Monday, June 27, 2011

kerana si Dia ada di situ..

bismillah..


.B.E.R.U.B.A.H.

 JANGAN BERUBAH SEBAB ORANG LAIN.... SBB BILA ORANG TU DAH XDE... DA XDE SBB UTK KTE BRUBAH.... TAPI... BERUBAHLAH KERANA ALLAH S.W.T SBB ALLAH SENTIASA ADA DGN KITA..

+ terima kasih nia +

Sunday, June 26, 2011

kerana aku juga penunggang motorsikal

bismillah..

tidak beralih pandanganku.. hanya memandang ke hadapan sebagai tanda fokus ketika memandu..
hujan lebat kadangkala mengganggu pandanganku..




.J.O.U.R.N.e.Y.

memandangkan ketika itu adalah waktu pagi,
sememangnya jalan raya sangat sesak dengan kenderaan ..
tujuan pemandunya pasti ingin menuju ke tempat kerja barangkali..

" ya Allah.. dahsyatnya~" kataku sendirian..
kelihatan bersimpang siur kenderaan ingin memasuki lorong2 dijalan raya..

sedang asyik melihat kenderaan yang asyik dengan lorong2, 

"astaghfirullah!! nasib baik tak terlanggar.." terkeluar daripada mulutku..

sebuah motorsikal memintas kenderaanku..

pantas aku lihat meter di dashboard..
110 km/h

" kalau aku punya 110, berapa pula meter motorsikal tu.." monolog sendirian..

adikku di sebelah juga menunjukkan reaksi terkejut selepas insiden 
tadi..

" hoi!!! ko ni bawak motor dah la laju.. 
naik motor pula tu!! tak tahu peraturan ke?? " bebel adikku sambil mengangkat tangannya..

aku hanya memerhati sebentar lagak adikku..
tanpa berkata apa pun.. 

bukannya tidak marah kepada penunggang itu..

tapi...

aku faham..

kerana aku juga penunggang motorsikal..

Saturday, June 25, 2011

..ini aku..

bismillah..


.T.E.R.A.N.G.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basri

Friday, June 24, 2011

jika itu yang terbaik

bismillah..



jika itu adalah yang terbaik..
aku redha..
pasti ada hikmah disebaliknya..
kerana aku tahu..
jalan itu sangat hitam dan menakutkan..

ya!!
memang ku akui ianya pedih..
tapi segalanya telah tercatat..

mungkin aku hampir terjatuh..
Kau selamatkan aku ya Allah..
ini lah yang terbaik..

_ Alhamdulillah _



Sunday, June 19, 2011

aku nak yang itu

bismillah


.B.E.R.L.A.R.I. 

[ dalam hati : apa yang aku nak cuti ni? ]

 * cuti yang panjang *

terasa jiwa sangat kosong
dehydrated
dan sangat memerlukan air
terasa sangat gelisah


* cuti yang panjang *

aku harus berjumpa seseorang
harus juga kembali dalam misi pencarian
mencari redhaNya
juga mencariNya

************************************************

Alhamdulillah..

tarbiyah Allah itu merata..
Allah izinkan aku untuk mencari sesuatu ..
dan juga berjumpa akhawat2 

walaupun musafirku ke johor 
selama 4 hari ini agak melelahkan dan juga meletihkan,
tapi aku puas..
sepertinya Allah memberi aku sesuatu
serta menjawab persoalanku

tiba-tiba dalam kelelahan wujud satu perasaan inginkan kerehatan
tetapi tidak kesampaian
pasti Allah ingin memberi sesuatu
pastinya hikmah yang sangat bermakna

YUP!!!!!
pastinya!

*************************************

teringat kembali saat berkongsi bersama si dia..
seperti sedang memahami hati yang rintih akan jawapan

[soal hati : apa yang aku nak n yang aku nak cari cuti ini?????????????????]


BICARA DARI AKAK

akak mula menyoalku satu soalan yang berkaitan masa.

akak : apa yang husna akan buat jika husna berasa disibukkan dengan
program, final dan juga memikirkan diri sendiri.

aku : urm..( lama berfikir..) mungkin program .. 
tapi final pun saya nak jugak..(tkut kena marah ngan akak)

akak : betul ke macam tu?

aku : entah..( menjungkit bahu sambil drive )

akak : ok. bagi akak, setiap orang akan ada ujian tersendiri.
orang yang sibuk, banyak perkara itu yang kan menjadi ujian padanya.
bagi orang yang mempunyai banyak ruang ( cuti ) akan diuji dengan masa lapangnya.

aku : ( mendengar dan terus mendengar sambil pandang kehadapan ) 

akak meneruskan lagi penjelasannya dengan sangat detail.
seperti memahami kefahaman aku yang sangat suka fizik ini,
akak mengibaratkan waktu dengan dekatnya kita kepada Allah..

umpamanya, bunyi adalah hasil daripada getaran dan perlanggaran antara zarah2 di udara..
dan perlanggaran itu akan mempercepatkan bunyi untuk sampai kepada kita..

jika dalam keadan vacum, bunyi akan lambat terhasil
dan juga kemungkinan besar bunyi tidak sampai kepada kita.

itulah perumpamaannya...

[ waktu = zarah ]
[ bunyi = kembali kpd Allah ]

jika waktu kita disibukkan dengan pelbagai perkara,
 kita akan lebih mudah kembali kepada fitrah kita,
kembali kepada Allah..
dan juga turut mencariNya..

dan....

jika ruang kita terlalu besar, 
kita mudah sangat leka.. 
dan berkemungkinan semakin jauh dengan Allah..

* iman turun dan naik *

*************************************************

YUP !! 
Allah sangat baik!!
dan Dia sangat maha baik..

mintalah dengan Dia..

kerana..
sesungguhnya Dia sangat dekat dengan kita..
percayalah..

kerana..

ia telah tertulis pada 

Qalam Allah

*********************************************

dan kini...
walaupun jari sedang ligat menari diatas keyboard..

begitu juga

otakku sedang ligat 
memikirkannya....

********************************************

jadi sekarang, 
aku ada 2 options..

yang ini : memilih untuk kekal di waktu yang lapang
yang itu : memilih untuk menyibukkan diri

dan sudah pastinya..

jari dan hatiku akan memilih 

YANG ITU..



= terima kasih akak =
: norfazilah samdin :













Wednesday, June 15, 2011

kata dari teman

bismillah

.P.E.R.J.A.L.A.N.A.N.

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi, keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan ciptaan dan kejadian Allah.
Aku rindu ingin mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kalamNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, namun aku hanya mampu bersahabat dengan orang yang mencintai Allah & Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis yang Baginda wariskan..

= terima kasih amirah fitriah =

Monday, June 13, 2011

: .T.E.R.D.I.A.M. :

bismillah



" Buat adik ku yang genius lagi bijaksana;
Saudari NHAS...
Kuharap seluruh hidupmu adalh hidup yang penuh makna..
Seluruhnya penuh barokah
Keindahannya kerana iman dan islam
Yang penuh dihatimu... "
Wassalam...



= terima kasih =

Friday, June 10, 2011

= .M.E.N.I.P.U. =

" mungkin ini adalah tarbiyah yang telah ditentukan Allah "

diri yang murung


mungkin dilihat pada luaran ketawa
tapi hakikatnya...




beginilah agaknya..

"ya Allah, hanya Kau yang memahami aku.. 
hati ini perlukan air.. 
ya!! luaran terasa basah...
tapi dalaman kering seperti kerapuhan"


- SURAT DARI TEMAN -

Kene hargai setiap ruang yang Allah beri dlm dunia nih.

Hanya perlu sedetik, berfikir sejenak. Lalu kesyukuran akan datang, kita akan manfaatkan waktu2 dengan lapang, gembira dan keimanan..
*************************************************************

*sememangnya kini terasa amat dehydrated yang amat.. 
masakan begini ya?? 
   sememangnya juga aku harus berjumpa seseorang.... 
   yang faham akan diri ini.. 
   




Wednesday, June 8, 2011

no title...


dulu aku nak sangat cuti yang sangat panjang sebab tak nak pergi sekolah.....

sekarang..................

baru aku tahu kenapa ada sesetengah orang yang mention die benci cuti panjang..

and..

kini.................

aku pun rasa yang aku dah berjangkit satu penyakit yang dipanggil BCP [ benci cuti panjang ]

urm................

*adakah aku telah...........????

Sunday, June 5, 2011

" kak, adik nak jadi orang dewasa cepat.. "


.T.A.K. .T.A.H.A.N.

seandainya dia boleh melawan, 
pasti akan dilakukannya..
tapi, apakan daya.....
dia hanyalah budak kecil yang berumur 3 tahun..

seandainya dia boleh berlari laju, 
pasti juga akan dia berlari untuk menyelamatkan diri..

seandainya dia bisa menegakkan kebenaran, 
pasti akan dilakukannya..

pasti juga dalam hatinya penuh dendam..
dendam berada dilubuk hatinya pasti akan meletup suatu hari nanti..

jauh kedalam matanya, 
terlihat derita yang tidak tertanggung..
siapakah dia untuk melawan..

matanya seperti menjerit,
" kenapa semua orang tak faham???!!!! "

lubuk hati mengatakan,
" tak sabarnya adik nak jadi orang besar "

*dari jauh, aku hanya mampu mendoakan untukmu dik...*