Friday, July 31, 2009

malasnya....??

malam ni mungkin malam kedua last aku berada di rumah...lpas ni kene hntar diri balik kat negeri sembilan..keje kat atas meja tu amatlah berlambak..tapi,malam ni...hehehe...rase malas pulak nak pegang pensil n buku...wah....wahai diriku..mana boleh macam ini...bangkit!!!!!!!!!
dua tahun lepas,ketika kakakku masih di UM,setiap kali tiba musim cuti selepas testo,..
"wah,kak...banyaknya bawak balik buku.."kataku kehairanan..

ketika itu,aku masih lagi menuntut di tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Klang..aku seringkali berkata kepada kakakku..

"kak,kakak ni..kata cuti..tapi,cam langsung tak cuti je..asyik melekat dengan buku latihan je..banyak sangat ke latihan tu??"

"banyak la juga..ni semua latihan yang sensei bagi untuk budak2 RPKJ..kitorang mana ada cuti kosong je..ktorang tak macam korang.."ulas kakakku..

kini,setelah aku melangkah keluar dari dunia sekolah menengah,dan kini aku menuntut di salah sebuah kolej matrikulasi..barulah aku sedar akan keadaan yang mana cuti yang ada ini bukan untuk mainan semata-mata..

sebenarnya..sebelum cuti ni,pernah juga plan nak pergi memana...jalan2..pergi sana..pergi sini..tapi,misi tak dapat dilaksanakan dengan jayanya..huhu..tapi,walau pape pun..aku tetap bersyukur..kerna masih lagi di berikan kesempatan dan ruang oleh Allah untuk merehatkan sedikit dan memberi sedikit'pernafasan' terhadap diriku..

bila start cerita pasal ruang ni...tiba2 aku jadi teringat kepada salah satu tajuk dalam buku teks Al-Quran dan Sunnah yang mana tercatat bahawa terdapat 2 ni'mat yang Allah beri kepada hambaNya..tapi,hambaNya sering lupa terhadap 2 ni'mat itu..iaitu..
1)masa sihat
2)masa lapang

jadi,gunakanlah masa yang ada ini walau sedikit dan isilah masa ini dengan perkara yang amat bermanfaat..takut nanti,bila dah terlepas dari masa ini,menyesal tak sudah..in additional,kepada diriku..dan juga kepada semua diri...AYUH!!!!JANGAN BERMALAS LAGI....

No comments:

Post a Comment