Saturday, December 11, 2010

hidup = game

Angin di waktu maghrib berhembus dengan amat tenang..

Assalamualaikum wbt….

Saya ada sesuatu perkara yang ingin saya ajukan..
Apabila seseorang tanya kepada anda,

“awak.. apa yang awak faham dengan kehidupan?”

Barangkali kita akan jawab…

“urm… kehidupan itu inilah…..sekarang ini..setiap saat yang kita lalui…



Mungkin ada juga seseorang akan tanya lagi…

“awak…. Apa yang awak pandang terhadap kehidupan awak?”


Ada peratusan kita akan balas

“oh.. saya kejar semua dalam hidup saya..saya inginkan segalanya..kalau boleh.. saya inginkan segala apa yang orang lain ada. Saya nak kejar cita-cita saya. . saya nak dapat yang terbaik dalam akademik.. nak kerja besar-besar.. nak gaji besar.. baru puas hidup macam itu…hidup ini sekali je….”

***************************************************8

Teringat sewaktu angin maghrib berhembus….
Sewaktu menunggu untuk mengambil makanan…
Sambil-sambil juga menikmati ABC disalah satu gerai makan…
Sambil juga melihat burung yang terbang untuk pulang selepas berhempas pulas mencari makanan di siang hari…
Sambil mengacau ABC yang beku didalam mangkuk… begitu juga yang terjadi kini. Fikiranku terus dikacau seperti straw yang mengacau ABC tadi oleh satu pernyataan yang agak berat bagi aku.. yurp!! Pastinya tentang kehidupan..

******************************************************

Pernah juga aku bertanya sesuatu teerhadap diri sendiri…

Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??
Adakah aku mencintai dunia??


Aku mencari pemandangan yang indah di bumi ini…..
Untuk aku mencari sebab atas cintanya aku terhadap dunia…
YUPP!!!!!!!!!
Memang dunia ini amat indah…
Segalanya cantik…
Makhluk….
Alam…..
Segalanya tersusun…

TETAPI…..


Adakah segalanya akan kekal ??
Tidak bukan??
Selepas aku mendapat sedikit tarbiyah…..
Aku simpulkan alam ini sebagai hiasan yang melindungi sesuatu..
Dunia ini hanyalah satu pentas lakonan..
Lakonan yang akan berterusan sehinggalah hari yang dijanjikan tiba..
Hidup ini bagi aku ibarat satu permainan(game)..
Mungkin juga seperti game seperti FEAR FACTOR…
Mengejar satu tujuan ..
Membawa 2 tanggungjawab…. Khalifah dan juga ‘abid(hamba)….
Sepanjang perjalanan akan terjumpa dengan pelbagai dugaan….
Dugaan yang indah.. mahupun dugaan yang amat payah..
Yang rasanya mungkin juga akan menggoyahkan iman setiap insan..
Tujuannya ialah redha Allah..
Dan juga ganjarannya ialah syurga yang amat dahsyat…subhanallah..

Ya!!!!!
Inilah kehidupan…

Dan inilah yang aku faham mengenai kehidupan yang sedang berjalan..tetapi kadangkala leka juga dengan segala hiburan akibat daripada pil khayal yang telah dimasukkan ke dalam minda muslim sekarang oleh pihak yang amat memusuhi islam.

********************************************************

Dan kini… jika disaat kita akan meninggalkan dunia kesayangan kita ini…
Mungkin juga seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak…apa yang awak akan bawa untuk bekal awak??

_adakah bekal kita adalah wang ringgit juga sijil-sijil yang menjadi kebanggaan kita sewaktu hidup di dunia??

Ada pula seseorang akan bertanya kepada kita..

“awak… apa pandangan awak terhadap dunia pada ketika nyawa awak sedang berada di hujung kerongkong??”

Apa yang kita akan jawab???

Dan mungkin juga saya akan jawab apa yang saya telah nyatakan sebentar diatas tadi…
Dan inilah jawapan saya..

Bagaimana pula dengan ANDA?????????

Friday, November 12, 2010

SAAT INI...

Angin..

Tiupkanlah angin semangat yang amat dahsyat untuk aku merasakan dinginnya ukhuwah dan juga segarnya perjuangan hidup ini..


Matahari..

Berikanlah aku bahang yang dapat membakar segala perasaan malas dan juga letih supaya bangkit dan bangun untuk meneruskan setiap saat untuk melangkah ..


Bintang..

Sinarilah untuk aku bintang-bintang yang dapat mengubat segala kesakitan dan juga rasa kecewa.. agar aku terus bersemangat dan dapat bersyukur diatas cantknya alam Allah ini..


Laut..

Sediakanlah untuk aku deruan-deruan ombakmu yang terlalu hebat menjadi halwa telinga ku ..


SEGALANYA AMAT INDAH DAN JUGA BERMAKNA BAGI AKU ….

ALAM INI….

TERIMA KASIH YA ALLAH….

DI ATAS SEGALA KURNIAAN INI….

AKU AMAT BERSYUKUR……

ALHAMDULILLAH..

Monday, November 1, 2010

ikan oh ikan

Assalamualaikum wbt….

Buat sahabat2…

Buat teman2…..

Buat kawan2…..

Apa kata hati pada hari ini??

Cuba semua orang tanya pada diri masing2, apakah benda yang akan memberi ketenangan kepada diri semua jika melihatnya?

Mungkin setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?

Jika saya, saya amat tenang jika dapat melihat pepohon hijau…air laut yang cantik…bintang yang berkedip…haiwan2 yang bergerak…mendengar bunyi daun yang ditiup angin……

Adakah semua berfikiran yang sama dengan saya??

Jika ya, itu adalah normal dan juga fitrah bagi setiap insan yang memang gemar untuk melihat sesuatu yang indah dan amat mendamaikan..

Suka kepada alam = suka kepada ciptaan Allah = dekat dan rapat dengan Allah

Memang setiap jiwa memerlukan satu ketenangan iaitu berasa dekat dengan penciptanya..walaupun kadang-kadang kita semua ambil tidak kisah akan hal itu. Tetapi, itu adalah fitrah kejadian. Berasa dekat dan rapat dengan Allah amat menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang memahami. Semua akan berbalik kepada penciptanya jika terdapat masalah atau mungkin berasa tertekan. Ingatlah wahai semua, Allah itu amat baik..tidak terjangkau kebaikanNya. Terlalu besar. Cuba semua ambil masa dan lihat segala kejadian yang terjadi di sekeliling. Segala ni’mat yang kita dapat amat hebat bukan?

***************************

Sudah dua kali aku berkunjung ke tasik yang berada di belakang kolej kediaman aku.. terasa tenang jika melihat pada pepohon yang tumbuh menghijau di sekitar tasik. Amat tenang hati ketika melihat ikan-ikan yang berenang tidak kira penat. Setiap kali berkunjung, pasti aku tidak lupa untuk membawa sedikit buah tangan untuk ikan-ikan yang ada. Mungkin biskut kering..atau juga mungkin roti gardenia. Ikan- ikan akan makan dengan amat gembira sambil melompat didalam air….mungkin juga sebagai tanda bersyukur dengan rezeki pada hari itu. Setiap gerakan ikan itu adalah zikir..

Cantik bukan??

Segala makhluk yang diciptakan Allah yang tiada akal dapat bersyukur dan juga berterima kasih atas segala ni’mat yang dikurniakan. Bagaimana pula dengan kita manusia?? Allah memberi akal yang waras dan juga segala kemudahan…..tetapi, kadang kala kita terlupa untuk bersyukur…

Jika selama ini kita tidak, marilah sama-sama kita perbetulkan diri…

JOM SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 3, 2010

semua itu telah tetap...

assalamualaikum.....
apa khabar hari ini??
masih lagi di dalam mode raya...
alhamdulilah...walaupun hari raya hampir ingin menutup tirainya,ternyata masih ada lagi jemputan2 ke rumah terbuka.... =]

pernah ketika itu,sedang aku duduk2 sambil melihat langit yang berwarna merah melalui celahan daun tingkap yang terbuka untuk merehatkan diri selepas solat subuh,aku di ajukan satu soalan daripada kakak aku yang juga duduk bersila di sebelah....

"Nurul...kalau ko tengok,sekarang ini manusia terus berlumba lumba untuk mencari kekayaan.."

"oh..dorang nak jadi senang la tu..nak kaya..beselah~~~" jawabku dengan sangatlah selumbernya...

"tapi,cuba ko fikir....rezeki tu kan dah di tetapkan oleh Allah...kita berusaha la juga untuk mencari nafkah..tapi,bukan la dengan cara yang terlampau melampau..sehinggakan segala kepentingan utama terbengkalai.."

"urm..kadang2 kerja sampai tidak solat.."sambungnya lagi..

"haah kan kak...betul la tu.."responku laju..

"Nurul..ko nak tau tak..."tanyanya lagi..

"ape die kak?"jawabku..

"perasan tak manusia sekarang ni selalu sangat nak risaukan perkara2 yang sememangnya dah tetap.."........

"apa yang tetap??"


APA YANG TETAP?????????

kita semua tahu bahawa...ajal..rezeki...jodoh...semuanya telah tetap..
bak kata orang...

"jodoh..mati semuanya di tangan tuhan.."


betullah kenyataan tu..semuanya telah tetap..tapi kita seringkali sibuk untuk melawannya..sedaya upaya..sebagai contoh..manusia takut mati..mungkin akan berlari ke serata dunia untuk mengelak daripada kematian..tapi itu tidak akan berlaku..bumi ini kan adalah milik Allah satu2nya....ya kan???

Firman Allah dalam surah AT TAGHABUN (64:4)...

"DIA MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI,DAN MENGETAHUI SEGALA APA YANG KAMU RAHSIAKAN DAN APA JUGA YANG KAMU NYATAKAN.DAN ALLAH MENGETAHUI SEGALA ISI HATI.."


telah terbukti yang mana kita tidak akan dapat lari daripada ajal..

"SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAI MATI"
(3:185)



pada mulanya..aku ada perasaan ingin bertanya sesuatu..

"kak..tapi kan kalau kita tengok..semua orang yang meninggal dengan cara syahid (berperang) semuanya mati dalam keadaan menakutkan..penggal kepala..potong tangan..badan dirobek...tengok agak menakutkan kan...urm.."tanyaku..

"oh...kita yang tengok..memangla..tapi,kita tak tahu apa rasanya..mungkin sakitnya sama saja seperti meninggal cara normal..ataupun mungkin tak sakit..."

"kalau macam tu,lebih baik pilih syahid kan kak.."aku memotong terus.

"haah.."jawabnya ringkas...




perbualan kami terhenti ....kakakku lantas bangun untuk siap mengemas..
aku masih lagi duduk termenung menghadap matahari yang akan memancarkan cahayanya yang terang..... dan mungkin itu juga cahaya yang akan mengetuk pintu hati aku dan juga pintu hati mereka....

wallahu a'lam....

Wednesday, September 15, 2010

selamat pergi dan pulang kawan2!!!!!! (^_^)v

assalamualaikum wbt...
salam ukhuwah...
salam lebaran dan salam aidilfitri...

alhamdulillah..
wahai sahabat2...ingin aku ucapkan tahniah kepada kalian semua...tak lama lagi kalian semua nak fly kan..masing2 semua dah nak sambung belajar ke tempat2 dan bawa haluan masing2...aku kat sini hanya mampu mendoakan..tak tersangka hampir beberapa tahun dan mungkin ada yang baru menjangkau setahun lebih kenal kalian semua..dan terasa ikatan ukhuwah antara kita masih lagi terjalin..urm..alhamdulillah...dan mungkin juga dalam masa 4 tahun kita semua mungkin atau tidak untuk bertemu kembali...segala kenangan yang ada aku akan simpan baik2 dalam kotak memori...

harap kalian semua dapat pergi dan pulang dengan selamat...
manalah tahu kita akan bertemu di bumi mesir juga!!!hehe....

p/s: doakan aku dunia akhirat ea!!!
will miss u my friends.....

Sunday, September 12, 2010

kenapa begini pada hari raya??

assalamualaikum wbt...

rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan "selamat hari raya aidilfitri,maaaf zahir dan batin"..hari ini masuk hari keempat untuk hari raya..

wah!!sudah agak lama rasanya aku meninggalkan medan contengan ini..bukan ingin berhenti..tetapi terasa malas untuk menconteng sesuatu...hehe..

***************

"ish,kenapa mesti begini pada hari raya??"

"urm..apa yang kenapanya??"hairan..

"cuba tengok segala rancangan kat tv ni.."

"oh...pasal tu ke??"ringkas...

**************

setiapa kali hari raya menjelang,segala program televisyen semuanya akan menyiarkan rancangan yang menarik..menarik ke??

program filem,nyanyian..segalanya di atur dengan begitu baik sekali..filem,disiarkan pada waktu pagi,petang dan malam..
program dokumentari yang berfaedah,disiarkan pada waktu maghrib,ketika orang islam sedang sibuk meyiapkan diri untuk solat maghrib..

patutkah begitu??

cuba kita imbas kembali ketika waktu bulan mulia,bulan ramadhan..segala program televisyen amat menarik..dokumentari tentang agama,hibura yang berfaedah sangat banyak..tup tup,hari raya,semuanya hampir tiada..tiada lagi rancangan yang berfaedah..minda banyak di sogok dengan hiburan2 yang mungkin bakalan merosakkan minda..leih2 lagi minda anak2 muda..program televisyen dengan pelbagai version pun ada..

***********************

teringat satu lagu raya dendangan hail amir dan juga uji rashid..

"....adikku manis,cantik bergaya..."

lalalalalalalal...

musim raya,musim untuk sakan..begitu ke???
bila hari raya,macam2 ragam kita akan jumpa..macam2 gaya kita akan lihat..anak2 muda dan juga makcik2 menggayakan fesyen baju raya yang pelbagai..tudung juga sama....pelbagai fesyen tudung akan jumpa..tetapi,kelihatan kemas itu tidak salah..tetapi,bergaya yang mungkin agak melampau itu yang akan kita risau..

bukanlah wajib memakai jubah sepanjang masa..tidaklah begitu..boleh sahaja memakai baju pelbagai fesyen..tetapi,harulah dijaga auratnya....

*******************

urm.....segala salah silap mohon maaf....
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!

Saturday, August 21, 2010

kehidupan di hari sabtu..

assalamualaikum wbt....
buat sahabat..buat teman..buat kengkawan...
harap,sentiasa berada dalam suasana yang aman dan tenteram..

hari ini masih lagi hari sabtu..jam di laptop menunjukkan tepat pukul 2225..tidaklah terlalu malam rasanya..bak kata orang sekarang,malam itu masih muda...hehe..

********

jika di ingat2 semula,perjalanan di hari sabtu ini agak penuh dengan aktiviti dan disaratkan juga dengan daurah..
sesuatu pengisian yang bertajuk "JOM[Journey Of Muslim]" disampaikan oleh kak Fida dan disambung oleh akak usrah aku,kak Lah..
kadangkala kita seringkali lupa akan saudara seislam kita yang kekurangan dan sedang mengalami peperangan dalam hidup..saudara di selatan Filipina,di Selatan China,di Indonesia,Palestine khususnya,terlalu perit untuk meneruskan even sesaat hidup mereka...dalam daurah pagi tadi juga,Kak Fida ada menerangkan 1 potong ayat Quran,

"KAMU(UMAT ISLAM) ADALAH UMAT YANG TERBAIK YANG DILAHIRKAN UNTUK MANUSIA KERANA KAMU MENYURUH BERBUAT MA'RUF DAN BERIMAN KEPADA ALLAH.." (3:110)

jadi,berdasarkan ayat ini,kita dapat melihat bukti yakni,segala ilmu2 seperti ilmu perubatan,ilmu fizik,ilmu matematik amnya,telah diterajui oleh umat islam yang hingga kini masih lagi digunakan dan di aplikasi...ya,benar..itu pada zaman dahulu...bagaimana pula kita pada zaman sekarang??adakah masih lagi mencontohi mereka ataupun hanya mengikut tapi tanpa ada niat untuk menerajui sesuatu yang lebih baru???

Talk kak Lah pula,dimulai dengan ayat Quran,

"PADA HARI INI AKU SEMPURNAKAN BAGIMU AGAMAMU UNTUKMU,DAN TELAH AKU REDHA ISLAM SEBAGAI AGAMAMU.." (5:3)

muslim adakah hanya sekadar pada nama??adakah hanya mengikut kepada heirarki keturunan?? tepuk dada,tanya iman~~..inilah antara inti pati talk kak Lah pagi tadi...
urm....kalau kita tengok balik ayat yang kat atas tadi..."pada hari ini.."..selamanya tetap hari ini..hebatkan Allah....islam itu tetap agama yang selamanya diredhai...hebatnya ALLAh.....wah!!!!kagum2...
subhanallah...

********************

petang selepas zohor,plan ke jusco diteruskan dan berjalan dengan amat lancar.tapi,disebabkna ingin berjimat,almaklumlah,poket hampir mengalami kekeringan yang agak dahsyat,kami pun mengambil keputusan untuk menunggu bas dengan amat 'sabar'..wah!!!lambatnya bas!!!!hampir bosan menunggu,telingaku tertangkap satu perbualan 2 orang budak lelaki..

"sabar..sabar..sabar tu besar pahalanya.."

agak ingin ketawa aku mendengarnya tapi,itu adalah hakikat...oh,lupa pula,terima kasih ya kerana mengingatkan...!!!hehe!!

bukan ingin bershopping raya,tapi mencari buku berkenaan electric..nasib baik...buku hanya tinggal dua buah.cukup untuk aku dan roomateku...jusco pada hari sabtu amatlah sarat dengan kehadiran manusia..parking kereta pun penuh..lepas dapat barang2,kami pun balik ke kampus..

**************************

"oh,petang ni kak Lah ajak iftar dengan IKRAM(salah satu pertubuhan NGO) kat rumah alumni.."..

setiba di rumah alumni,aku agak terpegun..suasana yang amat indah di kelilingi dengan warga yang tidak kenal usia..mereka datang dari pelbagai umur..yang agak aku sangat dan amat terkejut,mak cik naqibah pun ada sekali..selalunya,akak naqibah je yang ada...mak cik pun ada sekali??agak terkejut....ianya sangat indah...

hidangan berbuka hari ni amatlah istimewa...Along cakap,itu makanan orang arab..tapi,ianya sangat sedap!!!!nak lagi2...hehe..kami iftar d dalam dulang..bukannya untuk menjimatkan pinggan mahupun bekas..tapi,niat untuk merapatkan ukhuwah antara kami...best2....
#jazakillah kat kak Lah kerana sudi mengajak....terasa dihargai~~~~

habis je iftar,solat maghrib secara berjemaah dan juga tazkirah pendek oleh orang2 IKRAM...

dan kini,lepas moreh,aku menghadap laptop roomate untuk mengupdate blog yang dah lama sangat sunyi....hehe..bukan ape,cuma malas rasenya nak siapkan assignment...walau apapun,kena buat juga....hehe....
urm.....nak undur diri dulu kot....nak siapkan kerja2 sekolah yang berbaki.....

Tuesday, August 3, 2010

kehidupan yang hampir sebulan..

assalamualaikum wbt....kpd semua...(alamak,terboria la plak)..
nway,ape khabar ari ni?? moga segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya..
**************************
wah!!!!!bila di bilang guna jari,dah sebulan aku duduk kat johor ni..rase cam sekejap je...wlaupun hidup baru sebulan,alhamdulillah,hampir 77% aku dapat mengetahui jalan2 di dalam kampus ni...memang agak besar..huhu..

pada mulanya,aku agak terkejut dengan suasana dan cara pembelajaran di sini..bukan apa...cuma,siatem pembelajaran di sini lebih bergantung kepada teknologi....ya,pantas sekali namanya uni.technology....dah la aku ni agak buta it...tp,lama kelamaan,mula selesa dan dapat menyesuaika diri di sini..
urm..nak cerita sedikit la tentang sistem kat sini..

boleh di katakan, proses pembelajaran,nota,quiz,exam menggunakan e-learning..setiap siswa dan siswi mesti mempunyai acid number untuk membuka aimsweb..aimsweb berfungsi sebagai medium antara diri siswa dan unuvrsiti..hutang,saman,markah,etc..semuanya ada di laman aimsweb..
e-learning pulak,untuk siswa mendapatkan nota daripada lecturer...x download nota,x dapat la nak catch up apa yang lecturer cakap kat dalam kuliah..huhu....mula2,rase cam bebal jea nak guna semua mende alah ni... manual kan senang..tp,bila di fikir balik,bagus juga.....at least,dapat la sedikit sebanyak ilmu tentang teknologi....kan....

*******************************

kelas pulak,setakat ni,alhamdulillah la...tapi,kadang2,ada juga terasa seperti budah sek. tknik..almaklumlah,seumur hidup tak pernah langsung pegang set LK,apatah lagi belajar..tapi,sekarang,aku kene belajar melukis pulak..nak draw gambar kotak dengan lengkungan hujung,jadi seperti gambar kubur dengan batu nisan yang senget..lawak pulak bila di fikirkan...

**********************************

salah satu subjek yang wajib au ambil untuk sem ni,adalah subjek keselamatan bebgkel..huhu..bunyi macam lawak..tapi,masuk2 jea,dah kene settlekan seminar untuk fakulti pendidikan..huh!!!nway,that is learning process..we gain the knowledge..isn't it??

**********************************

disebabkan utm ni agak besar,dan fakulti agak jauh dari kolej,maka transport seperti bas disediakan oleh pihak u..tp,jarak antara kolej aku dengan fakulti,x la jauh sangat..15 mins berjalan kaki...exercise di awal pagi... =] ramai yang mengambil keputusan untuk menunggu bas ke fakulti..bukan aku x nak menggunakan kemudahan yang ada..tapi,jalan kaki amat seronok....wee~~~~~

anyway,menjadi student amat seronok bagi aku...alhamdulillah,banya yang aku dapat sepanjang menjadi student..dari dulu,kini,dan selamanya..... its really enjoyable!!!!!!!!

> FREE PALASTINE <
WALLAHU A'LAM..

Sunday, July 25, 2010

HADITH AJAIB...

Pernah dahulu,ketika aku masih menuntut di matrix,kakak sulung aku ade memberi sepotong hadith...di namakan hadith itu sebagai hadith ajaib..
jom kongsi bersama!!!!

Sabda RAsullullah s.a.w....
"Keadaan orang mu'min itu sangat menakjubkan,kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik.tetapi,keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman.iaitu,apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya..dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya.."

urm....jom la sama2 kita renung2kan....dan..selamat beramal!!!

Wednesday, July 14, 2010

banyaknya cerita....[ kompilasi kisah yg agak menarik]

assalamualaikum...
sudah teramat lama rasanya aku tidak melapangkan masa untuk mengisi sesuatu cerita untuk ruangan ini....bkan apa....bkannya malas..cuma kesempitan idea sahaja..

kini....

****************************
Alhamdulillah....aku kini telah menjejakkan kaki ke alam kampus..
aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pendidikan di universiti teknologi malaysia[ UTM ]..sebenarnya bukan niat sebenar untuk memilih bidang perguruan..tapi,mungkin ini adalah 1 medium untuk mentransformasi diri..mungkin juga segala ujian yang telah di sediakan oleh ALLAH menanti diri aku di sini...

walaupun sudah hampir 2 minggu berada di alam kampus,rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan jutaan tahniah ke atas semua rakan2 yang dapat melanjutkan pelajaran..

****************************

ramai beranggapan,universiti merupakan 1 tempat pengajian yang terlalu sosial..adakah itu 1 kenyataan yg benar??
sebenarnya,itu bukan 1 soalan yang rasional..tetapi,segalanya kini bergantung kepada dri sendiri..segalanya datang dan lahir daripada diri kita sendiri...kita yang mencorakkan diri dan juga hati kita...terlalu banyak pintu yang terbuka untuk kita...kita sendiri yang memilih..simpulnya,tepuk dada,tanyalah iman....

****************************

x-fasi KMNS hang out!

Alhamdulillah,takdir menemukan kembali senior dan junior fasi di UTM...terima kasih juga diucapkan kepada semua,lbih2 lagi kpd fasi2 senior kerana sudi untuk menjemput kami(fasi junior) bersama-sama meneroka tanah johor...

Alhamdulillah sekali lg kerana berkasempatan untuk bermain bowling di plaza angsana dan juga singgah ke danga bay....begitu meriah rasanya..tetapi,setibanya sampai ke danga bay,wah!!!!!!! ramainya couple....

sebelum menjejakkan kaki ke danga bay,ada juga terdengar-dengar bahawa danga bay merupakan salah 1 tmpat yang popular di johor...urm..adakah yang di katakan tempat terindah itu sebenarnya tempat memuaskan nafsu???
sungguh malang jika begitu...
wahai kakak....whai abang sekalian...
malulah dengan laut...
malulah dengan angin..
malulah dengan awan...
malulah dengan langit...
yang paling penting,malulah dengan ALLAH!!!!!!!

mungkin jikalau laut dan segala ciptaan Allah yang tidak boleh bercakap itu di kurniakan mulut,mungkin akan dihalaunya sesiapa yang cuba untuk membuAT sesuatu kemungkaran.....

ALLAH ada kuasa...makhluk tiada apa2 daya....

Tuesday, May 4, 2010

SUNNATULLAH ITU HAQ!!

Sains dan islam…..

Memang tidak dapat langsung di pisahkan.segala perkara merujuk kepada sains semuanya telah lama tercatat di dalam Al Quran.telah lama juga diketahui oleh umat islam.ilmu sains seperti ilmu biology,ilmu fizik,ilmu kimia..segalanya telah wujud dari dulu lagi.hanya perlu dirungkai dengan lebih dalam lagi. KALAMULLAH ITU BENAR!!!

“WAL ASR..INNAL INSANA LAFI HUSR..”…

Masa..memeng tidak dapat dinafikan amat pantas meninggalkan kita..juga,banyak waktu dibazirkan dengan benda2 yang tidak berfaedah.

SAINS DAN ISLAM..

SAINS DAN AL QURAN..

SAINS DAN DIRI SENDIRI..

SAINS DAN PERSEKITARAN..

Semasa di dalam kuliah fizik,lecturer menerangkan tajuk ‘ PARTICLE HAS WAVE CHARACTERISTICS’. Zarah bersifat gelombang.urm….agak menarik tajuk ni….banyak rungkaian tentang particle diterangkan dibawah tajuk ini.semua particle ada sifat wave.banyak formula2 baru dapat di ketahui.

Nak tahu something?? Manusia/jasad adalah particle.tpi,jasad kita ini adalah sejenis particle yang mempunyai jisim(berat) yang besar.jika di ikutkan teori Albert Einstein,manusia berupaya untuk kembali ke zaman lampau.mesin masa juga sedang di cipta berdasarkan teori “ particle bersifat wave”.tapi,mesin masa tak dapat disiapkan kerana Einstein telah meninggal..walaupun telah ramai saintis mencuba untuk menyiapkan mesin itu,tetapi,tidak berhasil.
RETURN TO THE PAST….Teori serta kajian Einstein yang menyatakan particle boleh kembali ke zaman lepas seandainya suatu particle bergerak dalam halaju mengatasi cahaya..ya!!! 300000000 m/s..tetapi,muslim seperti kita memeng tidak dapat langsung menerima kenyataan ini…ini kerana,masa lalu tidak dapat dikembalikan.tidak juga dapat dibawa ke hadapan.semua ini adalah sunnatullah….tetapi,jika Allah menginginkan,tidak mungkin juga mustahil…ya kan….
Sunnatullah…..jika sains tidak di kaitkan dan tidak dilihat melalui perspektif islam,maka,banyak andaian sains tidak boleh langsung diterima.penerokaan sesuatu ilmu sains,jika betul ingin mencari kebenaran,maka,dapat mendekatkan diri kepada Allah....insyaAllah..

SUNNATULLAH ITU HAQ!!!!!!!

Saturday, May 1, 2010

satu persoalan..

who is our creator??
who is our guider??
all this is totally referring to Allah..

***
sepanjang perjalanan menuju ke rumah makcik di bandar klang,aku ditanya bertubi-tubi oleh adik bongsuku..mungkin itu adalah persoalan yang menjadi kekeliruan baginya..tapi,ada satu persoalan yang ditanyakan terus kepadaku semasa aku leka melihat bangunan2 dan pemandangan luar..

"kak nurul,Allah tu kat mana???"

"oh,Asyraf...Asyraf tanya kak nurul Allah tu kat mana??"aku bertanya kembali.

"haah la kak.."

"oh,Asyraf,Allah tu memang kita tak nampak..tapi,Allah tu selalu ada kat dalam hati kita..dia selalu dekat dengan kita.."

"ye ke kak??"

"haah la.."

***********

Allah sentiasa ada dekat dalam hati kita..
amat dekat dengan kita..

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR..

Sudah hampir 2 minggu lebih aku menamatkan pengajian di salah 1 kolej matrikulasi.Ada 1 petang,suasana dirumah kelihatan suram,mendung…alamat bumi nak menerima titisan air dari yang Maha Esa..Aku masih lagi termangu duduk di tangga rumahku.tanpa sedar,fikiranku dibawa angin…teringat ketika hidupku di matrix.

Banyak rupanya yang aku telah lalui..kehidupanku..ke mana arah hidupku selepas ini??kehidupan di matrix agak mencabar bagiku..perta,a kali dikelilingi dengan pelbagai kaum,pelbagai ragam manusia..jika dahulu,ketika aku di bangku sekolah menengah,aku masih lagi di bawah pengawasan guru2,kawan2,senior..kehidupanku penuh di kelilingi oleh bunga2 nasihat,tarbiah islamiah..jika ingin di bandingkan di matrix,agak jauh ketara bedanya..jarang rasanya ingin dengar akan tarbiah islamiah..Bab2 ukhrawi agak terbatas..kelas pendidikan islam diperuntukkan 2 jam seminggu..walaupun sedikit,tapi,Alhamdulillah,masih lagi ada..sebagai peringatan yang halus.
Di lihat dari sudut rakan2,budak praktikum,baik2 saja..Masih lagi boleh dibawa bergurau..Alhamdulillah,mereka dapat memahami keadaanku..Aku bersyukur dikurniakan rakan2 seperti mereka..Aku berdoa..berharap mereka,juga aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari..

Roomate??bagaimana ya agaknya??

Panjang kesyukuran yang aku panjatkan kepada Allah..terasa diri amat bersyukur..dikurniakan roomate yang dapat membimbing diri ini..walaupun mereka kebanyakannya datang dari sekolah2 sains,tetapi,pegangan mereka kuat..Alhamdulillah sekali lagi…kami boleh mendirikan solat berjemaah..makan berjemaah..berbuka puasa secara berjemaah..terbit rasa anmat kagum kepada mereka..Banyak yang aku pelajari daripada mereka..hidup berukhuwah lebih manis dirasai bersama mereka..moga ukhuwah kita terikat bersama doa rabithah..
Mungkin selepas ini masing2 akan mengikut haluan masing2..aku berdoa kepada Allah agar semua rakan2ku selamat sejahtera..selamat dunia dan juga akhirat..selamat untuk meneruskan pengajianmu..walau dalam negara,mahupun ke luar negara,aku amat berharap kalian masih di bawah rahmatNya..Ya Allah…………bantu juga diriku ini……….

Tiba-tiba….

DUM!!!! DUM!!!

Bunyi guruh dan juga panahan kilat mengejutkan aku dari lamunan..tersenyum sendirian aku..bersyukur..
Kulihat kapada jam dinding,pukul 7.10 petang..lagi lima minit azan maghrib akan berkumandang..lebih baik rasanya aku terus mengambil wudu’ agar tidaklah terkejar kejar untuk menunaikan solat maghrib.. aku pergi dulu ya!!

Friday, February 12, 2010

mesranya mereka~~

kehidupan aku dan teman2 di matrix agak mencabar sebenarnya..tak kira bagi yang pdt mahupun pst...tambahan lagi,masing2 sedang dan amat sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan final sem yang akan menjelang tanpa di undang dalam beberapa hari saja lagi...bagi yang pdt,aja2....

bila sebut pasal pdt ni,mula aku teringat kat budak2 aras yang majoriti adalah pelajar pdt...hanya kami berlima sahaja pst di aras tu....walau bagaimana sekalipun,mereka amat baik dan berspan santun antara kami dan antara mereka sesama mereka..pada mulanya,agak sukar untuk bergaul mesra..bukan apa,sebab nak membiasakan diri dahulu...mula2,kami hanya senyum...daripada senyum,mulalah berkenal kenalan.... sekarang,bukan sahaja amat mesra...tapi,sampaikan boleh main pinjam2 baju...haha..alhamdulillah....terasa agak rapat dengan mereka walaupun ramai yang katagak payah umtuk bergaul mesra dengan budak pdt..aku amat senang dengan mereka..tambahan lagi,mereka ramai daripada pantai timur....kelantan,terengganu,pahang,johor..boleh dikatakan,setiap hari aku mungkin akan belajar satu benda yang agak baru dalam hidup aku...

salah satunya,sekarang,aku boleh bercakap ikut telo mereka...kengkadang 1 ayat boleh ade sume telo...terasa bahagia...~~wee~~ antaranya..

"kilah,pika,eryka,korang ni...koya la..."
"kilah,mu doh letok barang atah kusi??"
"pika2...awok tu mangak angak"..

ader mase tu hari jumaat,kilah,roomate aku dr pahang ajak aku makan budu kat bilik budak ganu...
"urm.....guane nak makang ni kilah??"
"awok ni husna~~ makang letok la lada tu...nok sedak,makang ngang ikang"...

sejak hidup kat matrix,aku rase amat seronok untuk bergaul dengan sume orang...tidaklah asyik dengan dunia kita semata mata..betul x??kengkadang,kta sibuk ngan dunia....(alamak....mcam hang jea ayat hujung ni)...

Wednesday, January 20, 2010

bersyukurnya mereka..

apa yang anda semua fikir klu ade orang cakap palestin tu zon gembira??klu ikut logik akal manusia n sifat kemanusiaan kita,mesti kita cakap, " ish,orang ni x btol ke?? " atau mungkin bila cakap pasal palestin je,hati kita semua terdetik "kesiannya dorang"..aku pun macam tu juga...

Baru2 ni,aku ade terbace kat paper pasal orang malaysia datang dan bagi bantuan kat orang palestin..bila Dr. tu sampai je,ade orang palesti tu sambut die dan cakap, "selamat datang ke dalam kegembiraan" mula2 aku baca pun,agak terkejut..bila aku terus bace ruangan cerita tentang tu kat paper,baru aku faham..

Sebenarnya,orang2 palestin tu bersyukur dan rase bertuah mereka dilahirkan kat bumi palestin..dorang tak pernah rase takut dan berundur walau seinci pun untuk memperjuangkan islam juga negara mereka..dorang tahu,ruang untuk mati syahid terbuka luas kat depan mata dorang..tiba2 aku jadi teringat kat satu ceramah masa kat matrix..ustaz tu ade sebut pasal palestin n semua orang asyik mendengar topik yang dibangkitkan oleh ustaz tu..ustaz tu ade juga sebut.. " buat ape kita nak kasihankan orang palestin..depan mata dorang syahid..mati yang amat mulia.. cuma,kita kena tolong mereka dan salurkan bantuan..kita kan bersaudara.."

kini,baru aku faham..anak2 kecil seawal umur 5 tahun telah dididik dengan senjata dan juga di kobarkan dengan semangat jihad yang membakar..kita?? umur mencecah belasan dan juga puluhan tahun pun,masih lagi takut dan tidak berani untuk menjunjung senjata..untuk bantu mereka..bukankah kita saudara?? darah mereka wangi dan amat mahal..

mereka telah sedar akan jihad yang patut mereka juangkan..kita?? adakah kita masih termangu dan masih leka dengan hiburan yang melalaikan?? ataupun,kita masih lagi duduk di atas katil empuk tapi,mereka hanya berlantaikan lantai rumah yang telah hancur dek bom yang mengerikan??

BAGAIMANA??

Monday, January 18, 2010

sedarkah kita?

isnin lepas aku baru blik untuk cuti mid sem..dlam miggu lpas jgak,bila baca paper,terkejut aku..brita psal gempa bumi yang melanda port-au prince,Haiti..amat pilu rasanya..paparan akhbar menunjukkan ramai mayat bergelimpangan.ada juga mayat2 yang diangkut menggunakan jengkaut untuk dipindahkan ke kawasan pengumpulan mayat..sedihnya~~~~ 1 kawasan yang penuh dngan bangnan dengan sekelip mata,bertukar menjadi padang jarak padang terkukur..bila tengok mayat2 yang ade,terasa takut n ngeri..terase,wah..besarnya kuasa Allah..dengan hanya lafaz "..kun fayakun.."apa2 pun bleh jadi..nothing impossible..
Ade juga dalam Quran,Allah berfirman,dalam surah Asy-Syu'ara' ayt 208.."DAN KAMI TIDAK MEMBINASAKAN SESUATU NEGERI,KECUALI SETELAH ADA ORANG-ORANG YANG MEMBERI PERINGATAN KEPADANYA"..
Bila kita lihat sendiri juga berfikir,banyak betul bencana yang melanda bumi juga dunia..masihkah kita tutup mata dan tidak mampu untuk melihat dan berfikir sedalam dalamnya tentang semua peringatan yang diberi mahupun yang diturunkan oleh Allah kepada kita semua..
teringat juga terhadap hadith Nabi Muhammad yang apabila diakhir zaman,banyak kemungkaran berlaku sehingga maksiat juga zina boleh berlaku di depan mata..macam mana semua itu terjadi???kita sibuk dengan dunia hinggakan kita alpa dan mengejar keseronokan hidup..ada juga kawanku menceritakan pengalamannya ketika di sekolah menengah dahulu,

"ada 1 malam tu,bdak2 lelaki kat asrama 'fly' memalam..sampai pukul brape ntah,then,dorang cerita,dorang nmpak ade somebody yang buat 'bende tu' kat bawah jambatan.."

kitorang yang dengar pun menunjukkan riak muka yang amat n sangat geli..masing2 berkata "ish,ade jugak manusia yang tak tahu malu macam itu..."

Nak tak nak,masyarakat mestilah buka mata untuk membendung perkara sedemikian terjadi dalam keluarga kita lebih2 lagi terhadap orang islam sendiri..jangan pula tunggu bencana,baru sibuk mencari ubat bagi sakit yang dah pun menular dalam masyarakat sekarang ini..takut nanti,sudah tidak berguna..Dah terhantuk baru terngadah...
Jadi,sama2 lah kita semua berdoa n amik inisiatif untuk menjada diri sendiri juga semoga diri kita semua terhindar dari semua itu~~~