Tuesday, October 20, 2009

resapan hati~



apabila dibilang guna jari,sudah hampir 6 bulan aku meninggalkan STAM di SAMT.HISAMUDDIN..terasa masa amat cepat berlalu..terasa kenangan 6 bulan lepas seperti baru semalam terjadi..aku rasa gembira di stam kerana niat aku masuk ke stam bukan untuk periksa..tapi sekadar untuk menuntut ilmu berbaki..ilmu yang amat payah untuk aku miliki..juga sukar untuk orang lain miliki..sebenarnya,stam amat berat untuk di bawa..tapi,agak mudah untuk orang yang mempunyai niat yang ikhlas dan jihad untuk jalan Allah..Allah ada menyebut dalam kalam suci Al Quran,sesiapa yang menuntut ilmu,Allah akan permudahkan jalan ke syurga..tapi,jika niat lari dari landasan itu,maka,penat sahaja yang menyapa kita..

teringat dulu sewaktu aku mendaftar untuk stam,awal tahun ini,pelajar yang mendaftar agak sedikit..x penuh satu dewan Al Bukhari..sewaktu berjalan masuk menuju ke kelas,perasaan janggal penuh dalam hati...kerana pelajar stam n stpm di tempatkan di asrama lelaki(aspura)..tapi,perasaan rindu kepada sekolah dapat di ubati sedikit apabila berjalan masuk ke sekolah,meneruskan pengajian di situ..

terpalit rasa kelakar menjengah diri apabila buat pertama kalinya pergi ke sekolah tanpa s.kalkulator..madah dalam stam tidak langsung memerlukan pengiraan..tapi,kali ini lebih berat..kerana,segala madah memerlukan hafalan dan ingatan yang kuat..10 madah,semuanya dalam bahasa AlQuran..madah yang dipelajari adalah madah yang pertama kali jumpa..semua madah dalam stam adalah mengikut madah sem 1 di Al Azhar..

kini,aku berada di negeri sembilan untuk menyambung pengajian..bukan lagi di stam..
pernah kakak aku juga rakan aku bertanya kepadaku,

"husna,kau x rasa rugi ke,tinggalkan bahasa arab??"

aku terdiam sedetik..memikirkan sebentar sambil tersenyum..lantas dan terus aku menjawab,rasa rindu terhadap bahasa arab..tidak rugi mempelajari bahasa arab terutamanya nahu,sorof,balaghah untuk mendekatkan diri memahami AlQuran dengan lebih dalam..dapat mentadabbur AlQuran dengan sepenuh hati..rindunya bahasa arab..

bermula semalam,19 oktober,teman2 ku di stam berperang manghadapi peperiksaan besar STAM..teruskan perjuangan wahai sahabatku semua..kalian sentiasa dalam doaku..penat lelah untuk ke arah jalan redha Allah,akan di balas dengan ganjaran yang besar..insyaallah..aku harap,ilmu yang kalian dapat,tidak akan berlalu begitu sahaja selepas paper terakhir..tapi,akan di simpan didalam hati untuk dijadikan panduan juga resapan hati kalian..semoga Allah merahmati kalian, ya sahabati~

1 comment: