Wednesday, January 20, 2010

bersyukurnya mereka..

apa yang anda semua fikir klu ade orang cakap palestin tu zon gembira??klu ikut logik akal manusia n sifat kemanusiaan kita,mesti kita cakap, " ish,orang ni x btol ke?? " atau mungkin bila cakap pasal palestin je,hati kita semua terdetik "kesiannya dorang"..aku pun macam tu juga...

Baru2 ni,aku ade terbace kat paper pasal orang malaysia datang dan bagi bantuan kat orang palestin..bila Dr. tu sampai je,ade orang palesti tu sambut die dan cakap, "selamat datang ke dalam kegembiraan" mula2 aku baca pun,agak terkejut..bila aku terus bace ruangan cerita tentang tu kat paper,baru aku faham..

Sebenarnya,orang2 palestin tu bersyukur dan rase bertuah mereka dilahirkan kat bumi palestin..dorang tak pernah rase takut dan berundur walau seinci pun untuk memperjuangkan islam juga negara mereka..dorang tahu,ruang untuk mati syahid terbuka luas kat depan mata dorang..tiba2 aku jadi teringat kat satu ceramah masa kat matrix..ustaz tu ade sebut pasal palestin n semua orang asyik mendengar topik yang dibangkitkan oleh ustaz tu..ustaz tu ade juga sebut.. " buat ape kita nak kasihankan orang palestin..depan mata dorang syahid..mati yang amat mulia.. cuma,kita kena tolong mereka dan salurkan bantuan..kita kan bersaudara.."

kini,baru aku faham..anak2 kecil seawal umur 5 tahun telah dididik dengan senjata dan juga di kobarkan dengan semangat jihad yang membakar..kita?? umur mencecah belasan dan juga puluhan tahun pun,masih lagi takut dan tidak berani untuk menjunjung senjata..untuk bantu mereka..bukankah kita saudara?? darah mereka wangi dan amat mahal..

mereka telah sedar akan jihad yang patut mereka juangkan..kita?? adakah kita masih termangu dan masih leka dengan hiburan yang melalaikan?? ataupun,kita masih lagi duduk di atas katil empuk tapi,mereka hanya berlantaikan lantai rumah yang telah hancur dek bom yang mengerikan??

BAGAIMANA??

Monday, January 18, 2010

sedarkah kita?

isnin lepas aku baru blik untuk cuti mid sem..dlam miggu lpas jgak,bila baca paper,terkejut aku..brita psal gempa bumi yang melanda port-au prince,Haiti..amat pilu rasanya..paparan akhbar menunjukkan ramai mayat bergelimpangan.ada juga mayat2 yang diangkut menggunakan jengkaut untuk dipindahkan ke kawasan pengumpulan mayat..sedihnya~~~~ 1 kawasan yang penuh dngan bangnan dengan sekelip mata,bertukar menjadi padang jarak padang terkukur..bila tengok mayat2 yang ade,terasa takut n ngeri..terase,wah..besarnya kuasa Allah..dengan hanya lafaz "..kun fayakun.."apa2 pun bleh jadi..nothing impossible..
Ade juga dalam Quran,Allah berfirman,dalam surah Asy-Syu'ara' ayt 208.."DAN KAMI TIDAK MEMBINASAKAN SESUATU NEGERI,KECUALI SETELAH ADA ORANG-ORANG YANG MEMBERI PERINGATAN KEPADANYA"..
Bila kita lihat sendiri juga berfikir,banyak betul bencana yang melanda bumi juga dunia..masihkah kita tutup mata dan tidak mampu untuk melihat dan berfikir sedalam dalamnya tentang semua peringatan yang diberi mahupun yang diturunkan oleh Allah kepada kita semua..
teringat juga terhadap hadith Nabi Muhammad yang apabila diakhir zaman,banyak kemungkaran berlaku sehingga maksiat juga zina boleh berlaku di depan mata..macam mana semua itu terjadi???kita sibuk dengan dunia hinggakan kita alpa dan mengejar keseronokan hidup..ada juga kawanku menceritakan pengalamannya ketika di sekolah menengah dahulu,

"ada 1 malam tu,bdak2 lelaki kat asrama 'fly' memalam..sampai pukul brape ntah,then,dorang cerita,dorang nmpak ade somebody yang buat 'bende tu' kat bawah jambatan.."

kitorang yang dengar pun menunjukkan riak muka yang amat n sangat geli..masing2 berkata "ish,ade jugak manusia yang tak tahu malu macam itu..."

Nak tak nak,masyarakat mestilah buka mata untuk membendung perkara sedemikian terjadi dalam keluarga kita lebih2 lagi terhadap orang islam sendiri..jangan pula tunggu bencana,baru sibuk mencari ubat bagi sakit yang dah pun menular dalam masyarakat sekarang ini..takut nanti,sudah tidak berguna..Dah terhantuk baru terngadah...
Jadi,sama2 lah kita semua berdoa n amik inisiatif untuk menjada diri sendiri juga semoga diri kita semua terhindar dari semua itu~~~