Saturday, November 5, 2011

. . hati berkata heartless . .

bismillah..
terasa sangat lama tidak meninggalkan jejak di ruangan ini..
kini
hati tidak mampu untuk menolak tangan daripada menekan2 huruf dibadan dell..

.H.E.A.R.T.L.E.S.S.


seringkali terdengar luahan hati sendiri tatkala duduk bersendirian 
termenung memikirkan hari2 yang telah dan juga yang bakal berlalu..

ada satu masa 
terasa sangat bersemangat untuk tegar menghadapi ujian yang datang

ada juga satu masa
hati seolah-olah bertukar posisi 
pandangan seakan dikaburi dengan hidupan duniawi yang hanya sementara

sepertinya tiada tegahan 
berlegar-legar "astaghfirullah" dikepala
tapi mengapa hati masih kebal dan kebas?

kasih sayang
harta benda
kemewahan 
kejayaan hidup

perkara yang payah untuk dinafikan
tapi, 
andai kita sibuk mengejar yang dunia,
dimana pula letaknya akhirat?

dan andai keinginan menjadi tuhan,
dianak tangga keberapa Allah berada?

kadangkala aku seakan ingin menjerit kerana 
 hati seolah ingin merasa manisnya dunia..
kerana aku tahu 
bukan ini yang sepatutnya menjadi matlamat perjuangan aku..

tersimpan dihati
"aku tidak mahu untuk menjadi antara orang2 yang tereliminated"
kerana aku tahu,
hanya ini jalannya untuk mengejar syurga yang kekal abadi
dan aku juga tahu
hanya ini jalannya untuk aku berjumpa dengan sahabat2 dizaman Rasulullah..
juga kerana aku tahu hanya jalan ini satunya jalan untuk bertemu dengan Rasulullah
juga kerana aku tahu,
inilah jalan yang perlu aku hadapi untuk berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang tersenyum

supaya aku ingin Allah memandangku pada waktu itu dengan senyuman 
juga teguran salam..

walaupun aku tahu aku terlalu kerap untuk jatuh
dan juga terlalu kerap terpaling kebelakang,
tapi aku sangat mengharap bahawa 
Dia tidak pernah lepaskan tangan aku..

juga,
aku masih lagi berharap 
Dia tak pernah jemu untuk menasihati diriku..

terima kasih Allah...
teringin sekali aku ingin bertemu denganMu

dan masih lagi mendapat dan sedar akan ni'mat 
yang paling besar Kau kurniakan keatasku......

ni'mat merasai Kau adalah Rabb ku..








1 comment:

  1. assalamualaikum husna sayang..

    keep on praying..
    hati itu milik Allah..
    dan memang sifat hati untuk berbolak-balik pada ketikanya
    tapi..
    sahabat akhawat kan sentiasa ada
    kerana itulah Allah menghadirkan mereka
    utk kita sama-sama saling menguatkan
    saling berpesan-pesan pada kebenaran & kesabaran..
    akhwt akan selalu setia utk mdgr semuanya
    supaya hati kita semua akan sama-sama hidup atas namaNya..:)

    husna..
    Allah sangat menyayangimu..
    percayalah~!

    sentiasa ada untuk mendengar,
    teman akhawat..

    ReplyDelete