Friday, September 18, 2009

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

selamat tinggal kepada ramadhan yang akan pergi lagi 1 hari lagi...memang terasa amat sedih dihati ini..amat susah untuk ketemu dengan ramadhan ini..kerna kita tidak dapat melihat akan masa depan sama ada masih lagi dipinjamkan nyawa dan nafas serta kesihatan kepada kita oleh YANG MAHA KUASA.."agar kita semua masih lagi diberi keizinan untuk berjumpa dengan ramadhan..

RAMADHAN...
nama itu amat indah pabila didengar..begitu gembira dan bersyukur apabila berada didalamnya...begitu sedih pabila terpaksa berpisah dengannya..begitu tenang pabila rapat dengannya...begitulah kebesaran allah yang amat payah untuk diungkap dengan kata2..

setiap kali ramadhan berkunjung tiba,memori dahulu ketika aku berumur 6 tahun juga akan saing dengan kedatangan ramadhan..teringat kembali ketika itu,aku masih lagi dalam proses untuk belajar berpuasa..pagi itu,aku bermain bersama adikku..ibuku,seperti biasa,asyik menjahit baju raya..aku terasa tekakku amt kering dan haus kerna asyik dengan jeritan dan ketawa bersama adikku..setelah agak tidak tahan dengan kepenatanku,sekilas pandang,aku terlihat kepada 1 botol air mineral yang terletak di atas meja..aku terus mengambil botol itu dan bertanyakepada ibuku..

"mak,ni air ape??"

"air jarang(air kosong).."

tanpa berfikir bahawa aku sedang berpuasa,aku terus meneguk air didalam botol itu dengan gelojoh dan akhirnya,botol itu menjadi 1 botol kosong dalam kurang 1 minit..tetiba,

"mak!!!!!!!!!!nurul terminum"

"ko minum air tu ke??"

"haah..mak,mcam mana ni??"

"ala~x pe la..dah la tu.."

aku terus membatalkan puasaku dan terasa amat gembira kerana aku dapat makan pada hari tu..banyak lagi gelagat ketika zaman kejahilan ku..haha..kengkadang,aku saja memberi alasan sakit perut untuk mendapat simpati abah ngan mak agar memberiku lampu hijau untuk mengisi perutku yang agak lapar..

*Ya Allah,moga Kau sampaikan aku kepada Ramadhan untuk tahun depan..aminnn~

No comments:

Post a Comment