yuki.. salji..
sejuk.. malah mendamaikan diri..
berjalan sendiri selepas halaqah malam tadi, tertanya diri kembali..
dalam keadaan sunyi.. dan juga sepi..
berjalan tidak seberapa jauh yang hanya bertemankan bulan makhluk Ilahi..
yang terang dan bercahaya dari sinaran diri sendiri
ya! bulan itu sendiri.
bulan itu sendiri. tiada teman dekat disisi.
si bintang hanya menemani menghiasi langit. dari jauh infinity.
bulan tak pernah rase diri dibebani tanpa ditemani
kerana yang hadir dalam hati hanyalah Ilahi.
maka, sinarannya makin berseri.
seperti itu juga aku, yang sendiri bermalam dinihari
yang perlu ada dalam diri hanyalah tarbiyah Ilahi
tak perlu rasa takut serta sendiri
berjalanlah dengan percaya diri
membawa hati yang suci
seputih yuki
walaupun tahu diri ini banyak kelemahan perlu dibaiki
semoga ini menjadi titik penerang diri
menelusuri Jalan Ini
moga jejak-jejak ini mampu membekas dalam hati para jundi
yang lebih mempunyai jiwa murni
moga jejak-jejak ini mampu membekas dalam hati para jundi
yang lebih mempunyai jiwa murni
* moga bersama-sama dalam DnT *
* hanya kerana redha Ilahi *
No comments:
Post a Comment