Wednesday, September 15, 2010

selamat pergi dan pulang kawan2!!!!!! (^_^)v

assalamualaikum wbt...
salam ukhuwah...
salam lebaran dan salam aidilfitri...

alhamdulillah..
wahai sahabat2...ingin aku ucapkan tahniah kepada kalian semua...tak lama lagi kalian semua nak fly kan..masing2 semua dah nak sambung belajar ke tempat2 dan bawa haluan masing2...aku kat sini hanya mampu mendoakan..tak tersangka hampir beberapa tahun dan mungkin ada yang baru menjangkau setahun lebih kenal kalian semua..dan terasa ikatan ukhuwah antara kita masih lagi terjalin..urm..alhamdulillah...dan mungkin juga dalam masa 4 tahun kita semua mungkin atau tidak untuk bertemu kembali...segala kenangan yang ada aku akan simpan baik2 dalam kotak memori...

harap kalian semua dapat pergi dan pulang dengan selamat...
manalah tahu kita akan bertemu di bumi mesir juga!!!hehe....

p/s: doakan aku dunia akhirat ea!!!
will miss u my friends.....

Sunday, September 12, 2010

kenapa begini pada hari raya??

assalamualaikum wbt...

rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan "selamat hari raya aidilfitri,maaaf zahir dan batin"..hari ini masuk hari keempat untuk hari raya..

wah!!sudah agak lama rasanya aku meninggalkan medan contengan ini..bukan ingin berhenti..tetapi terasa malas untuk menconteng sesuatu...hehe..

***************

"ish,kenapa mesti begini pada hari raya??"

"urm..apa yang kenapanya??"hairan..

"cuba tengok segala rancangan kat tv ni.."

"oh...pasal tu ke??"ringkas...

**************

setiapa kali hari raya menjelang,segala program televisyen semuanya akan menyiarkan rancangan yang menarik..menarik ke??

program filem,nyanyian..segalanya di atur dengan begitu baik sekali..filem,disiarkan pada waktu pagi,petang dan malam..
program dokumentari yang berfaedah,disiarkan pada waktu maghrib,ketika orang islam sedang sibuk meyiapkan diri untuk solat maghrib..

patutkah begitu??

cuba kita imbas kembali ketika waktu bulan mulia,bulan ramadhan..segala program televisyen amat menarik..dokumentari tentang agama,hibura yang berfaedah sangat banyak..tup tup,hari raya,semuanya hampir tiada..tiada lagi rancangan yang berfaedah..minda banyak di sogok dengan hiburan2 yang mungkin bakalan merosakkan minda..leih2 lagi minda anak2 muda..program televisyen dengan pelbagai version pun ada..

***********************

teringat satu lagu raya dendangan hail amir dan juga uji rashid..

"....adikku manis,cantik bergaya..."

lalalalalalalal...

musim raya,musim untuk sakan..begitu ke???
bila hari raya,macam2 ragam kita akan jumpa..macam2 gaya kita akan lihat..anak2 muda dan juga makcik2 menggayakan fesyen baju raya yang pelbagai..tudung juga sama....pelbagai fesyen tudung akan jumpa..tetapi,kelihatan kemas itu tidak salah..tetapi,bergaya yang mungkin agak melampau itu yang akan kita risau..

bukanlah wajib memakai jubah sepanjang masa..tidaklah begitu..boleh sahaja memakai baju pelbagai fesyen..tetapi,harulah dijaga auratnya....

*******************

urm.....segala salah silap mohon maaf....
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!