Saturday, May 1, 2010

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR..

Sudah hampir 2 minggu lebih aku menamatkan pengajian di salah 1 kolej matrikulasi.Ada 1 petang,suasana dirumah kelihatan suram,mendung…alamat bumi nak menerima titisan air dari yang Maha Esa..Aku masih lagi termangu duduk di tangga rumahku.tanpa sedar,fikiranku dibawa angin…teringat ketika hidupku di matrix.

Banyak rupanya yang aku telah lalui..kehidupanku..ke mana arah hidupku selepas ini??kehidupan di matrix agak mencabar bagiku..perta,a kali dikelilingi dengan pelbagai kaum,pelbagai ragam manusia..jika dahulu,ketika aku di bangku sekolah menengah,aku masih lagi di bawah pengawasan guru2,kawan2,senior..kehidupanku penuh di kelilingi oleh bunga2 nasihat,tarbiah islamiah..jika ingin di bandingkan di matrix,agak jauh ketara bedanya..jarang rasanya ingin dengar akan tarbiah islamiah..Bab2 ukhrawi agak terbatas..kelas pendidikan islam diperuntukkan 2 jam seminggu..walaupun sedikit,tapi,Alhamdulillah,masih lagi ada..sebagai peringatan yang halus.
Di lihat dari sudut rakan2,budak praktikum,baik2 saja..Masih lagi boleh dibawa bergurau..Alhamdulillah,mereka dapat memahami keadaanku..Aku bersyukur dikurniakan rakan2 seperti mereka..Aku berdoa..berharap mereka,juga aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari..

Roomate??bagaimana ya agaknya??

Panjang kesyukuran yang aku panjatkan kepada Allah..terasa diri amat bersyukur..dikurniakan roomate yang dapat membimbing diri ini..walaupun mereka kebanyakannya datang dari sekolah2 sains,tetapi,pegangan mereka kuat..Alhamdulillah sekali lagi…kami boleh mendirikan solat berjemaah..makan berjemaah..berbuka puasa secara berjemaah..terbit rasa anmat kagum kepada mereka..Banyak yang aku pelajari daripada mereka..hidup berukhuwah lebih manis dirasai bersama mereka..moga ukhuwah kita terikat bersama doa rabithah..
Mungkin selepas ini masing2 akan mengikut haluan masing2..aku berdoa kepada Allah agar semua rakan2ku selamat sejahtera..selamat dunia dan juga akhirat..selamat untuk meneruskan pengajianmu..walau dalam negara,mahupun ke luar negara,aku amat berharap kalian masih di bawah rahmatNya..Ya Allah…………bantu juga diriku ini……….

Tiba-tiba….

DUM!!!! DUM!!!

Bunyi guruh dan juga panahan kilat mengejutkan aku dari lamunan..tersenyum sendirian aku..bersyukur..
Kulihat kapada jam dinding,pukul 7.10 petang..lagi lima minit azan maghrib akan berkumandang..lebih baik rasanya aku terus mengambil wudu’ agar tidaklah terkejar kejar untuk menunaikan solat maghrib.. aku pergi dulu ya!!

No comments:

Post a Comment