Sunday, June 26, 2011

kerana aku juga penunggang motorsikal

bismillah..

tidak beralih pandanganku.. hanya memandang ke hadapan sebagai tanda fokus ketika memandu..
hujan lebat kadangkala mengganggu pandanganku..




.J.O.U.R.N.e.Y.

memandangkan ketika itu adalah waktu pagi,
sememangnya jalan raya sangat sesak dengan kenderaan ..
tujuan pemandunya pasti ingin menuju ke tempat kerja barangkali..

" ya Allah.. dahsyatnya~" kataku sendirian..
kelihatan bersimpang siur kenderaan ingin memasuki lorong2 dijalan raya..

sedang asyik melihat kenderaan yang asyik dengan lorong2, 

"astaghfirullah!! nasib baik tak terlanggar.." terkeluar daripada mulutku..

sebuah motorsikal memintas kenderaanku..

pantas aku lihat meter di dashboard..
110 km/h

" kalau aku punya 110, berapa pula meter motorsikal tu.." monolog sendirian..

adikku di sebelah juga menunjukkan reaksi terkejut selepas insiden 
tadi..

" hoi!!! ko ni bawak motor dah la laju.. 
naik motor pula tu!! tak tahu peraturan ke?? " bebel adikku sambil mengangkat tangannya..

aku hanya memerhati sebentar lagak adikku..
tanpa berkata apa pun.. 

bukannya tidak marah kepada penunggang itu..

tapi...

aku faham..

kerana aku juga penunggang motorsikal..

No comments:

Post a Comment