Wednesday, May 6, 2009

Oh,Butanya Hatiku Ini..

“urm….cari apa??”

“oh,saya cari beg balik kg..”sambil tanganku ligat membelek satu ‘beg blik kg’ yang berwarna biru muda juga bercampur putih..

“oh,ni pun ok ma..u mau colour ape??”

“oh,ade warna lain ke??saya ingat colour biru ni je..”
Si amoi sopan lantas membuka zip beg dan mengeluarkan semua beg yang mempunyai design yang sama tapi berlainan warna(pink-ungu,biru-putih,hitam-putih)..ikutkan hati aku,nak je aku memilih design yang berwarna pink pekat-ungu tua..sebab nmpak mcm gile2..tetiba,dengar suara _ _ _ _ _..”husna,pilihlah warna hitam-putih ni.cantiklah..klu aku,aku pilih yang ini..”

“Arghh!!!ish _ _ _ _ _ ni”..membuatkan hatiku merasa rasa berbelah bagi samada hitam-putih ataupun pink-ungu..sambil aku melayan perasaanku yang sedang bergelora bagai dipukul ombak untuk decide da right choice,kedengaran pula sampukan suara si amoi sopan bertanya..

“u nak pergi mana??”

“oh,I nak pergi matrix(matrikulasi)”

“oh,matrix ah??matrix mana??”

“I dapat mtrix kat n9..yang ni(sambil mnudingkan jariku kearah _ _ _ _ _)dapat kat perak..”

“oh,I x dapat matrix..”

“eh,u pun 18 ke??”tanyaku agak kebingungan..

“yeah”ringkas.”urm..u dapat berapa A??”

“oh,I dpat 5..u??”

“ten”jawabnya ringkas tapi dapat ku baca riak wajahnya yang malu..

“ten??????????????????”aku hampir terkejut dengan jawapan yang diberikan si amoi sopan..rupanya bukan aku sahaja yang terkejut,tapi,si _ _ _ _ _ pun menunjukkan respon yang sama..jawapan si amoi sopan tadi menarik minatku untuk mengajukan soalan seterusnya..

“u apply upu x??”

“apply,tapi x dapat..i dah apply mtrx x dpat,upu pn x dapat,scholarship pun x dpat”suaranya ada menunjukkan rasa yang agak kecewa..

“so,sekarang ni,macam mana??”tanyaku semula..

“ntahla..i pun x tau..sementara I tunggu mana2,I ambil STPM la..”

“oh,STPM kat high school??”

“yeah….”jawabnya ringkas tapi amat ramah..

--------------------------------------------------------------------------------

Aku telah mengambil keputusan untuk menurut kata _ _ _ _ _..selesai melakukan sighah,aku pun berjalan meninggalkan si amoi sopan sambil berkata “congrate 2 u n good luck”..si amoi sopan terus mengukir senyuman yang manis..Ternyata,berjalanku bukan hanya berjalan kosong..satu perkara masih berlari dan terus berlegar di ruang mindaku yang sedang sarat untuk memikirkan barang yang hendak di beli selepas beg balik kg..
Aku terus terfikir,betapa sepatutnya kita ini perlu bersyukur kerana masih diberi peluang dan rezeki oleh Khaliq yang amat mengasihi diri kita ini..lebih2 lagi kita sebagai seorang muslim..Betapa besarnya kesalahan diri kita,tapi,dia tak pernah jemu untuk mengalirkan arus rezeki terhadap hambaNya yang amat disayangiNya..kini,benarlah kata kakak ku,kak fizah …”nurul,kejayaan dunia ni,orang je yang pandang..tapi Allah x pernah nak pandang semua tu..rezeki ni nurul,Allah yang bagi..kita doalah kat Dia..moga kita diberi peluang belajar ilmu Dia bukan je untuk dunia,tapi untuk akhirat juga” Walaupun aku tidak ditawarkan untuk ke universiti,tapi Alhamdulillah,aku masih di beri rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi di negeri smbilan..

*mungkin kalian semua terfikir..siapakah yang aku maksudkan dengan _ _ _ _ _??actually,dia adalah Qayah(ruqaiyah)..maaf ruqaiyah….

1 comment: