Thursday, May 26, 2011

hanya bisa tersenyum


C.I.N.T.A

" ok husna. Akak balik dulu ya.jaga diri baik-baik. akak tak pasti lagi samada akan kembali lagi ke sini." kata seorang akak akhawat.

aku : insyaAllah kak.. [ dalam hati: arghh!! sedihnya ]

terasa sangat sayu dan sedih melihat akak2 yang telah tamat pengajian ijazah pulang ke kampung halaman masing2 untuk bercuti. Dah tamat pengajian bermakna akan jarang, mungkin juga tidak akan menjejakkan lagi kaki ke tanah johor ini. seorang demi seorang pergi meninggalkan tanah bertuah johor ini.

saat terkenang pemergian akak2, dalam minda ini, masih berlegar lagi saat mula2 mengenali akak2 di johor ini. bisa juga membuatkan saya tersenyum sendiri. terasa 'jahil' dan juga sangat 'budak-budak' ketika mengenali akak2 ini.

semua akak2 ini sangat manis, baik peramah. walaupun masa kita berkenalan ini agak singkat sebenarnya, tapi terasa kita ini telah lama berkenalan. kalah rasanya jika berkawan selama 10 tahun. huh!!!

SURAT UNTUK AKAK2..

akak, walaupun rasanya perkenalan kita ini baru sahaja, tetapi, terasa lama sangat.
akak, terima kasih sangat kerana kadangkala sanggup bersusah demi kami..
akak, walaupun mungkin kita akan bertemu pada waktu yang akan datang, dan juga, walaupun kita tak tahu akan bila waktunya itu, saya sangat berharap akan dapat berkumpul kembali bersama akak2 seperti dahulu. kita tersenyum bersama.. tergelak bersama.. dan mungkin juga, jika kita ditakdirkan tidak bertemu lagi didunia ini, insyaAllah, kita akan bertemu semula di syurga.. Dan saya harap, disyurga nanti, kita akan masih bisa berborak dan juga harap yang akak2 semua masih lagi mengenali husna ini..

wallahua'lam......

No comments:

Post a Comment