dengan memberikan syurga....

Hebat sungguh Allah.. borak2 tarbiyah aku pada adik ini yang juga ingin menjadi salah seorang yang disebutkan Allah.

" mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh..."

subhanallah..
adik2, moga jadinya kita ini bukanlah antara orang yang ragu akan janji Allah. :)

akak sgt berharap moga antum seluruhnya dapat menjadi antara jundi2 yang sangat tersedia.
akak berdoa juga moga Allah melapangkan dada antum sewaktu antum berkongsi masalah serta mujahadah antum untuk menjadi individu muslim yang Allah inginkan.

mujahadah pastinya payah dik. tapi, ianya kunci pada redhaNya.

pasti.

#moga antum terus bermujahadah dan tidak lelah dalam melewati jalan dakwah dan tarbiyah 

melihatkan antum begini, merupakan satu ni'mat yang mahal sekali <3