Sunday, November 6, 2011

. . aku masih berdiri disini . .

bismillah

benarlah Rasulullah mengatakan bahawa 
dunia ini hanyalah sementara
juga tempat persinggahan 
daripada satu perjalanan panjang mencari Tuhan..


[ perjalanan sebenar yang jauh]

kaki baru nak melangkah meninggalkan laptop yang dari tadi terpasang..
badan juga telah bangun untuk pergi menyambut seruan Allah..
sempat juga terpandang jam di screen dell
1320

belum lagi sempat untuk kaki melangkah,
terasa lantai bergetar tanda ada incoming call..

incoming call from kak am <-- shbat ketika kerja aritu..

kak am : "husna.. tahu tak ustaz shuib dah x de?"
aku : oho.. akak ni jgn main2.. x baik main2 mende gini..
kak am : uish budak ni.. x main2 la.. serius..
aku : akak biar btol.. mana akak dapat tahu ni??
kak am : kak sera bagitahu akak..

kaki yang ingin berdiri dari tadi terus terasa kaku dan kebas..
fikiran terasa kosong..
hati terasa hiba
mulut terasa terkunci..
>terasa dunia kabur<

tak sangka dia pergi begitu cepat..
ustaz mohd shuib saimin kini hanya mampu aku pandang menerusi kenangan dulu..
kenangan daripada tingkatan satu <-- 2004
hingga tarikh 26 august 2011

ustaz yang sangat peramah juga selalu mengingatkan aku dahulu..
kini tiada lagi..

aku hanya sempat bertanya kpd kawan2 yang pergi ziarah jenazah..
katanya sayu sangat.. 
tapi 
mukanya sangat berseri-seri..
sepertinya ustaz pergi membawa seribu cahaya..
pergi berjumpa Ilahi 
dengan keadaan tersenyum..
bersama ketenangan..

teringat juga sewaktu bekerja dibawah ustaz..
kami makan, ustaz puasa sunat..
kami sibuk dengan kerja2..
ustaz sibuk dengan Dhuha juga hafalan surah2..

bagitu indah sekali..tapi kini tiada lagi..
bilik GPK1 yang dulunya penuh dengan fail serta bunyi helaian2 kertas kini makin sunyi..

aku termunungkan semua itu di jendela 
hujan rintik2 serta angin menghiasi pemandangan petang
sepertinya faham akan hati aku..
juga bersedih atas kehilangan seorang yang bermakna buat aku..

berkata daam hati,
ustaz dah selesai.. insyaAllah, 
tapi aku masih lagi disini..
untuk meneruskan baki2 perjuangan..

ustaz pergi membawa sinar juga senyuman..
aku pula bagaimana nanti?? 
apa bekal yang ingin aku tunjuk dihadapan Allah 
saat pergi berjumpa denganNya?

adakah cahaya yang malap serta muka yang suram?

ya Allah..
mantapkan langkahku menujuMu dengan langkah yang kuat..

ya Allah,
teguhkan hatiku disaat ia kuat mahupun ingin mencair..

kerana aku ingin sekali berjumpa denganMu dalam keadaan bersih ..
tanpa calar sedikit pun...









1 comment:

  1. Oh. Ustaz kesayanganku sudah pergi rupanya. Benarlah apa yang telah saya dengar pada pengumuman sesudah tazkirah sebelum Khutbah Jumaat lalu: "Ustaz Shuib kita sudah meninggal". Saya sangka saya tersalah orang, rupanya memang benar, ia merujuk kepada Ustaz Shuib Saimin. Inaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Roojiuun. Sedih benar saya di sini. Moga bahagia hidup Ustaz di alam Sana.

    ReplyDelete