Wednesday, August 10, 2011

. . . mimpi tanda rindu . . .

bismillah

ukhuwah terasa berat
berat untuk ditinggalkan
ukhuwah yang diuntai dengan untaian islamiah sangat terasa sehingga kini
semoga Allah masih lagi mengizinkan bagiku untuk merasa 
dan juga mempunyai perasaan ini..
perasaan cinta

cinta kepada sahabat kerana tuhan yang satu
Allah s.w.t


[ukhuwah fillah]

benarlah ada yang mengatakan ukhuwah fillah itu tidak akan pernah lenyap

teringat sewaktu usrah, akak naqibah ada mengisi kata2nya,

"apa beza tali ukhuwah dengan tali persahabatan? "

semua terkaku dan terdiam

"ingatlah adik2.. persahabatan yang dibina atas jalan islam atau ukhuwah fillah 
takkan pernah pudar walaupun sekali.. sebabnya, tali ini telah kita simpulkan dengan visible rope, aqidah"

whoa!!

dalam hati : whoa!! hebatnya..

ukhuwah fillah ini akan kekal
kekal hingga ke syurga
ameen, iAllah

[jap, apa yang ko nak cerita sebenarnya dlm entry ni sebenarnya?]

ooooppppsss..
*jangan marah.. sabar itu kan separuh daripada iman*

beberapa hari yang lepas
aku ada satu mimpi
ish..
bukan mimpi mengarut...

lepas bangun daripada tidur, aku seakan menangis
sepertinya Allah sangat memahami apa yang aku rasa sekarang..

[husna, ko mimpi apa? ce citer2]

dalam mimpi tu, 

aku, dengan roomate2 [skali yang bilik depan] sewaktu matrix
naik motor kembali ke matrix..
apabila kami tiba kat matrix tu, duduk bersembang 
segalanya hanya sebentar
kami terpaksa berpisah..
sebelum berpisah, kami bersalaman dan juga berpelukan antara satu sama lain
sangat dan amat erat
seperti inilah kali terakhir perjumpaan kami
terasa titisan air mata jatuh ke bahu aku
setitis demi setitis
suasana sangat hiba

tak lama selepas itu, aku terjaga daripada tidur
terasa seakan mata ini berair
pelukan yang tadinya erat terasa makin longgar 
tetapi masih lagi terasa hingga kini

[kenapa boleh jadi macam tu husna?]

entah..
mungkin terlalu rindu dengan mereka
kami punya cerita hebat
dan aku tak tahu adakah aku akan merasai lagi suasana seperti ini pada masa akan datang

[husna, boleh cerita sikit suasana yang macam mana?]

ya Allah.. 
boleh sangat..

sewaktu di matrix, 
aku berpindah daripada wing A ke wing B kerana roomate aku pindah keluar
aku pindah ke bilik eryka farina dan juga afiqah rabbaniyah di wing B..
suasana wing B tingkat 4 sangat sunyi.. hanya 2 bilik sahaja yang berpenghuni
sehingga kami dah anggap penghuni bilik bertentangan kami adalah roomate kami juga =)
tak lama selepas itu, pelajar2 dua tahun pun masuk.. 
maka cukuplah bilik kami seramai 4 orang..

[so, apa yang istimewanya sangat?]

bagi aku istimewa
aku sangat bersyukur kerana Allah kurniakan mereka dalam hidup aku.


[picnic di atas bukit :)]

alhamdulillah, kami sangat rapat..

"weyh.. jom solat.. dah azan tu"

kami selalu akan mendirikan solat secara berjemaah
_bila dengar azan berkumandang, kami akan panggil semua untuk bersolat bersama_


"weyh.. aku sedih sangat hari ni"

ada juga yang kadangkala meluangkan masa mendengar rintihan hati2


"memang barang2 aku untuk ko.."

barang2 kami seperti hak kami bersama.. tiada apa yang disembunyikan


"banyaknya husna.. kata nak diet"

selalu sangat kami bergurau


tapi, yang sangat terharu.. apabila kami pergi ke pasar, 
mereka sepertinya tidak pernah kesah dengan nilai2 duit
akan kedengaran ada yang bertanya..

"weyh.. air dah ada?"

"weyh.. ko nak makan apa"

"nak tak makanan ni?"

bila sampai kat bilik..

"korang, jom siap2.. lpas solat kita makan"

bukan sekadar itu..

"kami juga ada yang Qiam bersama"

..........................................................................

segalanya sangat indah..
apa yang aku ceritakan dalam entry ni, 
mungkin tak berapa nak sama dengan apa yang sebenarnya..

teringat sewaktu roomateku yang sorang ini call aku, 
ayat yang aku tak dapat nak lupa..

"husna, walaupun sekarang ni kita dah masing2..
walaupun dulu waktu matrix korang selalu paksa aku solat sesama, kengkadang aku rasa geram.. tapi kan husna, aku sangat tenang waktu tu.. sekarang......"

aku mendengar dengan sayu ayat2 tu...
tak terasa ada untaian mutiara jernih mengalir di pipi..



[roomate c.4.4.7]

walaupun kini kita dah masing2...
yang sorang kat sini..
yang sorang kat sana..
semuanya terpisah..
itulah sebenarnya ni'mat..
kerna dengan perpisahan ini kita akan lebih merindui..










2 comments: