Thursday, February 9, 2012

Kekalkan ianya bulat dan bahagia

Bismillah..





Kekalkan ianya bulat dan bahagia!!

Husna.. apa yang bulat dan bahagia??

Huhu..

Urm.. cubalah terka!! Apa yang saya nak cerita ni bukan something yang tak masuk akal. Eh.
Bukannya lukisan adik kecil yang berumur 3 tahun berbentuk bulat didinding rumah berwarna putih dan ianya kelihatan sangat bahagia dan gembira. Bukannya bermaksud saya dapat memotong bawang merah dengan bentuk bulat yang sangat perfect untuk dimasukkan ke dalam sambal tumis ikan kembung. Eh apakah ini ??

Ok2.. apa yang saya nak cakap ni, bukannya bulat yang biasa.. 

Bulatan yang bahagia ini saya panggil usrah.. kami turut menggelarnya usrah. Usrah! Ya usrah!
Aliff.. sinn.. raa.. taa marbutoh..

Apa yang best sangat dengan usrah tu? Erkk.. yang korang panggil bulatan gembira tu??
Urm.. tu la.. hang x rasa lagi penangan usrah ni.. bila hang dah rasa, baru hang tau rasa macam pekena sambal tumis udang.. tak pon rojak buah penang..

Bagi yang sememangnya asal daripada sekolah agama tu, memang dah tak pening kepala sampai nak pecah kepala mencari maksud usrah. Bagi yang dah asalnya sekolah agama dari form 1 tu memang dah tak payah nak bukak kamus b.arab setebal kamus oxford kat almari tu.. bagi yang dah sekolah agama tu.. memang dari sekolah lagi dah kena usrah. Tak kesahlah yang selalu panjat pagar ke.. yang selalu buli form 1 ke.. yang selalu buat jenayah kasi gegar sekolah sampai pengetua dan hem dah sangat pening memikirkan solution. Tapi, asal nama budak sekolah agama, memang kena sit for usrah . samada kat tapak perhimpunan or kelas masing2..

Murabbi pulak, adalah yang termasuk dalam list budak2 BADAR... badan dakwah dan rohani.. percaya tak percaya aku pun salah satu orang yang berada dalam badar tu.. huhu.. pengakuan berani mati ni..
Tapi, sejauh mana usrah yang sangat ikut sillibus dan skema dengar akak2 dan abang2 baca helaian kertas yang diberi oleh ustaz juga ustazah tu mampu untuk touch hati kita? Dan sejauh mana pulak huraian kata2 murabbi dan murabbiah ni mampu untuk membuatkan bulatan tu gembira dan terjaga?
Ok husna.. don’t over extended.. huhuhu..
Ok2.. tarik nafas panjang2.. huh!! Bukan apa, sebab, ada yang mengatakan usrah ni, duduk skema dan dengar balik ceramah akak dan abang yang tak de tauliah tentang rukun agama.. rukun islam.. etc..
Actually, dulu saya pun begitu jugak.. asal usrah, dalam hati : skema kowt!!! Tak pun ada jugak terdetik : ko x yah la nak extreme sangat. Asal ko jaga solat.. pose.. cukuplah.. huh! Amat dangkal sungguh akal!
Hehe..

Tapi kini, saya rasa pelik andai minggu yang saya lalu x de usrah.. yup! Saya dahagakan bulatan ini! Ianya berbentuk bulat dan sangat bahagia..! seyes saya sangat jamin..

Bulat dan bahagia plus tenang.. banyak yang saya dapat daripada sini.. seandainya dahulu hampir 6 tahun saya berada di sekolah agama, saya hanya mengetahui agama.. tapi kini Alhamdulillah.. saya memahaminya.. tahu dan faham.. dua dunia yang berbeda! Tahu solution add math tak sama perasaannya faham akan situasi jalan cerita chenta yang ada dalam novel  bicara hati.. errrkk.. kantoi jahiliyah sudaa~~~ 

Kini juga, Alhamdulillah.. banyak yang kami dan saya faham.. islam pada hakikatnya.. apa yang diperlukan.. demi untuk meng’grab’ redha ilahi.. demi untuk menaikkan islam pada takat yang sangat tinggi!! Ustaziatul A’lam.. atau kengkadang kami singkatkan menjadi UA ! atau bahasa kampong sebagai World Order! Dan kami pasakkan keyakinan untuk meyakini apa yang telah dikatan Allah dan RAsulNya … islam itu akan naik!! Yup!! Akan naik! Bukan hanya ayat yakin yang berlari dibibir.. tapi keyakinan seperti yakinnya hujung minggu adalah hari ahad!! Dan seandainya hari ini adalah hari isnin, keyakinan kita kepada bangkitnya islam suatu hari nanti adalah seperti esok adalah hari selasa.. !!

Bulatan yang sangat bahagia ini membuatkan kami ni tak kesah sangat pun tentang duit.. tentang degree.. eh saya dah nampak ada yang kerutkan dahi dan cakap : aku dah agak orang yang ikut usrah ni orang yang extreme.. hampa tak kesian ka kat mak pak hampa??

Uishhh!!! Tajamnya.. sat2 .. izinkan saya untuk perabis taip ni ha.. urm… ok2.. bila kami korbankan dunia, tak bermakna kami lepaskan sepenuhnya.. bodoh lah macAM  tu.. segalanya adalah matlamat kami untuk lihat islam itu berjaya.. jika dulu niat saya belajar kerana nak kumpul duit banyak dan orang padang tinggi, kini niat tu saya try untuk twist ke niat kerana Allah.. demi agama islam yang sangat tercinta ini.. apa ja yang saya dapat lihat, orang2 yang dah faham agama ni, sangat dahsyat~~  apa yang mereka lakukan adalah semuanya atas dasr “ya Allah, semuanya ini keranaMu ya Allah”.. saya sendiri pun  boleh menangis dengan statement berharga ni.. mana nak cari orang macam ni.. kalau bukan kat dalam bulatan gembira yang sangat bahagia~~
Anda tak percaya??  Jom lah try!!!!

"sebagaimana kami telah mengutus kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepada kamu kitab (al-Quran) dan hikmah (sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui"                                         ( al-Baqarah 2 : 151 )

1 comment: