Friday, November 8, 2013

gerak dengan rentak

bismillah...


bergerak bukan hanya berjalan.

berjalan tanpa rentak akan menghasilkan irama gerak yang caca merba.
bergerak dengan rentak akan menghasilkan satu hasil jejak yang sangat tersusun.

rentak adalah kefahaman.

kefahaman yang membumi akan meghasilkan gerakan yang mengikut acuan.
acuan islam yan mana telah luput dalam diri manusia.

biarlah kita antara orang yang bergerak mengikut rentak kita tersendiri.

bukan kerana suruhan murabbee yang menuntut kita sebagai DAIE untuk bergerak disebabkan itu adalah tugas seorang individu musleem.

tapi bergeraknya kita adalah kerana kefahaman yang telah membumi dalam hati.

kefahaman serta fikrah ini tidak mampu lagi menahan kaki untuk bergerak. tidak mampu lagi membungkam lidah daripada menuturkan kata2 dan ianya tidak mampu lagi untuk menahan anggota daripada freeze. malah, kefahaman serta fikrah yang tertanam dalam hati ini akan menggerakkan anggota dengan rentak yang tersendiri.

bergeraklah dalam apa jua keadaan..
kerana fikrah itu fitrahnya melahirkan..
bukan hanya tertanam didalam badan..
yang hanya menjadi asam dalam makanan.. 



*saya bukan orang seni yang pandai menulis dan menabur bunga dalam perkataan .. saya hanya ingin menyampaikan*


No comments:

Post a Comment