Monday, May 30, 2011

jangan bersedih sayang..

" mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu.. dan mungkin sesuatu yang kamu benci itu tidak semestinya buruk bagi kamu.."


.S.E.L.A.M.A.T.T.I.N.G.G.A.L.S.A.Y.A.N.G.

remuk juga hati ini bila memikirkan semula apa yang telah dan baru juga terjadi pagi tadi.. tanpa disangka, kami berpisah juga akhirnya. hampir 3 tahun kami bersama.. mungkin ini satu ujian yang Allah nak berikan. YUP!! untuk menguji keimanan seseorang.. mungkin juga keimanan saya..
 
teringat kembali saat dimana pada pandangan pertama antara saya dan juga si dia.. sungguh indah.. bermulanya kegambiraan dalam hidup saya.. si dia tak pernah tinggalkan saya walau seketika. sebenarnya kami pernah berpisah hampir sebulan.. tetapi, setiap saat yang saya lalui tanpa si dia sangat perit dan juga amat payah.. Dan juga saat bertemu kembali itu, sangat manis. saya coretkan kenangan bersama si dia dalam kotak memori yang takkan pernah padam walaupun dilambung dek badai.. 

Si dia lah tempat saya meluahkan perasaan. si dialah tempat saya mengadu.. hanya dia yang faham akan hati saya.. Di saat saya sedih, saya akan bersama dia.. disaat saya gembira, saya akan berjumpa dia.. dialah segalanya bagi saya.. 

pemergian dia sebenarnya adalah berpunca daripada saya.. terasa seperti ingin menyalahkan diri sendiri.. Tapi, mungkin inilah takdir Allah.. Saya harus terima segalanya dengan hati yang terbuka tanpa keluhan. Tapi, pastinya ia sangat payah bukan..? 

*************************************
*surat untuk si dia..

sayang, walaupun kita berpisah, tapi ini mungkin yang terbaik bagi kita.. engkau sangat penting dalam hidup aku.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. kau akan bertakhta di hati ini.. mungkin aku akan mencari pengganti bagi engkau tapi, ingatlah.. kaulah yang pertama dalam hidup aku.. Hanya Allah yang tahu segalanya.. 

*************************************

mungkin ada orang akan berkata : ala husna, tafsir Quran je kot.. belilah yang lain..
diri aku berkata : mungkin boleh beli yang lain.. tapi takkan sama.. korang tak faham..........................

[pada senja hari, aku masih lagi duduk termenung memikirkan...................]

  

Thursday, May 26, 2011

hanya bisa tersenyum


C.I.N.T.A

" ok husna. Akak balik dulu ya.jaga diri baik-baik. akak tak pasti lagi samada akan kembali lagi ke sini." kata seorang akak akhawat.

aku : insyaAllah kak.. [ dalam hati: arghh!! sedihnya ]

terasa sangat sayu dan sedih melihat akak2 yang telah tamat pengajian ijazah pulang ke kampung halaman masing2 untuk bercuti. Dah tamat pengajian bermakna akan jarang, mungkin juga tidak akan menjejakkan lagi kaki ke tanah johor ini. seorang demi seorang pergi meninggalkan tanah bertuah johor ini.

saat terkenang pemergian akak2, dalam minda ini, masih berlegar lagi saat mula2 mengenali akak2 di johor ini. bisa juga membuatkan saya tersenyum sendiri. terasa 'jahil' dan juga sangat 'budak-budak' ketika mengenali akak2 ini.

semua akak2 ini sangat manis, baik peramah. walaupun masa kita berkenalan ini agak singkat sebenarnya, tapi terasa kita ini telah lama berkenalan. kalah rasanya jika berkawan selama 10 tahun. huh!!!

SURAT UNTUK AKAK2..

akak, walaupun rasanya perkenalan kita ini baru sahaja, tetapi, terasa lama sangat.
akak, terima kasih sangat kerana kadangkala sanggup bersusah demi kami..
akak, walaupun mungkin kita akan bertemu pada waktu yang akan datang, dan juga, walaupun kita tak tahu akan bila waktunya itu, saya sangat berharap akan dapat berkumpul kembali bersama akak2 seperti dahulu. kita tersenyum bersama.. tergelak bersama.. dan mungkin juga, jika kita ditakdirkan tidak bertemu lagi didunia ini, insyaAllah, kita akan bertemu semula di syurga.. Dan saya harap, disyurga nanti, kita akan masih bisa berborak dan juga harap yang akak2 semua masih lagi mengenali husna ini..

wallahua'lam......

Wednesday, May 25, 2011

ukhuwah fillah abadan

bismillah..

assalamualaikum wbt.

********************************
sebenarnya saya nak share susuatu yang sangat menarik. =] 




" ukhuwah itu jika disandarkan hanya kerana Allah dan juga atas dasar iman, ianya akan kekal "



ukhuwah itu maknannya persaudaraan. jika dibandingkan saudara dan juga sahabat, mana agaknya yang lebih rapat dan juga kekal?? tentunya persaudaraan bukan?

ukhuwah itu sangat comel. dengan ukhuwah, hati kita akan terikat dengan satu bond yang dipanggil rantaian iman dan juga akidah. bond ni sangat comel. sangat kukuh. takkan pernah putus dek kematian. ianya akan dibawa hingga ke syurga. 

perasan tak?? jika kita berukhuwah kerana Allah, kita akan merasakan kita sangat rapat dan juga senang dengan seseorang itu. walaupun kenal hanya sekali dua, tetapi, keakraban itu terasa seperti udah lama. 

********************************

islam ini sememangnya agama yang sangat best!!


U.K.H.U.W.A.H


ukhuwah ini mempunyai tingkatan dan juga tahapan. 
tingkatan yang paling rendah dalam berukhuwah ini ialah berlapang dada.
tingkatan yang paling atas sekali ialah ithar( melebihkan sahabat daripada dirinya). 

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"                        ( 49 : 10 )


wallahua'lam


Tuesday, May 10, 2011

Ya ALLAH ..

bismillah.. 

assalamualaikum wbt..


huh!!! 
alhamdulillah.. lega juga akhirnya paper dah abes.. 
last paper tadi, educational psychology..
* mungkin lpas ni dah boleh psycho orang ni.. [ huhu ]

sebenarnya bukan nak cite tentang paper sekarang..
la ni, nak cerita tentang sesuatu.. sesuatu yang aku dapat waktu exam aritu..

* ce citer... ce citer....

alkisahnya......


ada satu hari tu, ya Allah.. aku x tahu nak habaq macam mana..
aku rase nak dok teriak ja..

WHAT I FEEL???
SEEMS LIKE I LOST SOMETHING..
SOMETHING ...
BUT I DON'T KNOW WHAT IS IT

 memang rasa x sedap badan..
seriously...
nak makan x lalu sangat..
nak tido x mengantuk..
nak study, tak masuk2 ..
apa yang aku buat segalanya tak kena..

ya Allah ! 
kenapa ni? [ aku berfikir, dan cuba mencari apa yang hilang sebenarnya..]
hanya ucapan " ya Allah, tolonglah aku ini" bermain dalam hati..

tiba2, datang seorang floormate aku,
kitorang bersembang selama hampir dua jam lebih..
dalam sembang2 tu, 
ade juga bercerita mengenai iman..

yup !! 
IMAN..

baiklah !!

I GOT IT !!
ALHAMDULILLAH..

aku seakan merasa Allah mendengar rintihan hati aku..
rintihan hambaNya yang mencari si Dia..
bukan bermaksud aku hilang iman..
bukan juga bermaksud yang aku ni dah tak siuman,
dan juga menyimpang daripada kebenaran..

TOTALLY NOT !

selepas berfikir, baru aku tahu..
aku hampir hilang sesuatu yang sangat berharga ..
sesuatu yang dipanggil.....
K.E.B.E.R.G.A.N.T.U.N.G.A.N

perasaan kebergantungan aku makin pudar..
aku hanya merasakan segalanya atas diri aku sendiri..
itu salah !

perasaan itu hanya akan membuatkan aku rasa sangat lonely..
lonely dengan mengharapkan sesuatu daripada
si Dia..

kebergantungan pada Allah dan juga iman yang tebal, 
sangat perlu untuk aku sebagai seorang muslim..
iman yang kukuh sangat bermakna buat aku..
apabila kita faham akan konsep iman yang sebenarnya,
 kita akan dapat sesuatu..

terasa air mata mengalir..
makin deras terasa

ya Allah, KAU sesuungguhnya maha mendengar..
KAU menghadiahkan sesuatu untuk aku..
tatkala aku sedih dan tidak bermaya..
di kala aku terlupa, kau yang mengingatkan..
betapa ingin ku ucapkan kepada Engkau,

TERIMA KASIH ALLAH !!