Thursday, May 7, 2009

Tertanya??

Bagi sesiapa yang telah menjenguk ke blogku,mungkin akan tertanya mengapa aku memilih untuk menamakan id blog aku sebagai arudhmantiqwafaraid..

----------------------------------------------------------------------------------

“Dikdah,senang2,bukaklah kat blog aku..aku dah wat blog malam tadi..nanti aku bagi ko alamatnya..”ajakku kepada adikku yang kini berada di tingkatan tiga..
“kakak dah buat blog??”katanya seakan tidak mempercayai kata2 ku..huhu..
“haah..aku buat malam tadi..tapi tak cantik lagi la”..almaklumlah,baru ‘bertatih’ dalam penulisan blogku ini..adikku lantas mengambil posisi di sebelahku..aku lantas mencapai pen dan kertas kosong untuk menulis alamat blogku..http://arudhmantiqwafaraid.blogspot.com..
“hah??ape 2??macam x boleh nak baca je..dahlah panjang,pelik semacam je..”katanya sambil menunjukkan muka yang agak pening..

----------------------------------------------------------------------------------

Alkisahnya begini..bagi sesiapa yang pernah menyambung pelajaran walaupun seketika di STAM(sijil tinggi agama Malaysia)selepas tingkatan 5,mungkin mengerti apakah yang dimaksudkan dengan arudh,mantiq dan(wa) faraid..hehehe..sebenarnya,antara 10 subjek di stam,3 yang aku sebutkan adalah antara subjek yang aku agak fenin dan kurang faham..(maaf ustazah siti nor jaffar,ustaz nizam,ustazah kholijah)..jadi,selepas berhempas pulas aku memikirkan apakah id blog yang ingin ku pilih,lantas jariku menari di atas papan kekunci bermain dengan huruf a,r,u,d,h,m,a,n,t,I,q,w,a,f,a,r,a,I,d..

Oleh itu,aku ingin mengambil kesempatan disini untuk mempromosi kepada pelajar lepasan SPM especially who are from the Islamic high schools to take STAM after your form 5..STAM sangat seronok!!!!!!!!!!! X percaya???????cubalah masuk STAM…

1 comment: