Sunday, July 25, 2010

HADITH AJAIB...

Pernah dahulu,ketika aku masih menuntut di matrix,kakak sulung aku ade memberi sepotong hadith...di namakan hadith itu sebagai hadith ajaib..
jom kongsi bersama!!!!

Sabda RAsullullah s.a.w....
"Keadaan orang mu'min itu sangat menakjubkan,kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik.tetapi,keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman.iaitu,apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya..dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya.."

urm....jom la sama2 kita renung2kan....dan..selamat beramal!!!

Wednesday, July 14, 2010

banyaknya cerita....[ kompilasi kisah yg agak menarik]

assalamualaikum...
sudah teramat lama rasanya aku tidak melapangkan masa untuk mengisi sesuatu cerita untuk ruangan ini....bkan apa....bkannya malas..cuma kesempitan idea sahaja..

kini....

****************************
Alhamdulillah....aku kini telah menjejakkan kaki ke alam kampus..
aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pendidikan di universiti teknologi malaysia[ UTM ]..sebenarnya bukan niat sebenar untuk memilih bidang perguruan..tapi,mungkin ini adalah 1 medium untuk mentransformasi diri..mungkin juga segala ujian yang telah di sediakan oleh ALLAH menanti diri aku di sini...

walaupun sudah hampir 2 minggu berada di alam kampus,rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan jutaan tahniah ke atas semua rakan2 yang dapat melanjutkan pelajaran..

****************************

ramai beranggapan,universiti merupakan 1 tempat pengajian yang terlalu sosial..adakah itu 1 kenyataan yg benar??
sebenarnya,itu bukan 1 soalan yang rasional..tetapi,segalanya kini bergantung kepada dri sendiri..segalanya datang dan lahir daripada diri kita sendiri...kita yang mencorakkan diri dan juga hati kita...terlalu banyak pintu yang terbuka untuk kita...kita sendiri yang memilih..simpulnya,tepuk dada,tanyalah iman....

****************************

x-fasi KMNS hang out!

Alhamdulillah,takdir menemukan kembali senior dan junior fasi di UTM...terima kasih juga diucapkan kepada semua,lbih2 lagi kpd fasi2 senior kerana sudi untuk menjemput kami(fasi junior) bersama-sama meneroka tanah johor...

Alhamdulillah sekali lg kerana berkasempatan untuk bermain bowling di plaza angsana dan juga singgah ke danga bay....begitu meriah rasanya..tetapi,setibanya sampai ke danga bay,wah!!!!!!! ramainya couple....

sebelum menjejakkan kaki ke danga bay,ada juga terdengar-dengar bahawa danga bay merupakan salah 1 tmpat yang popular di johor...urm..adakah yang di katakan tempat terindah itu sebenarnya tempat memuaskan nafsu???
sungguh malang jika begitu...
wahai kakak....whai abang sekalian...
malulah dengan laut...
malulah dengan angin..
malulah dengan awan...
malulah dengan langit...
yang paling penting,malulah dengan ALLAH!!!!!!!

mungkin jikalau laut dan segala ciptaan Allah yang tidak boleh bercakap itu di kurniakan mulut,mungkin akan dihalaunya sesiapa yang cuba untuk membuAT sesuatu kemungkaran.....

ALLAH ada kuasa...makhluk tiada apa2 daya....