Monday, September 19, 2011

. . homesick ke aku? . .

bismillah


[ homesick itu sangat sakit ]

Ini ke yang dipanggil homesick?

Alhamdulillah.. hari ni cuaca sangat sejuk.. barangkali kerna hujan lebat turun sebanyak 3 kali.. subhanallah..
Petang yang sejuk disulami dengan angin yang kuat sehingga mengalahkan angin daripada kipas syiling yang kadangkala berbunyi akibat geseran dan mungkin barangkali telah berumur. Mata yang dari tadi melihat hasil tulisan hiragana kini makin kabur. Pen biru yang dipegang jari2 tangan kanan mulai longlai.. kepala yang dari tadi sibuk menghafal struktur tulisan hiragana mulai berat.. mata kabur.. tangan dah kebas.. kepala berat.. ditambah pula keseorangan dalam bilik..apa tandanya?? Ya MENGANTUK!!!!


Perlahan2 aku jarakkan badan daripada meja study..  kaki kini mulai bergerak kearah katil single.. fuh!!!! “ya Allah! Ngantuknya..”
Telapak tangan kanan pantas menutup mulut yang kini menguap. “arghh”
Tak sampai 1 minit, aku dah melayang ke dunia lain.. “selamat tinggal realiti”
Malangnya tidur seperti di ‘ganggu’.. jadi, tak la 100% melayang  sebenarnya.
Terjaga daripada tidur, tangan terus meraba katil mencari handphone. 1722. Terus aku bangun nak siap2 menghadap Allah.. J Alhamdulillah..


Dok duduk termenung tengok pokok saga sebelah tingkap ni bergoyang, tetiba teringat kat rumah.. kata bah.. emak.. dan semua adik beradik.. orang kata, kalau baru2 balik kampus, biasalah homesick..
Waktu tu juga, kat kepala ni sibuk teringat saat2 indah menjadi guru ganti. Teringat kat student2.. argh… rindu kat semua.. angin petang menampar pipi menanbahkan lagi perasaan rindu pada semua..
Waktu tu, hati mula berkata “angin, andai kau lalu kat rumah aku, tolong sampaikan perasaan ni kat orang2 dalam rumah aku tu..”  :’(


Siap2 nak tunggu maghrib datang, tangan terus grab phone kat atas meja.. unlock phone. Menu. Contact. Dikdah. Call.

Tutt.. tutt.. tutt..


Assalamualaikum..
Terdengar suara izah, yang kini baru selesai UPSR..
Phone Samsung beralih tangan daripada Izah kepada seorang yang aku rindui..


Emak.


Kami berbual panjang. 8 minit. Terasa waktu sangat pantas berlari.
Alhamdulillah.. masih lagi berkesempatan mendengar suara tu.. <3
Walaupun terasa kurang sedikit perasaan HS tu.. tapi, masih lagi terasa sampai sekarang.


Dalam hati masih lagi berbisik :
“abah.. mak.. doakan nurul selalu.. terasa betapa malangnya andai cuti 4 bulan sebelum ini ada kurang dan terdapat cacat celanya andainya segalanya berpunca daripada diri yang sangat ego ini”


With love……..  <3


( 2128 : 180911 )

. . lifeless life . .

bismillah

[ leaves that alone ]


There’s no life
If you feel lifeless


I keep thinking about surrounding
I keep wondering about the pumping of my heart
There’s something I should ponder about


But I’m still standing
Watching a bird perching
Some of them still on the sky


And I still standing and watching
I’m looking down to the street
A yellowish dry leaves are falling down
And yet apart from each other
And let anybody trample over their body


I still keep wondering
They follow their way
The alam follow their way
Just like what had been written


Sometimes I keep wondering about
Do me will be like the leaves?
To let myself follow the dunya current..
Without any guider?



( Thursday : 1425 : 150911 )

. . kamu sering katakan kamu berjuang . .

bismillah..


[mereka menangis.. kita ketawa..]



Di saat UMMAT sengsara di ufuk sana..
Apa yang sedang kamu lakukan?


Di saat umat sedang dibedil ..
Apa yang sedang kamu lakukan?


Di saat umat sengsara di gersang sana..
Apa yang kamu masih termangu memikirkan ?
Masihkah kamu memikirkan tentang chicken chop? ABC?
Masihkah kamu berasa kenyang ?
Masihkah kamu selesa tidur di tilam empuk?
Masihkah kamu mampu untuk bergelak ketawa?
Masihkah kamu berasa amat tenteram dan juga aman?


[ somalia starving]

 Di saat UMMAT sedang berfikir disenja hari bagaima persiapan menghadapi ISRAEL sewaktu matahari menyinsing..
Apa pula yang kamu fikirkan?
Adakah masih terleka dengan hiburan?
Adakah masih memikirkan tentang pasangan kamu?
Lelaki memikirkan wanita..
Wanita memikirkan lelaki..
Tersenyum mengenangkan sewaktu manisnya berjumpa?
Termenung memikirkan bilakah saatnya jodoh akan datang?
Tertanya siapakah pasangan kita?
Jika kamu mengaku ditarbiyah,
Apa bukti kamu ditarbiyah?


Jika kamu mengaku melakukan dakwah,
Bagaimana pula dakwah terhadap dirimu?





 Pantaskah kita untuk berlaung
“AKU RIJAL BANGSA!”
Tapi hati kotor juga berdebu..
Sibuk memikirkan perkara yang tak sepatutnya terlintas dalam fikiran..
Kita mengaku kita tahu..
Tapi dimana kefahaman kamu?


Di saat umat sengasara berduka..
DI MANA KAMU?


Jika kamu dakwa kamu menyumbang,
APA BUKTINYA??


DI MANA JANJI SYAHIDMU??


( 2125:120911 )

Friday, September 9, 2011

. . jom jadi baik . .

bismillah..


teringat suatu ketika..
waktu tu baru2 je start cuti..
berjalan jalan dan punyalah berjalan...
tetiba ternampak diri kat cermin

ade gak tengok tv..
banyak yang menyentuh tentang keinsafan seseorang
daripada yang sangat jahil sehingga boleh tune diri kearah pembaikan..

then mula terfikir..
orang2 yang sangat 'macam tu' boleh bertukar menjadi sangat baik !
orang yang kita pandang sangat hina boleh jadi orang yang lebih sangat baik daripada kita..
but then,
kita ni baik sangat ke???
baik sangat??

kita selalu rasa yang kita ni sangat berada dalam keadaan yang selesa..
kengkadang kita selalu pandang orang lain buruk daripada kita..

tapi, kita lupa bahawa hidayah ni, 
hanya Allah punya..
not ours for sure.. 

tapi tak takutkah kalian jika Allah menarik kembali hidayah dan memberikannya pada orang yang kita pandang hina tadi tu??

teringat suatu ketika ..
sharing2 bersama ..
then, timbul satu persoalan daripada seorang teman..

kawan : husna, tahu tak yang manusia ni tak sempurna..

aku : tahu..<-- sambil angguk kepala

kawan : aku tak suka kalau orang pandang orang yang bertudung labuh 
dan berkopiah ni sangat perfect..

aku : urm.. kenapa?

kawan : sebab, bila dorang pandang orang yang macam tu sangat perfect, so bila orang2 tu terbuat salah sikit, dia akan terus buat konklusi orang2 macam ni x bagus..
so mulalah ada statement "budak tudung labuh pun buat salah, apatah lagi kitorang"..

aku : urm... 

kawan : aku lagi sangat suka kalau semua orang tahu hakikat manusia yang setiap manusia ada kelemahan.. setiap kelemahan bukan dijadikan fitnah 
untuk menuduh orang tapi kita saling ingat mengingati.. barulah betul..

aku : haah.. <-- sambil angguk kepala...

[so apa kaitan dengan tajuk entri?]

ok..
let me share something..

saya sangat terkesan sewaktu menonton satu drama kat TV..

ada satu dialog ni yang sebut tentang 

"saya nak jumpa Allah dalam keadaan bersih"

mungkin statement ni sangat cliche'..

tapi inilah hakikat..

setiap orang dah bertunang dengan kematian..
tapi, tak nak kah kita berjumpa Allah dalam keadaan yang bersih dan tiada calar langsung??

memang sukar dan payah.. 

tapi apa salahnya kita berusaha dan membuat pengorbanan untuk syurga yang sangat mahal 
dan juga kerana ingin berjumpa dengan sesuatu yang menciptakan kita??

cuba kita lihat orang2 kat kanan.. kiri kita..
mungkin mereka telah berubah..
kita bila lagi??

cuba suatu ketika kita menungkan diri kita..

jangan pernah tersasa kita tidak layak untuk sesuatu yang baik.. 
tapi, sebenarnya banyak sangat tangan2 yang sedang bersedia untuk menyambut kalian semua..

kalau kita nak ke syurga, biarlah kita berjalan beriringan ke syurga bersama- sama sambil tersenyum
kerana kita bakal berjumpa dengan Allah 
dalam keadaan yang bersih dan tiada langsung calarnya..

wallahua'lam




Thursday, September 8, 2011

. . rezeki seposen . .

bismillah


terasa sangat lama menjauhkan diri dengan ruangan ni.. 
bukannya malas dan bukannya dah decide x nak tulis lg.. tapi baru jumpa tmpat yang wireless agak kuat..
:) 
rasenye seperti tidak terlambat lagi untuk meng'wish' 
SELAMAT BERHARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

juga, selamat kembali pulang kepada ruh2 yang telah lama bercuti..
cuti 4 bulan sangat lama.. sampai lupa segalanya.. sangat teruk terasa..

tapi, dalam banyak2 hari kat rumah, ada 1 perkara yang saya x dapat nak lupa.. 

teringat suatu ketika..pada petang hari,
sambil duduk2 kat tepi tingkap dengan akak, 


akak memulakan bicara..
akak : nurul, ko tahu tak yang rezeki kita ni Allah dah tentukan?

aku : tahu2... memang Allah dah tentukan.. sama juga macam jodoh la kan..
akak : urm... haah..

aku : so?

akak : ko tahu tak, klu rezeki kita memang seposen, kita memang akan dapat seposen jea.. 
tak lebih dan juga tak kurang..

aku : tapi Allah kan suruh kita berusaha.. 

akak : Allah memang suruh kita berusaha.. usaha tu untuk tambah amalan kita.. kebergantungan.. ko pernah tak terasa yang ko study gila2 struggle tapi, result biasa2 jea..

aku : tersenyum [dlm hati : pernah sangat kot]

akak : see..

kalau seposen, seposen lah

sejak tu, aku banyak kali juga duduk2 termenung memikirkan apa yang sentiasa terlintas dalam pemikiran...

jadi, ingatah, bukanlah bermakna kita berusaha sampai nak mati teruk2 sangat akan membuatkan kita sangat cemerlang..  :)

kengkadang hairan bila tengok kengkawan yang study sangat dahsyat then,
subuh pun entah kemana..

bukanlah nak kata kita ni baik sangat..
but then, 
kita mestilah bijak nak seimbangkan semuanya..

jom kita renungkan kembali..
because, theres somthing need to be pondered..

wallahua'lam