Monday, November 1, 2010

ikan oh ikan

Assalamualaikum wbt….

Buat sahabat2…

Buat teman2…..

Buat kawan2…..

Apa kata hati pada hari ini??

Cuba semua orang tanya pada diri masing2, apakah benda yang akan memberi ketenangan kepada diri semua jika melihatnya?

Mungkin setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?

Jika saya, saya amat tenang jika dapat melihat pepohon hijau…air laut yang cantik…bintang yang berkedip…haiwan2 yang bergerak…mendengar bunyi daun yang ditiup angin……

Adakah semua berfikiran yang sama dengan saya??

Jika ya, itu adalah normal dan juga fitrah bagi setiap insan yang memang gemar untuk melihat sesuatu yang indah dan amat mendamaikan..

Suka kepada alam = suka kepada ciptaan Allah = dekat dan rapat dengan Allah

Memang setiap jiwa memerlukan satu ketenangan iaitu berasa dekat dengan penciptanya..walaupun kadang-kadang kita semua ambil tidak kisah akan hal itu. Tetapi, itu adalah fitrah kejadian. Berasa dekat dan rapat dengan Allah amat menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang memahami. Semua akan berbalik kepada penciptanya jika terdapat masalah atau mungkin berasa tertekan. Ingatlah wahai semua, Allah itu amat baik..tidak terjangkau kebaikanNya. Terlalu besar. Cuba semua ambil masa dan lihat segala kejadian yang terjadi di sekeliling. Segala ni’mat yang kita dapat amat hebat bukan?

***************************

Sudah dua kali aku berkunjung ke tasik yang berada di belakang kolej kediaman aku.. terasa tenang jika melihat pada pepohon yang tumbuh menghijau di sekitar tasik. Amat tenang hati ketika melihat ikan-ikan yang berenang tidak kira penat. Setiap kali berkunjung, pasti aku tidak lupa untuk membawa sedikit buah tangan untuk ikan-ikan yang ada. Mungkin biskut kering..atau juga mungkin roti gardenia. Ikan- ikan akan makan dengan amat gembira sambil melompat didalam air….mungkin juga sebagai tanda bersyukur dengan rezeki pada hari itu. Setiap gerakan ikan itu adalah zikir..

Cantik bukan??

Segala makhluk yang diciptakan Allah yang tiada akal dapat bersyukur dan juga berterima kasih atas segala ni’mat yang dikurniakan. Bagaimana pula dengan kita manusia?? Allah memberi akal yang waras dan juga segala kemudahan…..tetapi, kadang kala kita terlupa untuk bersyukur…

Jika selama ini kita tidak, marilah sama-sama kita perbetulkan diri…

JOM SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. husna, skrin netbook akak kecik je..xckup ruang la nk bce pe yg husna tulis..
    alih la sket abg songkok baju pink tu..dia block pembacaan akak..huhu~

    -k.tasneem cuN~

    ReplyDelete
  2. betullah awak....yang kat tepi2 ni kacau.......hehehe

    ReplyDelete